Thursday, June 16, 2011

SOAL JAWAB TASAWWUF DAN TARIQAT.
Susunan : Tok Kelana





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 







Persoalan Pertama : 

Apakah hukum menuntut Ilmu Tasawwuf?

JAWAPAN :
MENUNTUT ILMU TASAWWUF DAN MENGAMALKANNYA ADALAH FARDHU AIN DI ATAS SETIAP MUKALLAF ; LELAKI DAN WANITA

Berkata Imam Al_Ghazali Radhiallahu Anh didalam Ihya:

“Maka mengetahui batas-batas hal ini (Ilmu yang bicarakan hal-hal penyakit hati dan kebaikan hati pada Ilmu Tasawwuf ), hakikat, sebab, hasil dan pengobatannya adalah ilmu akhirat dan fardhu ain, menurut fatwa ulama2 akhirat.

Orang yang membuang muka dari ilmu tersebut (Ilmu Tasawwuf) adalah binasa dengan kekuasaan Raja di Raja di akhirat, sebagaimana orang yang membuang muka dari segala pekerjaan zohir, adalah binasa denga kekuasaan pedang raja2 dunia, berdasarkan fatwa ahli fiqih dunia.

Maka pandangan Ulama Fiqh mengenai Fardhu Ain itu adalah bersandarkan kepada kepentingan dunia, sedang ini, bersandarkan kepada kepentingan akhirat. Bila di tanyakan kepada seseorang ahli fiqh tentang erti dari erti2 ini, umpamanya tentang ikhlas atau tentang tawakkal atau tentang menjaga diri dari sifat ria’, maka ia akan tertegun sedangkan kerana Fardhu Ain nya, bila di abaikan akan mendatangkan kebinasaannya di akhirat.

Tetapi cuba tanyakan tentang li’an, zihar berlumba kuda dan memanah, nescaya akan di letakkannya di hadapanmu berjilid2 buku dengan terperinci yang mendalam, yang menelan banyak waktu, padahal sedikitpu t tidak diperlukan. Kalau pun ada ayang diperlukan, nescaya tidak lah kosong negeri, dari orang yang menyanggupinya. Dan cukuplah letihn dan payah padanya, lalu sentiasa ia berpayah-payah padanya, malam dan siang, pada menghafal dan mempelajarinya. Dan melupakan dari apa yang penting dalam agama. (Ilmu Tasawwuf)

Apabila di desak maka ahli fiqh itu menjawab: “Aku menghabiskan waktu mempelajrinya kerana fiqh itu ilmu agama dan fardhu kifayah. Ia mengelabui dirinya dan orang lain pada mempelajarinya.

Orang cerdik itu tahu bahawa kalau adalah maksudnya melaksnakan perintah pada fardhu kifayah tentu di dahulukannya fardhu ain. Bahkan juga akan di dahulukannya banyak dari fardhu2 kifayah yang lain dari ilmu fiqh.

Kemudian tidak seorang pun dari orang islam, kami lihat bekerja dalam lapangan kedoktoran. Mereka berlumba2 kepada ilmu fiqh, lebih2 masalah khilafiyah dan perdebatan. Negeri penuh dengan Ulama Fiqh, yang bekerja mengeluarkan fatwa dan memberi penjawaban dari peritiwa2 yang terjadi.

Benarlah kiranya telah terinjak2 ilmu agama dengan tingkah laku ulama jahat. Maka Allah Ta’ala tempat bermohon pertolongan. KepadaNya tempat berlindung, kiranya di lindungiNya dari penipuan ini yang membawa kepada amaranNya dan menertawakan syaitan.

Ahli wara’ dari Ulama zahir, mengaku kelebihan Ulama batin (Tasawwuf) dan mempunyai mata hati.

Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimana membuat itu dan ini?”

Maka di katakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini?”

Maka menjawab Imam Shafie : “Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”

(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Tasawwuf untuk bertanyakan masalah agama)

Imam Ahmad bin Hambal dan yahya bin Mu’in selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.

Imam Ahmad dan Yahya menanyakan : “Bagaimana.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak didalam hal agama)

Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika di tanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”

Maka Nabi menjawab :

“Tanyakan kepada orang2 soleh dan slesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka. (Tabarani dari Ibnu Abbas) 


(di sini tamat petikan kitab Ihya)


Demikian sepintas lalu gambaran yang di bawa oleh Imam Al-Ghazali berkenaan wajibnya menuntut Ilmu Tasawuf sehinggakan Ulama2 besar seperti Imam As-Shafie , Imam Ahmad dan Imam Yaya Mu’in (yang terkenal dengan kehebatan Ilmu Fiqh) pun sering menemui Ahli2 Sufi/Ulama Tasawwuf untuk menyelesaikan masalah diri mereka dan Ummat.

Jika benar demikian betapa wajib lagi orang2 yang jahil seperti kita mengambil dan amalkan Ilmu Tasawwuf.




Persoalan Kedua : 

Mengapa Ilmu Tasawwuf itu wajib 'aini di atas setiap mukallaf?

JAWAPAN :
IANYA MENJADI WAJIB 'AINI KERANA TIDAK ADA SEORANG PUN TERLEPAS DARI BERBAGAI PENYAKIT HATI BERUPA SYIRIK KHAFI DAN SIFAT MAZMUMAH, SEDANGKAN SEGALA UBAT DAN RAWATANNYA ADALAH TERSEBUT DIDALAM ILMU TASAWWUF INI.

Segala perkara menyentuh HATI dan PENYAKIT2 HATI yang membawa KEBINASAAN bagi insan serta kewajipan menyucikannya disebut dengan banyaknya didalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi.

Ulama2 telah menghimpunkan semua sifat2 HATI, perkara2 yang membawa kepadaSYIRIK KHAFI, sifat2 MAZMUMAH(TERCELA) pada hati dan cara2 menyucikannya didalam Ilmu Tasawwuf.

