Saturday, November 13, 2010

SUCIKAN CERMIN HATI - CARILAH JALAN KEMBALI....!

Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani  رضي الله عه   :

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang  berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang  menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya  rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen,
sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”.

Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?  Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada   rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan  berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang  yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit  rendah dengan keindahan bintang-bintang”.

Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara
sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian  yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit  ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi  dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit  memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi  peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi   kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,  menghambat kegelapan kelalaian.

“(Aku bersumpah) demi malam apabila ia  senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu  akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi
kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian)  dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena.

Kamu akan mendengar  nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon  keampunan Allah


Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki. Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu  batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah  “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan
“mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami  rahsia:


Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului  siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan
untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan  terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang  kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.


Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya  rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon  kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.


(Petikan dari Kitab Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar)

PERSOALAN DAN KEMUSYKILAN DARIHAL TASAWWUF

Susunan : Tok Kelana


Persoalan Pertama : 

Apakah hukum menuntut Ilmu Tasawwuf? 

JAWAPAN : 
MENUNTUT ILMU TASAWWUF DAN MENGAMALKANNYA ADALAH FARDHU AIN DI ATAS SETIAP MUKALLAF ; LELAKI DAN WANITA 

Berkata Imam Al_Ghazali Radhiallahu Anh didalam Ihya: 

“Maka mengetahui batas-batas hal ini (Ilmu yang bicarakan hal-hal penyakit hati dan kebaikan hati pada Ilmu Tasawwuf ), hakikat, sebab, hasil dan pengobatannya adalah ilmu akhirat dan fardhu ain, menurut fatwa ulama2 akhirat. 

Orang yang membuang muka dari ilmu tersebut (Ilmu Tasawwuf) adalah binasa dengan kekuasaan Raja di Raja di akhirat, sebagaimana orang yang membuang muka dari segala pekerjaan zohir, adalah binasa denga kekuasaan pedang raja2 dunia, berdasarkan fatwa ahli fiqih dunia. 

Maka pandangan Ulama Fiqh mengenai Fardhu Ain itu adalah bersandarkan kepada kepentingan dunia, sedang ini, bersandarkan kepada kepentingan akhirat. Bila di tanyakan kepada seseorang ahli fiqh tentang erti dari erti2 ini, umpamanya tentang ikhlas atau tentang tawakkal atau tentang menjaga diri dari sifat ria’, maka ia akan tertegun sedangkan kerana Fardhu Ain nya, bila di abaikan akan mendatangkan kebinasaannya di akhirat. 

Tetapi cuba tanyakan tentang li’an, zihar berlumba kuda dan memanah, nescaya akan di letakkannya di hadapanmu berjilid2 buku dengan terperinci yang mendalam, yang menelan banyak waktu, padahal sedikitpu t tidak diperlukan. Kalau pun ada ayang diperlukan, nescaya tidak lah kosong negeri, dari orang yang menyanggupinya. Dan cukuplah letihn dan payah padanya, lalu sentiasa ia berpayah-payah padanya, malam dan siang, pada menghafal dan mempelajarinya. Dan melupakan dari apa yang penting dalam agama. (Ilmu Tasawwuf) 

Apabila di desak maka ahli fiqh itu menjawab: “Aku menghabiskan waktu mempelajrinya kerana fiqh itu ilmu agama dan fardhu kifayah. Ia mengelabui dirinya dan orang lain pada mempelajarinya. 

Orang cerdik itu tahu bahawa kalau adalah maksudnya melaksnakan perintah pada fardhu kifayah tentu di dahulukannya fardhu ain. Bahkan juga akan di dahulukannya banyak dari fardhu2 kifayah yang lain dari ilmu fiqh. 

Kemudian tidak seorang pun dari orang islam, kami lihat bekerja dalam lapangan kedoktoran. Mereka berlumba2 kepada ilmu fiqh, lebih2 masalah khilafiyah dan perdebatan. Negeri penuh dengan Ulama Fiqh, yang bekerja mengeluarkan fatwa dan memberi penjawaban dari peritiwa2 yang terjadi. 

Benarlah kiranya telah terinjak2 ilmu agama dengan tingkah laku ulama jahat. Maka Allah Ta’ala tempat bermohon pertolongan. KepadaNya tempat berlindung, kiranya di lindungiNya dari penipuan ini yang membawa kepada amaranNya dan menertawakan syaitan. 

