Thursday, September 23, 2010

SYIRIK KHAFI ROSAKKAN IMAN DAN BATALKAN AMAL !

MUQDDIMAH :  SYIRIK ‘JALI’ DAN ‘SYIRIK KHAFI'


Firman Allah :

قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـهُكُمْ إِلَـهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا 

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.  
[Al-Kahf (18) : 110]



Wednesday, September 22, 2010

TAQDIR DAN USAHA IKHTIAR -PENJELASAN QADHA MUBRAM DAN MUALLAQ


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Beberapa hamba Allah mengirim email bertanyakan tentang artikel yang tersebar di internet berhubung dengan Qadha Mubram dan Qadha Mu’allaq.   Menurut dakwaan artikel tersebut, qadha mubram adalah taqdir azali yang tetap tidak berubah dan qadha muallaq adalah Taqdir yang tertakluk kepada perubahan dengan sebab doa dan amalan seseorang…!


BEBERAPA PENJELASAN: 


Thursday, September 9, 2010

ERTI SEBUAH KEMENANGAN DAN KESUCIAN......IDUL FITR





Bismillahir-Rahmanir-Raheem
   

Beberapa jam lagi Ummat Islam seluruh dunia akan menyambut Idul Fitr, yang selalu disebut sebagai hari kemenangan dan Hari Kesucian!  Masing2 sedang bersiap-siap dengan berbagai  persedian ; dari kuih raya, pakaian baru dan sehinggalah menyiapkan rumah dengan berbagai perhiasan bagi menyambut hari penuh barakah itu!

Wednesday, September 8, 2010

KELIRU....KELIRU...KELIRU.....DISEBALIK PENDEDAHAN!!!

Bismillahir-Rahmanir-Raheem

Keseluruhan rakyat Islam negara ini pasti terkejut dengan pendedahan JAKIM berkenaan status TIDAK HALAL produk kegemaran ramai QBB Pure Ghee.  Ramai yang melahirkan rasa tak puas hati melalui berbagai forum di laman web.

Tuesday, September 7, 2010

QBB PURE GHEE TIDAK HALAL WALAUPUN ADA LOGO JAKIM?

Bismillahir-Rahmanir-Raheem

Ini lagi satu berita gempar bagi suri rumah, pembuat kuih dan biskut yang setia dengan penggunaan QBB pure Ghee yang terkenal sejak tahun 1925.  Ini bermakna sudah hampir 80 tahun, ianya menjadi hidangan kegemaran Ummat Islam!!!

LAGI KISAH BEKALAN AYAM TIDAK HALAL DI PASARAN!


Ayam sembelih tak putus urat


KUALA LUMPUR: Tiga pusat penyembelihan ayam di pasar Chow Kit, di sini yang mengedarkan ayam sembelihan ke pasar raya dan pasar di Lembah Klang didapati menyembelih ayam secara tidak sah menurut hukum Islam selepas didapati urat halkum ayam disembelih tidak putus seperti disyaratkan.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Monday, September 6, 2010

TAQDIR SUDAH DITENTUKAN - KEWAJIPAN BERAMAL!

Bismillahir-Rahmanir-Raheem

Taqdir Ilahi dan Alam semesta!

Sambung bicara darihal doa, usaha ikhtiar dan Taqdir….bukan saja doa seseorang tidak mempunyai kuasa untuk menolak Taqdir bahkan tiada suatu kuasa apa pun di dunia ini dapat mengubah ketentuan Allah Yang Azali.  Segala sesuatu berlaku di atas alam maya ini, tepat pada waktunya,  halnya dan anasirnya -  tidak terdahulu sesaat dan tiada terkemudian sesaat dari ketentuan Allah Yang Azali.
Segala yang dilangit dan bumi, cakerawala, peredaran bintang2, planet, bulan dan matahari semuanya berjalan pada landasannya menurut ukuran dan kiraan tepat yang ditentukan oleh Allah Ta’ala.  Ini merupakan i’tiqad yang benar pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 


Friday, September 3, 2010

DOA DAN IKHTIAR TIDAK BOLEH MENGUBAH TAQDIR....!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Muqaddimah
Masalah Taqdir, doa, usaha ikhtiar sudah menjadi bahan perbincangan berkurun lamanya sehingga banyak golongan yang menjadi sesat. Bahkan golongan2 yang terkeluar dari Aqidah Ahlus-Sunnah adalah terutamanya disebakan pegangan mereka pada Qadha dan Qadar dan usaha ikhtiar. 

Kini, pada zaman ini pun perbicaaran ini belum berakhir. !!!

Thursday, September 2, 2010

SALAH MEMAHAMI TAQDIR DAN USAHA IKHTIAR - MEMBAWA KESESATAN!......!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Muqaddimah
Salah satu batas pemisah diantara Aqidah Ahlus-Sunnah Wal Jamaah dengan Aqidah-Aqidah yang sesat Jabariyyah, Mu'tazilah dll adalah berhubung dengan Taqdir atau Qadha dan Qadar - ketentuan Allah yang azali.


Wednesday, September 1, 2010

SELAMATKAH AQIDAH KITA ???

Bismillahir-Rahmanir-Raheem

Muqaddimah
Unsur terpenting dari segala yang terpenting didalam Islam adalah IMAN atau AQIDAH!  Ianya merupakan anugerah terbesar Allah Ta'ala kepada manusia.

Iaitu keyakinan yang jazam (putus/tiada keraguan) didalam hati akan wujudnya Allah dan yang Ghaib serta segala perkhabaran yang dibawa oleh Rasul2 dan Nabi2 Allah.

Istilah ini membawa makna yang serupa dengan beberapa kalimat lain yang digunakan oleh Ulama2 untuk merujuk kepada satu disiplin Ilmu didalam Islam yang berupa penghayatan HATI dan RUH berhubung dengan Ketuhanan!     Di antara istilah2 yang masyur adalah :