Ulama2 Pewaris Nabi adalah pakar dan doktor keruhanian yang mewarisi Ilmu batin Nabi. Merekalah yang lebih arif mengetahui dari hal ehwal HATI yang terkandung didalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Merekalah juga yang mengetahui ubat dan rawatan yang sesuai bagi setiap penyakit manusia. Merekalah yang mengetahui batas2 dan tempoh rawatan bagi setiap penyakit itu.

Maka dengan kemurahan Allah Ta'ala, para Pewaris Nabi telah menghimpunkan segala macam resepi ubat dan rawatan yang sesuai dengan penyakit didalam KITAB2 Ilmu Tasawwuf.

Dengan demikian nyatalah Ilmu Tasawwuf itu wajib kerana terkandung didalamnya segala ubat bagi penyakit2 HATI manusia. Tanpa mengethui ubat dan rawatan yang sesuai, seseorang akan tetap didalam PENYAKIT ruhaninya sedangkan penyakit ruhani jauh lebih bahaya dari penyakit jasmani. Orang yang menghidap penyakit jasmani yang tiada di ubati mungkin boleh maut pada jasadnya. Tetapi penyakit pada hati boleh membawa maut kepada ruh dan Iman!

Di antara penyakit2 hati yang sangat bahaya sepertimana tersebut didalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :


Firman Allah :

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَـتِهِمْ سَاهُونَ الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

Maka celakalah bagi orang2 yang bersembahyang, iaitu yang lalai didalam sembahyangnya. Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang” [Al-Ma’un ; 4,5,6]


Firman Allah :

كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.(Al-Mu’min (40) : 35)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Tidak akan masuk syurga orang yang ada didalam hatinya, seberat biji sawi, dari takabbur. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya seberat biji sawi dari Iman” (Muslim)


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka” (Ibnu Majah, Al-Hakim)


Rasulullah shalallahu صلى الله عليه وسلم bersabda:

Tidak akan masuk syurga barang siapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan. (Muslim)

Dari Ibnu Abbas , Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

" Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar ".- (Al Hakim)


Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Imam Ahmad, hadits shahih)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka” (Ibnu Majah, Al-Hakim)


Demikian sebahagian dari kejahatan2 hati yang tersebut didalam Firman Allah dan Hadis Nabi yangh boleh membawa kebinasaan Iman dan Islam. Maka bagaimana cara sucikan hati dari syirik khafi dan sifat2 kecelaan itu sedangkan semua itu rosakkan Iman dan batalkan amal?

Apa ubatnya?

Bagaimana cara memakan ubat itu?

Apa rawatan yang sesuai bagi setiap penyakit yang berbeza2 itu?

Semua ini di himpunkan oleh doktor keruhanian ; Ulama2 Tasawwuf didalam Disiplin Ilmu Tasawwuf. Maka dengan demikian jadilah wajib memngetahuinya dan mengamalkannya untuk memperoleh kesejahteraan Iman dan Islam.

Orang2 yang mendabik dada mengatakan kami ikut Qur'an dan Hadis saja, kami tak perlukan Tasawwuf hanya menipu diri sendiri dan membinasakan diri sendiri. Wal Iyazubilllah!

Imam Ath-Tayyibi berkata didalam kitab beliau,

“Tidak patut bagi seorang yang alim – meskipun dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, sehingga dia menjadi salah seorang cendikiawan pada masanya – untuk merasa puas dengan apa yan diketahuinya. Yang wajib baginya adalah bergabung dengan para Ahli Toriqat Sufiyyah, agar mereka menunjukki jalan yang lurus. Sehingga dia menjadi salah seorang yang diajak berbicara oleh Allah didalam hati mereka kerana kesucian batin mereka, dan dibebasakan dari sifat2 tercela. (Hasyiah Al-Kasyaf)


Imam Al-Ghazali berkata,

“Bergabung dengan kalangan sufi adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.” (Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf)

Berkata Imam Al-Ghazali lagi,

“Diantara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak2 yang tercela dan menggantinya dengan akhlak2 yang terpuji.” (Ihya Ulumuddin)




Persoalan ke 3: 

Apakah kadar wajib bagi mempelajari dan amalkan Ilmu Tasawwuf?

JAWAPAN :
KADAR WAJIBNYA ADALAH SEKADAR BOLEH MENYUCIKAN BATIN DARIPADA SEKALIAN SYIRIK KHAFI DAN SIFAT TERCELA DAN HIASI DIRI DENGAN SIFAT TERPUJI.

Berkata Shaikh Abdus-Samad Al-Falimbani didalam Sirrus Salikin,

"Kadar yang wajib secara Fardhu Ain menuntut Ilmu batin atau Ilmu Tasawwuf ialah sekadar boleh boleh menyucikan daripada sifat tercela seperti ujub, ria, hasad dan sebagainya. Dan berperangai dengan zuhud, wara', ikhlas, tawadhu dsb.

Sedangkan yang wajib secara Fardhu Ain dalam bidang Ilmu Tasawwuf memadailah sekadar mengetahui yang terkandung didalam kitab ini dan kitab Minhajul Abidin. sebagaimana yang diutarakan oleh al-Arif Billah Yahya An-Nufus As-Sayyid Abdul Qadir Al-Aidrus didalam kitab beliau yang terkenal yang berjudul al-Dar al-Tsamin Fi Bayan al-Muhimm Min 'Ilm al-Din sebagai berikut :

"Telah dianggap memadai pada Ilmu Tasawwuf yang fardhu 'ain itu dengan mengamalkan apa yang tertera didalam kitab Minhajul Abidin bagi Imam Al-Ghazali, manakala huraian selanjutnya secara terperinci tidak lagi Fardhu 'ain."

Bagaimana pun adalah lebih baik bagi orang yang mengingini kemenangan di akhirat membanyakkan menuntut ilmu Tasawwuf yang fardhu kifayah, berbeza dengan fardhu kifayah didalam ilmu yang lain.