Ahli wara’ dari Ulama zahir, mengaku kelebihan Ulama batin (Tasawwuf) dan mempunyai mata hati. 

Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimana membuat itu dan ini?” 

Maka di katakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini?” 

Maka menjawab Imam Shafie : “Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.” 

(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Tasawwuf untuk bertanyakan masalah agama) 

Imam Ahmad bin Hambal dan yahya bin Mu’in selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya. 

Imam Ahmad dan Yahya menanyakan : “Bagaimana.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak didalam hal agama) 

Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika di tanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?” 

Maka Nabi menjawab : 

“Tanyakan kepada orang2 soleh dan slesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka. (Tabarani dari Ibnu Abbas) 

(di sini tamat petikan kitab Ihya) 


Demikian sepintas lalu gambaran yang di bawa oleh Imam Al-Ghazali berkenaan wajibnya menuntut Ilmu Tasawuf sehinggakan Ulama2 besar seperti Imam As-Shafie , Imam Ahmad dan Imam Yaya Mu’in (yang terkenal dengan kehebatan Ilmu Fiqh)  pun sering menemui Ahli2 Sufi/Ulama Tasawwuf untuk menyelesaikan masalah diri mereka dan Ummat. 

Jika benar demikian betapa wajib lagi orang2 yang jahil seperti kita mengambil dan amalkan Ilmu Tasawwuf. 




Persoalan Kedua : 

Mengapa Ilmu Tasawwuf itu wajib 'aini di atas setiap mukallaf?

JAWAPAN : 

IANYA MENJADI WAJIB 'AINI KERANA TIDAK ADA SEORANG PUN TERLEPAS DARI BERBAGAI PENYAKIT HATI BERUPA SYIRIK KHAFI DAN SIFAT MAZMUMAH, SEDANGKAN SEGALA UBAT DAN RAWATANNYA ADALAH TERSEBUT DIDALAM ILMU TASAWWUF INI.

Segala perkara menyentuh HATI dan PENYAKIT2 HATI yang membawa KEBINASAAN bagi insan serta kewajipan menyucikannya disebut dengan banyaknya didalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi.

Ulama2 telah menghimpunkan semua sifat2 HATI, perkara2 yang membawa kepadaSYIRIK KHAFI, sifat2 MAZMUMAH(TERCELA) pada hati dan cara2 menyucikannya didalam Ilmu Tasawwuf.

Ulama2 Pewaris Nabi adalah pakar dan doktor keruhanian yang mewarisi Ilmu batin Nabi. Merekalah yang lebih arif mengetahui dari hal ehwal HATI yang terkandung didalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Merekalah juga yang mengetahui ubat dan rawatan yang sesuai bagi setiap penyakit manusia. Merekalah yang mengetahui batas2 dan tempoh rawatan bagi setiap penyakit itu.

Maka dengan kemurahan Allah Ta'ala, para Pewaris Nabi telah menghimpunkan segala macam resepi ubat dan rawatan yang sesuai dengan penyakit didalam KITAB2 Ilmu Tasawwuf.

Dengan demikian nyatalah Ilmu Tasawwuf itu wajib kerana terkandung didalamnya segala ubat bagi penyakit2 HATI manusia. Tanpa mengethui ubat dan rawatan yang sesuai, seseorang akan tetap didalam PENYAKIT ruhaninya sedangkan penyakit ruhani jauh lebih bahaya dari penyakit jasmani. Orang yang menghidap penyakit jasmani yang tiada di ubati mungkin boleh maut pada jasadnya. Tetapi penyakit pada hati boleh membawa maut kepada ruh dan Iman!

