بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
KEBANGKITAN UMMAT AKHIR ZAMAN - DI ANTARA ANDAIAN DAN KEBENARAN!
oleh : Tok Kelana
Kebangkitan Ummat?
Kebangkitan Ummat Akhir zaman dan kemusnahan dunia - sejauh mana kebenarannya?
Banyak manusia, berbagai pendapat, berbagai andaian, hipotisisi dan teori !
Sudah tersebar luas pada zaman ini, seribu macam andaian berkenaan hal ini, samada daripada pemikir2 Islam maupun dari golongan bukan Islam.
Sejauh mana kebenaran andaian mereka? Adakah benar akan wujud kebangkitan semula Islam yang menguasai dunia. Jika ya, bagaimana wujudnya, sifatnya, siapa tenteranya, dimana penguasaannya? Banyak pihak memberikan pendapat mereka darihal ini, termasuklah ahli2 politik, ekonomi, pemikir2 sejarah Islam!
Tidak kurang juga golongan bukan Islam membuat berbagai andaian samada hasil sejarah atau pun petunjuk2 sains.
Walau apa pun andaian, hipotisis, analisa, teori semua itu akan tetap menjadi misteri yang tak terjawab kecuali bagi sedikit hamba2 Allah yang diberi petunjuk oleh Allah menyaksikan 'rahsia' yang tersembuyi...!
Cara kebangkitan dan Sumber kekuatan!
Allah memberikan Hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki. Apabila cahaya taufiq dan hidayah telah mencengkam sanubari, maka di sana akan berlaku satu ledakan revolusi memecahkan benteng-benteng jahiliyah, benteng kesyirikan, benteng kekufuran ....! Keimanan dan ketaqwaannya memancar memenuhi bumi seluruhnya.
Jika arus ini cukup kuat, dan arus ini mengalir didalam darah dan urat sejumlah besar Ummat ini, pastilah menghacurkan seluruh kekuasaan jahiliyah dan kafir di atas muka bumi.....dengan pertolongan Allah!
Contoh paling unggul telah berlalu pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Selepas itu tidak di ketahui wujud satu kelmpok besar Mu'min seperti itu.
Tetapi Insya Allah, dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Perkasa, Ummat ini akan bangkit sekali lagi... Ummat ini sedang mengumpulkan tenaganya. Tanpa di sedari, tanpa kelihatan pada rupa zahirnya, tanpa hebahan didalam media - tenaga luarbiasa ini sedang berkumpul.
CIA, Mossad, Scotland Yard, ... siapa pun mereka dari kalangan penjenayah2 dunia tidak akan dapat mengesan 'tenaga' ini.
Mengapa mereka tidak dapat mengesannya?
Ini kerana 'tenaga' ini bukan tenaga nukliar, bukan tenaga hidrogen, bukan tenaga atom, bukan tenaga buatan manusia. Ianya suatu 'tenaga' yang jauh lebih hebat daripada semua tenaga yang diketahui manusia pada zaman ini.
Apabila cukup kekuatan nya, ia akan datang bagaikan halilintar membelah bumi, menghancurkan manusia2 munafiq, yahudi dan nasrani berserta pemerintahan mereka.
Siapa anggota tentera ini?
Hanya sedikit daripada sedikit yang tahu. Mereka ini penjaga Rahsia. Mereka bukan manusia2 yang mencanangkan kekuatan diri. ....!!! Mereka bukan manusia yang terkenal di dunia antarabangsa. Sebagaiman Nabi datang sebagai seorang manusia yang tidak dikenali, tidak di pedulikan oleh masyarakat Arab Jahiliah... tetapi akhirnya Baginda menawan hati manusia dan dunia kemanusiaan!
Jika anda hamba2 Allah yang takut kepada Allah, jika anda termasuk hamba2 Allah membenarkan segala kata2 Nabi berkenaan Ummat pada akhir zaman, jika anda tetap membenarkan Ulama Pewaris Nabi yang siddiq, jika anda termasuk manusia2 yang memuliakan segala Aulia Allah yang telah masyur nama mereka sebagai Aulia Allah di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah... nescaya... anda akan termasuk didalam 'pasukan ini'!
Sebaliknya mereka yang hanya mengaku sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah, padahal mereka itu berpura-pura, bersifat munafiq dan kufur, pemerintah dan rakyat umum yang mementang hukum-hakam Allah, mereka yang mempersendakan Nabi dan Wali2 Allah yang telah masyur, mereka yang menafikan Ulama2 Pewaris Nabi yang siddiq, pastilah mereka ini akan termasuk 'golongan kiri' yang akan menerima kebinasaan!
Seruan!
Bagi mereka2 yang mendengar seruan ini, pintu taubat masih terbuka! Jangan tunggu sehingga nyawa sampai halqum atau matahari terbit dari barat, maka ketika itu tiada guna lagi tangisan!
Kebangkitan Ummat akhir zaman bukan suatu andaian. Ianya suatu janji yang pasti akan berlaku. Namun ianya bukan sebagaimana andaian2 manusia awam. Ia adalah ledakan revolusi tersembuyi....!
Wallahu A'lam