Demikian juga Ibnu Ibad Radhiallahu Anh dalam kitabnya Syarah Hikam menyatakan :

"Ilmu Tasawwuf adalah ilmu yang sepatutnya manusia mengaramkan diri mereka didalam menuntutnya sepanjang usianya, yakni menghabiskan umurnya itu didalam menuntut Ilmu Tasawwuf, janganlah berpuas hati dengan banyak atau sedikitnya. Manakala ilmu yang lain daripada ilmu Tasawwuf itu tidak begitu diperlukan oleh manusia didalam kehidupan mereka sehari-hari, bahkan adakalanya ilmu itu mendatangkan mudharat bagi orang yang mempelajarinya."

Sehubungan dengan itu Syaikh Husain BIn Abdullah menyatakan didalam kitab beliau Fushul al-Fathiyyah :

"Maka sebaiknya engkau mempelajari ilmu tasawwuf itu dan membanyakkan masuk kedalam ilmu al-Thaoifah al-Arifah as-Sufiyyah al-Masyghulatu Billah. Padahal mengajarkannya, membacanya, mengulangkajinya, mentelaahnya dan membincangkannya itu menghidupkan hati, mematikan nafsu, memperlihatkan 'aib diri sendiri yang menyebabkan adanya hijab dan jauh daripada Allah dan lain-lainnya dari segala ilmu di luar tasawwuf yang biasanya mengeraskan hati, menghiasi 'aib (sehingga dirasakan sebagai kelebihan) dan terdinding daripada yang ghaib2. Di khuatiri bagi orang2 yang sibuk dengan hal-hal tersebut, mati didalam kejahatan atau ma'siat, kerana biasanya orang2 yang sibuk dengan perkara tersebut akan memebesarkan diri disebabkan kerana ujub yang mencampuri amal yang mereka lakukan, melainkan jika mereka ikuti perbuatan tersebut dengan mentelaah kitab2 ahli sufi , adakalanya dengan cara seperti itu mereka akan terpelihara daripada perkara yang tidak baik. Bagaimana pun jika perbuatan itu disertai dengan meninggalkan ilmu al-Taifah al-sufiyyah, maka kesejahteraan yang bakal mereka perolehi amata sedikit sekali."


Inilah sebabnya maka Imam Ghazali mengatakan didalam Ihya Ulumuddin yang beliau nukil daripada sebahagian Ulama yang Arifin.. :

"Barangsiapa yang tiada baginya bahagian untuk mengetahui ilmu qaum sufi (ilmu tasawwuf) di khuatiri ia akan menemui seburuk-buruk kematian, dan sekurang2 bahagian daripadanya adalah mengakui (membenarkan) dan bersangka baik kepada ahlinya."

(tamat petikan kitab)

Semoga kita semua termasuk didalam golongan yang di sebut oleh Imam Ghazali "sekurang2 nya menjadi orang mengakui kebenaran ahli Tasawwuf" Jangan jadi orang mengengkarinya...!



Persoalan ke 4 :

Adakah wajib mencari seorang Guru didalam pendidikan Ilmu Tasawwuf.? 
JAWAPAN :
MENCARI SESEORANG YANG MAHIR DI DALAM ILMU TASAWWUF (SHAIKH /MURSYID) SEBAGAI PEMIMPIN DAN PEMBIMBING ADALAH WAJIB.

Setiap insan (bayi) yang lahir ke muka bumi, tidak tahu apa-apa darihal kehidupan. Dia tak tahu apa itu malu. Dia tak boleh berkata-kata. Dia tak boleh berkomunikasi dengan insan lain. Dia tak tahu bagaimana untuk makan dan minum. Dia tak tahu bagaimana untuk membuang air.

Segala kesulitan yang dihadapi oleh bayi ini; samada lapar, sakit, kencing basah, mengantuk semuanya di paparkan dengan satu isyarat yang sama
iaitu - tangisan.

Siapa yang mengajar anak ini ?
Siapa yang ajar dia tentang nama2 benda?
Siapa yang ajar dia memanggil ayah dan ibu?
Siapa yang ajar dia bertatih dan kemudian berjalan?
Siapa yang ajar dia makan dan minum?

Adakah dia belajar sendiri?

Ibu bapa merupakan Guru yang pertama kepada seorang insan. Apabila dia meningkat ke usia kanak2, selain dari ibubapa, Guru di sekolah menjadi pembimbing dia. Mungkin juga mendapat bimbingan dari kawan atau orang2 yang lebih tua.

Apabila meningkat dewasa memasuki pusat pengajian tinggi, setiap bidang yang diceburi ada pakarnya masing2. Dia mesti merujuk kepada pakar didalam bidang yang diceburi untuk mendapat bimbingan dan kejayaan. Sekiranya dia menceburi bidang perubatan, maka dia perlu mendapat bimbingan seorang doktor yang pakar di bidang perubatan. Tak mungkin seorang pelajar perubatan di bimbing oleh pakar kejuruteraan,

Apa yang hendak di paparkan di sini adalah : Insan selamanya memerlukan bimbingan. Dia memerlukan bimbingan dari kecil sehingga dewasa. Dia perlukan pimpinan untuk membuat pilihan2. Apabila dia menceburi satu bidang khusus, samada sebagai kerjaya atau sebagai usahawan, dia memerlukan bimbingan dari pakar didalam bidang tersebut.

Anda perhatikan, sekiranya urusan2 duniawi yang dapat di lihat dengan mata kasar memerlukan bimbingan dan pimpinan apalagi urusan keagamaan? Apalagi urusan yang bersangkut paut dengan bidang keruhanian dan alam2 ghaib?

Maka tidak boleh tidak seseorang manusia memerlukan seorang pemimpin didalam perjalanannya menuju khaliq, Penciptanya. Dia takkan mampu mengetahui sendiri dari sudut2 keTuhanan.