Di antara penyakit2 hati yang sangat bahaya sepertimana tersebut didalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :


Firman Allah :

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَـتِهِمْ سَاهُونَ الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

Maka celakalah bagi orang2 yang bersembahyang, iaitu yang lalai didalam sembahyangnya. Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang” [Al-Ma’un ; 4,5,6]


Firman Allah :

كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.(Al-Mu’min (40) : 35)



Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Tidak akan masuk syurga orang yang ada didalam hatinya, seberat biji sawi, dari takabbur. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya seberat biji sawi dari Iman” (Muslim)


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka” (Ibnu Majah, Al-Hakim)


Rasulullah shalallahu صلى الله عليه وسلم bersabda:

Tidak akan masuk syurga barang siapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan. (Muslim)

Dari Ibnu Abbas , Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

" Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar ".- (Al Hakim)


Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Imam Ahmad, hadits shahih)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka” (Ibnu Majah, Al-Hakim)


Demikian sebahagian dari kejahatan2 hati yang tersebut didalam Firman Allah dan Hadis Nabi yangh boleh membawa kebinasaan Iman dan Islam. Maka bagaimana cara sucikan hati dari syirik khafi dan sifat2 kecelaan itu sedangkan semua itu rosakkan Iman dan batalkan amal?

Apa ubatnya?

Bagaimana cara memakan ubat itu?

Apa rawatan yang sesuai bagi setiap penyakit yang berbeza2 itu?

Semua ini di himpunkan oleh doktor keruhanian ; Ulama2 Tasawwuf didalam Disiplin Ilmu Tasawwuf. Maka dengan demikian jadilah wajib memngetahuinya dan mengamalkannya untuk memperoleh kesejahteraan Iman dan Islam.

Orang2 yang mendabik dada mengatakan kami ikut Qur'an dan Hadis saja, kami tak perlukan Tasawwuf hanya menipu diri sendiri dan membinasakan diri sendiri. Wal Iyazubilllah!

Imam Ath-Tayyibi berkata didalam kitab beliau,

“Tidak patut bagi seorang yang alim – meskipun dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, sehingga dia menjadi salah seorang cendikiawan pada masanya – untuk merasa puas dengan apa yan diketahuinya. Yang wajib baginya adalah bergabung dengan para Ahli Toriqat Sufiyyah, agar mereka menunjukki jalan yang lurus. Sehingga dia menjadi salah seorang yang diajak berbicara oleh Allah didalam hati mereka kerana kesucian batin mereka, dan dibebasakan dari sifat2 tercela. (Hasyiah Al-Kasyaf)


Imam Al-Ghazali berkata,

“Bergabung dengan kalangan sufi adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.” (Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf)

Berkata Imam Al-Ghazali lagi,

“Diantara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak2 yang tercela dan menggantinya dengan akhlak2 yang terpuji.” (Ihya Ulumuddin) 







Persoalan ke 3: 

Apakah kadar wajib bagi mempelajari dan amalkan Ilmu Tasawwuf?

JAWAPAN : 

KADAR WAJIBNYA ADALAH SEKADAR BOLEH MENYUCIKAN BATIN DARIPADA SEKALIAN SYIRIK KHAFI DAN SIFAT TERCELA DAN HIASI DIRI DENGAN SIFAT TERPUJI.

Berkata Shaikh Abdus-Samad Al-Falimbani didalam Sirrus Salikin,

"Kadar yang wajib secara Fardhu Ain menuntut Ilmu batin atau Ilmu Tasawwuf ialah sekadar boleh boleh menyucikan daripada sifat tercela seperti ujub, ria, hasad dan sebagainya. Dan berperangai dengan zuhud, wara', ikhlas, tawadhu dsb.

Sedangkan yang wajib secara Fardhu Ain dalam bidang Ilmu Tasawwuf memadailah sekadar mengetahui yang terkandung didalam kitab ini dan kitab Minhajul Abidin. sebagaimana yang diutarakan oleh al-Arif Billah Yahya An-Nufus As-Sayyid Abdul Qadir Al-Aidrus didalam kitab beliau yang terkenal yang berjudul al-Dar al-Tsamin Fi Bayan al-Muhimm Min 'Ilm al-Din sebagai berikut :

"Telah dianggap memadai pada Ilmu Tasawwuf yang fardhu 'ain itu dengan mengamalkan apa yang tertera didalam kitab Minhajul Abidin bagi Imam Al-Ghazali, manakala huraian selanjutnya secara terperinci tidak lagi Fardhu 'ain."

Bagaimana pun adalah lebih baik bagi orang yang mengingini kemenangan di akhirat membanyakkan menuntut ilmu Tasawwuf yang fardhu kifayah, berbeza dengan fardhu kifayah didalam ilmu yang lain.