Lebih2 lagi di jalan keruhanian, dia memerlukan seorang pemimpin yang menunjukki jalan yang lurus dan selamat. Dia takkan mampu berjalan sendiri.


Ghawthul A’zam, Hazrat Sheikh Abdul Qaadir Jailani Radhiallahu Anh menyatakan hal ini didalam metafora yang sangat indah. :

"Hati adalah ladang untuk akhirat. Tanamlah benih Imaan dalam hati kamu. Kamu perlu mengairi nya, membajai nya, dan suburkannya dengan amalan kebajikan. Sekiranya hati itu mempunyai belas ihsan dan bertenaga, maka ia akan terus subur dan memberikan hasil yang sangat lumayan. Sekiranya hati itu tidak subur dan tandus, ruh menjadi kering dan tidak subur dan tiada tamanan dapat tumbuh di atasnya. Pelajarilah seni ilmu pertanian ini (jiwa) dari pakar2 nya, iaitu para Aulia Allah. Jangan kiranya kamu menganggap pendapat kamu itu memadai. Nabi kita Salllallahu Alaihi Wasallam menyebut : “Mohonlah bantuan pada setiap pekerjaan dari seorang ahli didalam bidang tersebut. “
(Fath-ur-Rabbaniy Wa Faidhur –Rahmaniy)


Berkata Imam Al-Ghazali Radhiallahu anh;

“Diantara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak2 yang tercela dan menggantinya dengan akhlak2 yang terpuji.” (Ihya Ulumuddin)


Berkata Shaikh Abdul Qadir Isa,

“Jelaslah kesalahan orang yang menyangka dapat mengobati penyakit hatinya dan melenyapkan cacat jiwanya sendiri dengan hanya membaca Al-Qu’an dan hadis2 Nabi. Al-Qur’an dan Hadis2 telah menghimpun beragam ubat yang dapat menyembuhkan beragam penyakit hati dan jiwa. Oleh kerana itu bersama keduanya perlu ada seorang doktor yang dapat menentukan ubat dan terapi bagi setiap penyakit.”
(Haqeqat Tasawwuf)


Cabang :
Bagaimana jika seseorang tidak bertemu seorang pun dari Guru Mursyid /Ahli Sufi untuk membimbingnya?
Soalan ini memang 'relevan' pada zaman ini kerana dunia sudah menghampiri Qiamat, maka menurut Hadis Nabi, para Ulama2 yang siddiq sudah di angkat oleh Allah Ta'ala tinggallah beberapa orang sahaja di satu2 negeri. Yang lain2 adalah orang2 Alim yang jahat, yang memberi fatwa yang menyesatkan umum manusia.

Jadi persoalannya bagaimana kita menghadapi zaman ini? Bagaimana kita boleh mempelajari Ilmu Tasawwuf ini?


Jwp : Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia Maha Pemurah dan Maha Pengampun. Sekirang seseorang sudah pun berusaha sungguh2 mencari seorang Guru Mursyid, tetapi tidak bertemu dengan beliau, maka beramallah dengan apa2 yang telah dipelajari dari Ilmu Islam. Teruskan kehidupan sebagai orang beriman dengan sentiasa melaksanakan Taubat, membaca Al-Qur'an, membca solawat dan banyak2 zikrullah.....!

Seseorang boleh juga mendapat bimbingan dari ustaz atau kawan2 yang pernah menuntut Ilmu Tasawwuf. Moga2 mendapat manfaatnya.

Walau bagaimana pun janganlah berpuas hati dengan apa yang sudah diketahui/ apa yang sedia ada. Teruskan usaha mencari Shaikh Pewaris Nabi dengan berdoa dan berusaha sungguh2, mudah-mudahan dengan hanya pengakuan seseorang terhadap Ilmu Tasawwuf ini pun sudah di anggap sebagai salah seorang dari Toiffah Ahli Sufi.

Berkata penghulu ahli Sufi, Shaikh Junaid Al-Baghdadi Radhiallau Anh :

"Orang yang membenarkan Ilmu kami (ahli sufi) adalah waliyullah yang kecil."

Shaikh Abu Yazid Al-Bustami Radhiallahu Anh berkata :

"Apabila engkau lihat seseorang yang berbaik sangka dengan perkataan2 yang di ucapkan oleh ahli Toriqat Sufiyyah, maka katakan kepadanya, "doakanlah saya" kerana doa orang itu adalah mustajab."




Persoalan ke 5 : Apakah Matlamat Tasawwuf? 

JAWAPAN :
TUJUAN TASAWWUF ADALAH UNTUK MENYUCIKAN BATIN /HATI DARIPADA SEGALA BENTUK KESYIRIKAN (SYIRIK KHAFI DAN SYIRIK JALI) DAN MENYUCIKAN DARIPADA SEGALA MACAM SIFAT KEKEJIAN SEHINGGA MENJADI HATI ITU BERCAHAYA DENGAN CAHAYA KETUHANAN, MEMANCARKAN TAUHID YANG MURNI, UBUDIYYAH YANG IKHLAS SERTA BERPEGANG TEGUH DENGAN SYARI'AT NABI SALLALLAHU ALAIHI WA SALLAM.


Kita menyedari di luar sana ramai yang memperkatakan tentang Tasawwuf, pengertian Tasawuf dan matlamat Tasawuf. Sebahagiannya menjelaskan berdasarkan Ilmu Tasawwuf yang sebenar yang di tunjangi pengalaman keruhanian sendiri. Sebahgian lagi cuma menceritakan berdasarkan pengajian dari bilik kuliah dan bacaan kitab2 tanpa bimbingan Shaikh keruhanian. Yang lain2 membuat andaian dan tanggapan tanpa sebarang asas agama!

Hasil daripada berbagai golongan ini lahir pula berbagai pola pemikiran, pendirian dan sikap.

Di sini kita tidak bercadang membincangkan berbagai pendapat golongan2 tersebut. Kita juga tidak bermaksud membincangkan segala tingkatan2 di dalam Dunia Tasawwuf yang sangat rumit dan memerlukan perbahasan yang panjang. Memadailah kita perkatakan sesuai dengan peringkat mubtadi, iaitu peringkat permulaan seorang penuntut, yang mana peringkat ini pun masih ramai yang belum memahaminya secara tepat menurut Syara'.

Khair,
Semua Rasul2 di utus oleh Allah Ta'ala ke atas muka bumi menyerukan Kalimah Suci, Kalimah Tauhid La-Ilaha Illa-Allah. Semua Rasul2 menyerukan I'budullah - Sembah lah Allah!

Tauhid yang murni tidak akan berdiri melainkan di atas wadah yang suci. Pohon yang subur tidak akan tumbuh dari tanah yang gersang dan tandus. Buah yang enak dan ranum tidak akan dapat terhasil melainkan dari pohon yang subur di atas tanah yang subur..!

Maka kita dapati tujuan Rasul2 adalah untuk menyucikan batin manusia daripada segala kekufuran, kemunafikan dan kekotoran maknawiyyah. Apabila hati telah suci, batin dan ruh telah memancarkan cahaya keTuhanan, maka di sana akan terlihat berdiri Tauhid yang murni dan Ubudiyyah yang sebenar ubudiyyah.

Inilah asas Tasawwuf, kesucian HATI daripada kekotoran dan kegelapan , mendorong, memimpin kepada mendirikan Tauhid yang suci ....!

Tasawwuf wujud tanpa nama tertentu di zaman Rasul2 terdahulu. Demikian juga di zaman Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Namun ketiadaan 'nama' dan "istilah" tidak menghilangkan zat nya yang berperanan untuk menyempurnakan kesucian insan....untuk kembali kepada Tauhid yang murni mengagungkan Allah Ta'ala, mencintai Allah dan RasulNya.

Allah itu maha suci, Dia hanya menerima yang suci.

Hanya mereka2 yang suci hati dan jiwanya dapat menyempurnakan tuntutan Tauhid dan Ubudiyyah. Hanya jiwa2 yang suci mampu menjunjung tinggi Kalimah La-Ilaha Illallah Muhammad-ur-Rasulullah. Hanya hati2 yang suci mendapat keredhaan Allah dan KasihNya.

Oleh kerana inilah para Murabbi, Shaikh Sifiyyah, Murshid2 Toriqat Sufiyyah yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batinnya, bersungguh2 menyeru manusia kepada amalkan Tasawuf disamping tetap mengamalkan fiqh dan berpegang kepada Aqidah yang benar, kerana darinya lahir kesucian yang membuahkan Tauhid yang murni dan Ubudiyyah yang ikhlas.


Berikut petikan kata2 Imam2 /Shaikh2 kabir :

Berkata Imam Al-Junaid Al-Baghdadi :

" (Tujuan) Tasawuf ialah mensucikan hati daripada tertambat dengan makhluk, meninggalkan perangai tabi'e yang buruk, memadamkan sifar-sifat kemanusiaan (yang buruk), menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan ALlah pada setiap masa, menasihati seluruh umat, menyempurnakan janji kepada ALlah dan mengikut syar'iat RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam.

Shaikh Ma’ruf al-Karkhi : Tasawwuf ialah pergantungan harap kepada Allah Ta'ala dan tidak kepada makhluk.

Shaikh Abul Hasan al-Nuri: "Tasawuf ialah meninggalkan semua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja sifat terpuji (mahmudah)."

Shaikh Abu Hassana As-Syadzili: "Tasawuf itu melatih diri dalam ubudiyah (sifat kehambaan) dan mengembalikan hukum-hukum rubbubiyah (sifat ketuhanan)."

Shaikh Abu Turab al-Nakhsyabi: Sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatupun malah bersih daripada semua perkara.

Shaikh Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata: Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah Ta'ala dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.

Shaikh Al-Jurairi : Tasawwuf ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.

Imam At-Tusturi: "Seorang pengamal tasauf atau sufi adalah orang yang selalu membersihkan diri daripada noda zahir dan batin, selalu bertafakur, sentiasa menghubungkan diri dengan Allah Ta'ala dan memutuskan hubungan tidak bermanfaat dengan manusia."


Dengan penjelasan di atas memadai untuk memahami bahawa tujuan Tasawwuf bukanlah untuk mencari keduniaan, bukan untuk kekuatan diri, bukan juga bertujuan mencapai berbagai karamah hissiah atau tujuan2 lain yang menyimpang daripada Syari'at bahkan tujuan utamanya kembali kepada tujuan manusia di jadikan iaitu mengenal Penciptanya, mentauhidkannya dengan Tauhid yang murni lalu menjadi hamba2 Allah yang di redhaiNya dengan cara pembersihan hati, aqal dan ruh...!

Walau bagaimana pun perlu ditekankan di sini ibarat bayi yang baru merangkak takkan mampu berdiri dan berjalan dalam sekelip mata. Tak mungkin seseorang yang baru belajar dan menunutut ilmu Tasawwuf terus menjadi orang suci dengan sekelip mata. Atau baru belajar tasawwuf terus menjadi Ahli Sufi. Semua latihan tasawwuf itu memerlukan mujahadah yang bersungguh2 dan bagi waktu yang panjang sebagaimana yang telah di lalui oleh para salaf saleh.



Persoalan ke 6 : 

Anda mengatakan Ilmu Tasawwuf itu wajib 'aini bagi setiap mukallaf. Tetapi mengapa kebanyakan orang Islam termasuk setengah ustaz-ustaz kelulusan syari'ah mengatakan Tasawwuf hanyalah sebagai menuntut 'kelebihan' atau 'fadhail' amal, bukan kewajipan.? Ada pulak golongan lain menganggapnya bid'ah dan sesat kerana tidak terdapat didalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi.