Demikian juga Ibnu Ibad Radhiallahu Anh dalam kitabnya Syarah Hikam menyatakan :

"Ilmu Tasawwuf adalah ilmu yang sepatutnya manusia mengaramkan diri mereka didalam menuntutnya sepanjang usianya, yakni menghabiskan umurnya itu didalam menuntut Ilmu Tasawwuf, janganlah berpuas hati dengan banyak atau sedikitnya. Manakala ilmu yang lain daripada ilmu Tasawwuf itu tidak begitu diperlukan oleh manusia didalam kehidupan mereka sehari-hari, bahkan adakalanya ilmu itu mendatangkan mudharat bagi orang yang mempelajarinya."

Sehubungan dengan itu Syaikh Husain BIn Abdullah menyatakan didalam kitab beliau Fushul al-Fathiyyah :

"Maka sebaiknya engkau mempelajari ilmu tasawwuf itu dan membanyakkan masuk kedalam ilmu al-Thaoifah al-Arifah as-Sufiyyah al-Masyghulatu Billah. Padahal mengajarkannya, membacanya, mengulangkajinya, mentelaahnya dan membincangkannya itu menghidupkan hati, mematikan nafsu, memperlihatkan 'aib diri sendiri yang menyebabkan adanya hijab dan jauh daripada Allah dan lain-lainnya dari segala ilmu di luar tasawwuf yang biasanya mengeraskan hati, menghiasi 'aib (sehingga dirasakan sebagai kelebihan) dan terdinding daripada yang ghaib2. Di khuatiri bagi orang2 yang sibuk dengan hal-hal tersebut, mati didalam kejahatan atau ma'siat, kerana biasanya orang2 yang sibuk dengan perkara tersebut akan memebesarkan diri disebabkan kerana ujub yang mencampuri amal yang mereka lakukan, melainkan jika mereka ikuti perbuatan tersebut dengan mentelaah kitab2 ahli sufi , adakalanya dengan cara seperti itu mereka akan terpelihara daripada perkara yang tidak baik. Bagaimana pun jika perbuatan itu disertai dengan meninggalkan ilmu al-Taifah al-sufiyyah, maka kesejahteraan yang bakal mereka perolehi amata sedikit sekali."


Inilah sebabnya maka Imam Ghazali mengatakan didalam Ihya Ulumuddin yang beliau nukil daripada sebahagian Ulama yang Arifin.. :

"Barangsiapa yang tiada baginya bahagian untuk mengetahui ilmu qaum sufi (ilmu tasawwuf) di khuatiri ia akan menemui seburuk-buruk kematian, dan sekurang2 bahagian daripadanya adalah mengakui (membenarkan) dan bersangka baik kepada ahlinya."

(tamat petikan kitab)

Semoga kita semua termasuk didalam golongan yang di sebut oleh Imam Ghazali "sekurang2 nya menjadi orang mengakui kebenaran ahli Tasawwuf" Jangan jadi orang mengengkarinya...! 





Persoalan ke 4 :

Adakah wajib mencari seorang Guru didalam pendidikan Ilmu Tasawwuf.

JAWAPAN : 

MENCARI SESEORANG YANG MAHIR DI DALAM ILMU TASAWWUF (SHAIKH /MURSYID) SEBAGAI PEMIMPIN DAN PEMBIMBING ADALAH WAJIB. 

Setiap insan (bayi) yang lahir ke muka bumi, tidak tahu apa-apa darihal kehidupan. Dia tak tahu apa itu malu. Dia tak boleh berkata-kata. Dia tak boleh berkomunikasi dengan insan lain. Dia tak tahu bagaimana untuk makan dan minum. Dia tak tahu bagaimana untuk membuang air.

Segala kesulitan yang dihadapi oleh bayi ini; samada lapar, sakit, kencing basah, mengantuk semuanya di paparkan dengan satu isyarat yang sama
iaitu - tangisan.

Siapa yang mengajar anak ini ?
Siapa yang ajar dia tentang nama2 benda?
Siapa yang ajar dia memanggil ayah dan ibu?
Siapa yang ajar dia bertatih dan kemudian berjalan?
Siapa yang ajar dia makan dan minum?

Adakah dia belajar sendiri?

Ibu bapa merupakan Guru yang pertama kepada seorang insan. Apabila dia meningkat ke usia kanak2, selain dari ibubapa, Guru di sekolah menjadi pembimbing dia. Mungkin juga mendapat bimbingan dari kawan atau orang2 yang lebih tua.