JAWAPAN:

Sebelum menjawab soalan di atas secara detail sila perhatikan fakta2 berikut:

Kenyataan 1:
Al-Qur'an mempunyai ayat2 yang banyak dan Hadis Nabi berjumlah ratusan ribu bahkan mungkin sampai satu juta hadis.

Kenyataan 2 :
Al-Qur'an adalah Kalamullah yang Tinggi, mengandungi makna2 zahir dan makna2 batin yang sangat halus dan tersembunyi. Demikian juga Hadis2 Nabi adalah perkhabaran, perintah, larangan, diamnya Nabi - semua ini pada hakikatnya dari Allah jua, kerana ianya merupakan wahyu Allah kedalam hati Nabi. Ini bermakna Hadis2 Nabi juga mengandungi makna2, hikmah2 tersembunyi.

Kenyataan 3 :
Di zaman Nabi, ketika para sahabat bersama Nabi, segala kemusykilan dan permasalahan yang timbul di kalangan Ummat Islam di jawab oleh Baginda sendiri. Ini berkait dengan Hikmah Ilahi menurunkan Al-Qur'an beransur-ansur, tidak sekaligus.

Kenyataan 4 :
Setelah Nabi wafat, di kurun pertama Hijrah, timbul perselisihan pendapat di kalangan Ummat Islam darihal hukum2 Islam. Sebahagian besar daripadanya adalah kerana tidak memahami dasar2 agama, kemudian kerana tiada kemapuan memahami Al-Qur'an dan Hadis Nabi di sebabkan ketinggiannya.

Perbezaan pendapat ini meruncing pada suatu ketika sehingga menyebabkan penyewengan bab usul dan aqidah. Perbezaan2 ini melahirkan orang2 Islam yang menyeleweng pada sudut :
- Aqidah
- Ilmu Kebatinan
- Amalan/Ibadah


Kenyataan 5:
Menyedari hakikat penyelewengan ini, menyedari tiada kemampuan Ummat untuk memahami Agama dengan meneliti sendiri Kalamullah dan Hadis Nabi, maka para Ulama' tabiin (yang mewarisi Ilmu Nabi dari para sahabat Nabi) mula menyusun Ilmu2 dari Al-Qur'an dan Hadis Nabi menurut bab2 tertentu dan tersendiri dengan mengambil faham daripada para sahabat.

Dari sini lahir Ulama2 Mujtahidin di dalam berbagai bidang Ilmu - Ilmu Fiqh, Tauhid, Tasawwuf, Tafsir, Disiplin Ilmu Hadis, Ilmu Qiraat, Ilmu Tajwid, Ilmu Nahwu-Saraf dan lain-lain lagi.

Seluruh ilmu ini di ijtihad dan di susun oleh Ulama2 berdasarkan ilmu yang mereka terima dari para sahabat Nabi.


Dari kesemua kenyataan di atas anda akan melihat bahawa :

1. Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf adalah Ijtihad Ulama pewaris Nabi berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi. Ia bukan rekaan atau ciptaan aqal mereka.

2. Istilah2 Fiqh, Usuluddin, Tasawwuf dll , tak wujud zaman Nabi. Tetapi ianya wujud didalam bentuk amali bersumberkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi.

3. Kebanyakan orang Islam tidak memahami Al-Qur'an dan Hadis Nabi, bahkan tidak mengetahui sejumlah besar Ayat Qur'an dan Hadis Nabi. Maka memadai dengan merujuk kepada kitab2 Ulama2 Mu'tabarah untuk mengetahui darihal hukum2 didalam kehidupan.

4. Tak mungkin orang2 jahil didalam Ilmu2 Islam menerbitkan hukum sendiri dengan hanya membaca Al-Qur'an dan Hadis Nabi. Jika mereka cuba juga, maka tiada syak lagi mereka merosakkan diri sendiri kerana amaran Nabi yang melarang mentafsirkan Al-Qur'an dengan pemikiran.

Maka mematuhi saranan Ulama Mu'tabarah adalah jalan selamat untuk amalkan Islam bagi orang awam.


Daripada kenyataan2 di atas, kita memahami Tasawwuf merupakan salah satu Ilmu yang wajib di tuntut di amalkan oleh Ummat Islam, lelaki dan wanita, sebagaimana perkataan Ulama Mu'tabarah.



Persoalan ke 7 :
Dari manakah asal perkataan Tasawwuf dan mengapa perkataan ini di pilih untuk memberi nama kepada Disiplin Ilmu ini?


JAWAPAN :

Tasawwuf merupakan salah satu bidang Ilmu Islam yang paling luas perbicaraanya. Ia boleh jadi yang serendah2nya daripada membicarakan soal kebaikan2 hati, kepada bab perjalanan hamba menuju Allah dan lebih tinggi kepada bicara hal2 Ma'rifat Ilahiyyahyang sangat halus!

Kita akan cuba ringkaskan supaya tidak menjadi terlalu ilmiah yang rumit dan sukar difahami.


Dari sudut bahasa :

1. Dari kalimah الصَفَاءُ yang melambangkan kesucian hati dan bersih daripada Syrik dan sifat-sifat mazmumah.

2. Dari kalimah صُوْفُ yang menjadi pakaian ahli2 zuhud menjauhi kemewahan dunia.

3. Dari kalimah الصَّفُّ yang bermaksud saf solat. kerana ahli tasawwuf berada di saf hadapan ketika solat.

4. Dari kalimah الصُّفَّةُ, iaitu tempat di utara masjid Nabi yang menjadi tempat bermalam bagi sahabat2 Nabi yang zuhud lagi fakir. Mengikut riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah katanya: Aku pernah melihat 70 orang daripada kalangan ahli suffah yang tinggal di tempat tersebut.

5. Dari kalimah سُوْفِيَا yang membawa maksud hikmah kebijaksanaan.



Tasawwuf dari sudut istilah :

Dari sudut istilah Ulama2 Tasawwuf memberikan banyak Ta'rifan - ada yang mengatakan sehingga melebihi 1000 ta'rif. Namun apabila di teliti secara halus kesemua istlah tersebut membawa makna yang menuju kepada satu pengkhususan iaitu - KESUCIAN !

Iaitu KESUCIAN hati daripada segala macam 'syirik'-syirik khafi (syirik tersembunyi) dan sifat2 mazmumah (kecelaan) di dalam hati.

Jadi anda akan melihat pokok perbicaraannya adalah menyentuh KESUCIAN hati, aqal dan jiwa manusia dari segala macam kekotoran ma'nawiyyah !

Ulama2 telah mengambil segala keterangan Al-Qur'an dan Hadis Nabi berupa perintah Allah dan RasulNya yang menyentuh soal KESUCIAN lalu menghimpunnya menjadi satu tatacara Ilmu yang boleh dijadikan panduan oleh Ummat Islam.

Berdasarkan keterangan2 dan dalil2 AL-Qur'an juga Hadis Nabi ini juga Ulama2 telah mengijtihadkan beberapa kaedah beramal dan menunjukkan jalan sebaik-baik untuk mengamalkan Ilmu ini.

Sekarang anda cuba buka Kitab Allah dan Hadis Nabi dan melihat berapa banyak perintah Allah dan RasulNya menyentuh bab KESUCIAN hati. Perhatikanlah berapa banyak Kalimat2 Suci Allah dan kata2 hikmah Nabi menyentuh kewajipan menyucikan hati. Dan akibat orang yang mengotori hati nya.

Kita sebut sebahagian daripadanya....


Firman Allah :


قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّـهَا- وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّـهَا

"Maka beruntunglah siapa yang mensucikan hatinya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya."
(As-Syams 9-10)



يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )




Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).


Jika anda mempunyai pandangan yang tajam, anda akan fahami bahawa inilah juga tujuan segala utusan Allah - Nabi dan Rasul di utus ke atas muka bumi iaitu menyerukan Kalimat Tauhid dan SUCIKAN manusia - iaitu menyucikan hati, aqal dan ruh dari kekotoran, kekejian, kesyirikan dan kemunafikan!

Dari Hati yang suci akan lahirlah TAUHID yang murni dan UBUDIYYAH yang ikhlas. Untuk mengetahui betapa pentingnya Ilmu Tasawwuf sila rujuk huraian2 sbelum ini.


CATITAN UNTUK PERINGATAN BERSAMA:

Persoalan ta'rif istilah ini sepatutnya disebut di awal perbincangan. Tetapi penulis tidak menyebutnya kerana mungkin beranggapan bahawa kebanyakan orang sudah mengetahuinya. Mungkin juga penulis membawa suatu kelainan; daripada sibuk menyebutkan istilah2 lebih baik terus kepada 'isi' dan "matlamat" supaya tidak membuang masa membahaskan istilah2 yang sudah berkurun lamanya di bincangkan.

Namun masih ada di kalangan orang2 Islam gemar dan sibuk membincangkan istilah2 yang sudah pun di bahaskan dan di putuskan oleh Ulama2 Mu'tabarah. Maka menjadi sia2lah usia mereka dengan 'perbahasan' dan 'perdebatan' yang tiada manfaat pada akhirat. Perbuatan ini samalah seperti ahli "ilmu Kalam" yang sentiasa berdebat dan habiskan usia membincangkan hal2 yang meragukan dan membawa kekeliruan. Maka sentiasalah mereka didalam kerugian. (sila rujuk Ihya Ulumuddin bab kebinasaan disebabkan Ilmu yang tercela)

Apalgi jika seseorang bukan Ahli didalam memahami isi2 Al-Qur'an dan Hadis Nabi. Maka perbahasan2 istilah bukan sahaja merugikan umur, bahkan lebih buruk daripada itu akan menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.

Semoga ALlah memelihara kita daripada bisikan2 nafsu jahat dan Iblis yang sentiasa berusaha memesongkan kita dari jalan kebenaran!


Persoalan ke 8: 

Bagaimana pendapat anda mengenai dakwaan setengah orang2 Islam yang beranggapan istilah "tafaqquh" yang tersebut dalam ayat Qur'an dan hadis Nabi menunjukkan kepada "Ilmu Fiqh" sedangkan kata2 Tasawwuf tidak terdapat didalam Al-Qur'an atau Hadis Nabi.


JAWAPAN :

Sebagai penjagaan dan peringatan semula, kami perlu memperingatkan Amaran Nabi berkenaan larangan mentafsirkan Al-Qur'an atau syarahkan Hadis Nabi berdasarkan pendapat /pemikiran sendiri. INI TEGAHAN KERAS DARI NABI!

Khair,
Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, istilah2 Ilmu Fiqh, Usuluddin, Tasawwuf, Ilmu Tafsir, Ilmu Hadis, Tajiwid, Qiraah, Usul, Mantiq, Bayan tidak wujud pada zaman Nabi. Ini bermakna tiada satu pun ayat Qur'an atau Hadis Nabi menyebut Disipilin Ilmu2 tersebt secara khusus sehingga seseorang boleh menunjukkan secara pasti bahagian2 Disiplin Ilmu yang terkadung didalam kedua sumber itu.

Demikian juga tidak ada satu susunan/himpunan tertentu didalam kedua sumber itu yang menunjukkan wujudnya berbagai Disiplin Ilmu sehingga seseorang boleh mengambilnya secara kulli yang memadai untuk beramal dengan Ilmu tersebut tanpa kebergantungan kepada mana-mana tafsiran/huraian lain.

Hal ini tidak wujud, bermakna para sahabah tidak mengenal berbagai Disiplin Ilmu tersebut. Apa yang ada pada mereka adalah 2 Khazanah besar ; Al-Qur'an Kalamullah lautan Ilmu yang terpelihara hingga akhir zaman. Dan kedua Hadis Nabi yang memberi tafsiran kepada Kalamullah.