Apabila meningkat dewasa memasuki pusat pengajian tinggi, setiap bidang yang diceburi ada pakarnya masing2. Dia mesti merujuk kepada pakar didalam bidang yang diceburi untuk mendapat bimbingan dan kejayaan. Sekiranya dia menceburi bidang perubatan, maka dia perlu mendapat bimbingan seorang doktor yang pakar di bidang perubatan. Tak mungkin seorang pelajar perubatan di bimbing oleh pakar kejuruteraan,

Apa yang hendak di paparkan di sini adalah : Insan selamanya memerlukan bimbingan. Dia memerlukan bimbingan dari kecil sehingga dewasa. Dia perlukan pimpinan untuk membuat pilihan2. Apabila dia menceburi satu bidang khusus, samada sebagai kerjaya atau sebagai usahawan, dia memerlukan bimbingan dari pakar didalam bidang tersebut.

Anda perhatikan, sekiranya urusan2 duniawi yang dapat di lihat dengan mata kasar memerlukan bimbingan dan pimpinan apalagi urusan keagamaan? Apalagi urusan yang bersangkut paut dengan bidang keruhanian dan alam2 ghaib?

Maka tidak boleh tidak seseorang manusia memerlukan seorang pemimpin didalam perjalanannya menuju khaliq, Penciptanya. Dia takkan mampu mengetahui sendiri dari sudut2 keTuhanan.

Lebih2 lagi di jalan keruhanian, dia memerlukan seorang pemimpin yang menunjukki jalan yang lurus dan selamat. Dia takkan mampu berjalan sendiri.


Ghawthul A’zam, Hazrat Sheikh Abdul Qaadir Jailani Radhiallahu Anh menyatakan hal ini didalam metafora yang sangat indah. :

"Hati adalah ladang untuk akhirat. Tanamlah benih Imaan dalam hati kamu. Kamu perlu mengairi nya, membajai nya, dan suburkannya dengan amalan kebajikan. Sekiranya hati itu mempunyai belas ihsan dan bertenaga, maka ia akan terus subur dan memberikan hasil yang sangat lumayan. Sekiranya hati itu tidak subur dan tandus, ruh menjadi kering dan tidak subur dan tiada tamanan dapat tumbuh di atasnya. Pelajarilah seni ilmu pertanian ini (jiwa) dari pakar2 nya, iaitu para Aulia Allah. Jangan kiranya kamu menganggap pendapat kamu itu memadai. Nabi kita Salllallahu Alaihi Wasallam menyebut : “Mohonlah bantuan pada setiap pekerjaan dari seorang ahli didalam bidang tersebut. “
(Fath-ur-Rabbaniy Wa Faidhur –Rahmaniy)


Berkata Imam Al-Ghazali Radhiallahu anh;

“Diantara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak2 yang tercela dan menggantinya dengan akhlak2 yang terpuji.” (Ihya Ulumuddin)


Berkata Shaikh Abdul Qadir Isa,

“Jelaslah kesalahan orang yang menyangka dapat mengobati penyakit hatinya dan melenyapkan cacat jiwanya sendiri dengan hanya membaca Al-Qu’an dan hadis2 Nabi. Al-Qur’an dan Hadis2 telah menghimpun beragam ubat yang dapat menyembuhkan beragam penyakit hati dan jiwa. Oleh kerana itu bersama keduanya perlu ada seorang doktor yang dapat menentukan ubat dan terapi bagi setiap penyakit.”
(Haqeqat Tasawwuf)


Cabang : 

Bagaimana jika seseorang tidak bertemu seorang pun dari Guru Mursyid /Ahli Sufi untuk membimbingnya? 
Soalan ini memang 'relevan' pada zaman ini kerana dunia sudah menghampiri Qiamat, maka menurut Hadis Nabi, para Ulama2 yang siddiq sudah di angkat oleh Allah Ta'ala tinggallah beberapa orang sahaja di satu2 negeri. Yang lain2 adalah orang2 Alim yang jahat, yang memberi fatwa yang menyesatkan umum manusia.

Jadi persoalannya bagaimana kita menghadapi zaman ini? Bagaimana kita boleh mempelajari Ilmu Tasawwuf ini?


Jwp : Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia Maha Pemurah dan Maha Pengampun. Sekirang seseorang sudah pun berusaha sungguh2 mencari seorang Guru Mursyid, tetapi tidak bertemu dengan beliau, maka beramallah dengan apa2 yang telah dipelajari dari Ilmu Islam. Teruskan kehidupan sebagai orang beriman dengan sentiasa melaksanakan Taubat, membaca Al-Qur'an, membca solawat dan banyak2 zikrullah.....!

Seseorang boleh juga mendapat bimbingan dari ustaz atau kawan2 yang pernah menuntut Ilmu Tasawwuf. Moga2 mendapat manfaatnya.

Walau bagaimana pun janganlah berpuas hati dengan apa yang sudah diketahui/ apa yang sedia ada. Teruskan usaha mencari Shaikh Pewaris Nabi dengan berdoa dan berusaha sungguh2, mudah-mudahan dengan hanya pengakuan seseorang terhadap Ilmu Tasawwuf ini pun sudah di anggap sebagai salah seorang dari Toiffah Ahli Sufi.

Berkata penghulu ahli Sufi, Shaikh Junaid Al-Baghdadi Radhiallau Anh :

"Orang yang membenarkan Ilmu kami (ahli sufi) adalah waliyullah yang kecil."

Shaikh Abu Yazid Al-Bustami Radhiallahu Anh berkata :

"Apabila engkau lihat seseorang yang berbaik sangka dengan perkataan2 yang di ucapkan oleh ahli Toriqat Sufiyyah, maka katakan kepadanya, "doakanlah saya" kerana doa orang itu adalah mustajab." 





Persoalan ke 5 : Apakah Matlamat Tasawwuf? 

JAWAPAN : 

TUJUAN TASAWWUF ADALAH UNTUK MENYUCIKAN BATIN /HATI DARIPADA SEGALA BENTUK KESYIRIKAN (SYIRIK KHAFI DAN SYIRIK JALI) DAN MENYUCIKAN DARIPADA SEGALA MACAM SIFAT KEKEJIAN SEHINGGA MENJADI HATI ITU BERCAHAYA DENGAN CAHAYA KETUHANAN, MEMANCARKAN TAUHID YANG MURNI, UBUDIYYAH YANG IKHLAS SERTA BERPEGANG TEGUH DENGAN SYARI'AT NABI SALLALLAHU ALAIHI WA SALLAM. 


Kita menyedari di luar sana ramai yang memperkatakan tentang Tasawwuf, pengertian Tasawuf dan matlamat Tasawuf. Sebahagiannya menjelaskan berdasarkan Ilmu Tasawwuf yang sebenar yang di tunjangi pengalaman keruhanian sendiri. Sebahgian lagi cuma menceritakan berdasarkan pengajian dari bilik kuliah dan bacaan kitab2 tanpa bimbingan Shaikh keruhanian. Yang lain2 membuat andaian dan tanggapan tanpa sebarang asas agama!

Hasil daripada berbagai golongan ini lahir pula berbagai pola pemikiran, pendirian dan sikap.

Di sini kita tidak bercadang membincangkan berbagai pendapat golongan2 tersebut. Kita juga tidak bermaksud membincangkan segala tingkatan2 di dalam Dunia Tasawwuf yang sangat rumit dan memerlukan perbahasan yang panjang. Memadailah kita perkatakan sesuai dengan peringkat mubtadi, iaitu peringkat permulaan seorang penuntut, yang mana peringkat ini pun masih ramai yang belum memahaminya secara tepat menurut Syara'.

Khair,
Semua Rasul2 di utus oleh Allah Ta'ala ke atas muka bumi menyerukan Kalimah Suci, Kalimah Tauhid La-Ilaha Illa-Allah. Semua Rasul2 menyerukan I'budullah - Sembah lah Allah!

Tauhid yang murni tidak akan berdiri melainkan di atas wadah yang suci. Pohon yang subur tidak akan tumbuh dari tanah yang gersang dan tandus. Buah yang enak dan ranum tidak akan dapat terhasil melainkan dari pohon yang subur di atas tanah yang subur..!

Maka kita dapati tujuan Rasul2 adalah untuk menyucikan batin manusia daripada segala kekufuran, kemunafikan dan kekotoran maknawiyyah. Apabila hati telah suci, batin dan ruh telah memancarkan cahaya keTuhanan, maka di sana akan terlihat berdiri Tauhid yang murni dan Ubudiyyah yang sebenar ubudiyyah.

Inilah asas Tasawwuf, kesucian HATI daripada kekotoran dan kegelapan , mendorong, memimpin kepada mendirikan Tauhid yang suci ....!

Tasawwuf wujud tanpa nama tertentu di zaman Rasul2 terdahulu. Demikian juga di zaman Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Namun ketiadaan 'nama' dan "istilah" tidak menghilangkan zat nya yang berperanan untuk menyempurnakan kesucian insan....untuk kembali kepada Tauhid yang murni mengagungkan Allah Ta'ala, mencintai Allah dan RasulNya.

Allah itu maha suci, Dia hanya menerima yang suci.

Hanya mereka2 yang suci hati dan jiwanya dapat menyempurnakan tuntutan Tauhid dan Ubudiyyah. Hanya jiwa2 yang suci mampu menjunjung tinggi Kalimah La-Ilaha Illallah Muhammad-ur-Rasulullah. Hanya hati2 yang suci mendapat keredhaan Allah dan KasihNya.

Oleh kerana inilah para Murabbi, Shaikh Sifiyyah, Murshid2 Toriqat Sufiyyah yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batinnya, bersungguh2 menyeru manusia kepada amalkan Tasawuf disamping tetap mengamalkan fiqh dan berpegang kepada Aqidah yang benar, kerana darinya lahir kesucian yang membuahkan Tauhid yang murni dan Ubudiyyah yang ikhlas.


Berikut petikan kata2 Imam2 /Shaikh2 kabir :

Berkata Imam Al-Junaid Al-Baghdadi :



" (Tujuan) Tasawuf ialah mensucikan hati daripada tertambat dengan makhluk, meninggalkan perangai tabi'e yang buruk, memadamkan sifar-sifat kemanusiaan (yang buruk), menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan ALlah pada setiap masa, menasihati seluruh umat, menyempurnakan janji kepada ALlah dan mengikut syar'iat RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam.





Shaikh Ma’ruf al-Karkhi : Tasawwuf ialah pergantungan harap kepada Allah Ta'ala dan tidak kepada makhluk.

Shaikh Abul Hasan al-Nuri: "Tasawuf ialah meninggalkan semua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja sifat terpuji (mahmudah)."

Shaikh Abu Hassana As-Syadzili: "Tasawuf itu melatih diri dalam ubudiyah (sifat kehambaan) dan mengembalikan hukum-hukum rubbubiyah (sifat ketuhanan)."

Shaikh Abu Turab al-Nakhsyabi: Sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatupun malah bersih daripada semua perkara.

Shaikh Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata: Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah Ta'ala dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.

Shaikh Al-Jurairi : Tasawwuf ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.

Imam At-Tusturi: "Seorang pengamal tasauf atau sufi adalah orang yang selalu membersihkan diri daripada noda zahir dan batin, selalu bertafakur, sentiasa menghubungkan diri dengan Allah Ta'ala dan memutuskan hubungan tidak bermanfaat dengan manusia."


Dengan penjelasan di atas memadai untuk memahami bahawa tujuan Tasawwuf bukanlah untuk mencari keduniaan, bukan untuk kekuatan diri, bukan juga bertujuan mencapai berbagai karamah hissiah atau tujuan2 lain yang menyimpang daripada Syari'at bahkan tujuan utamanya kembali kepada tujuan manusia di jadikan iaitu mengenal Penciptanya, mentauhidkannya dengan Tauhid yang murni lalu menjadi hamba2 Allah yang di redhaiNya dengan cara pembersihan hati, aqal dan ruh...!

Walau bagaimana pun perlu ditekankan di sini ibarat bayi yang baru merangkak takkan mampu berdiri dan berjalan dalam sekelip mata. Tak mungkin seseorang yang baru belajar dan menunutut ilmu Tasawwuf terus menjadi orang suci dengan sekelip mata. Atau baru belajar tasawwuf terus menjadi Ahli Sufi. Semua latihan tasawwuf itu memerlukan mujahadah yang bersungguh2 dan bagi waktu yang panjang sebagaimana yang telah di lalui oleh para salaf saleh. 


Wallahu A'lam