Jika demikian apa makna sebenar istilah "tafaqquh" didalam ayat Al-Qur'an sebagai contohnya :


"وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
( At-Taubah, Chapter #9, Verse #122)


Tafaqquh Fiddin didalam ayat ini menunjukkan kepada "menuntut Ilmu Agama" secara umumnya BUKAN menunjukkan kepada "Fiqh" atau "ilmu Fiqh" sebagaimana dakwaan sesetengah mereka tidak memahami tafsir Al-Qur'an.

Ayat ini TIDAK sama sekali mengisyaratkan kepada makna "fiqh" atau "ilmu Fiqh". Dan iannya juga TIDAK membawa makna sebagaimana Ilmu Fiqh yang tersusun sebagai salah satu Disiplin Ilmu Islam.


Mari kita perhatikan tafsir sebenar makna "tafaqquh" yang di putarbelit oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab..!



Dari Tafsir Ibnu Abbas,

Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs

{ وَمَا كَانَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوۤاْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ }

(And the believers should not all) it is not permissible for all the believers to (go out to fight) and leave the Prophet (pbuh) alone in Medina. (Of every troop of them, a party only should go forth) while another party should stay in Medina, (that they (who are left behind) may gain sound knowledge in religion) that they may learn the religion from the Prophet (pbuh) (and that they may warn) and that they may inform (their folk when they return to them) from their military expedition, (so that they may beware) in order to know that which they have been commanded to do and that which they have been prohibited from doing. It is also said that this verse was revealed about the Banu Asad who came to the Prophet (pbuh) in Medina after being hit by drought. Their arrival caused prices in Medina to rise and all the streets became filthy with excrement. And so Allah prohibited them from this.



Dari Tafsri Jalalain,

* تفسير Tafsir al-Jalalayn

{ وَمَا كَانَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوۤاْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ }

When the Prophet (s) was about to dispatch a raiding party — after they [certain Muslims] had been reproached for staying behind — all of them went forth, and so the following was revealed: It is not for the believers to go forth, on a raid, altogether: why should not a party, a group, of every section, of every tribe, of them go forth, while the others remain behind, so that they, those who remain behind, may become learned in religion and that they may warn their folk when they return to them, from the raid, by teaching them some of the rulings which they have come to learn, so that they may beware? of God’s punishment, by adhering to His commands and prohibitions. Ibn ‘Abbās said that this [verse] is specifically [intended] for raiding parties, while the previous one is [specifically] to prohibit any individual staying behind when the Prophet (s) sets out [on a campaign].



Dari Tafsir Ibnu Kathir,

﴿فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ﴾

(Of every troop of them, a party only should go forth) in the expeditions that the Prophet sent. When these armies returned to the Prophet, who in the meantime received revealed parts of the Qur'an from Allah, the group who remained with the Prophet would have learned that revelation from him. They would say, `Allah has revealed some parts of the Qur'an to your Prophet and we learned it.' So they learned from them what Allah revealed to His Prophet in their absence, while the Prophet sent some other men into military expeditions. Hence Allah's statement,

﴿لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّينِ﴾

(that they may get instructions in religion,) so that they learn what Allah has revealed to their Prophet and teach the armies when they return,

﴿لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ﴾

(so that they may beware.)'' Mujahid said, "This Ayah was revealed about some of the Companions of the Prophet who went to the desert and were helped by its residents, had a good rainy year and called whomever they met to guidance. The people said to them, `We see that you left your companions and came to us.' They felt bad in themselves because of this and they all came back from the desert to the Prophet . Allah said,

﴿فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ﴾

(Of every troop of them, a party only should go forth,) those who seek righteousness ﴿such as to spread the call of Islam, while others remain behind﴾,

﴿لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّينِ﴾

(that they may get instructions in (Islamic) religion,) and learn what Allah has revealed,

﴿وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ﴾

(and that they may warn their people), when those who went forth returned to them,

﴿لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ



Dari kesemua tafsiran Ahli2 Mufassirin di atas :

Ayat di atas adalah perintah Allah kepada para sahabat supaya tidak semuanya keluar berjihad di medan perang dengan meninggalkan Nabi seorang bersendirian di Madinah melainkan wajib ada ada sebahagian sahabat Nabi tinggal bersama Nabi untuk mempelajari Agama ; iaitu berupa wahyu dan keterangan2 Nabi berkenaan Agama! Apabila para sahabat Nabi pulang dari berjihad, maka sahabat yang tinggal bersama Nabi perlu mengajar/memberitahu berkenaan perkara2 perintah dan larangan Allah yang di sampaikan oleh Nabi semasa ketiadaan mereka.!


Keterangan yang sama berlaku kepada Hadis Nabi :

من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين

Barang siapa yg Allah menghendaki kepadanya kebaikan, Allah akan memberinya pemahaman yg dalam tentang agama.

Makna tafaqquh adalah pemahaman tentang agama dan bukan bermakna Ilmu Fiqh.




Persoalan ke 9: Apakah hubungan di antara Tasawwuf dan Toriqat.?

JAWAPAN :

Berdasarkan Pengajian Ilmu Tasawwuf, kedua2 Tasawuf dan Toriqat adalah berkait rapat diantara satu dengan lain. Jarang sekali Ulama2 menyebutnya secara terpisah melainkan untuk tujuan memberikan maklumat mengenai definisi/ta'rif mengenainya.


Apabila Tasawwuf dipandang pada sudut mewujudkan nilai2 murni hati dan peribadi seperti bersifat dengan siddiq, wara', taqwa, zuhud, redha, kasih dan barang sebagainya, maka Tasawwuf adalah matlamat sedang Toriqat menjadi jalan mencapai matlamat tersebut.

Ada juga Ulama menyatakan perhubungan ini dengan berkata :

Tasawwuf menyatakan sifat2 mahmudah dan mazmumah pada hati serta kebinasaan hamba, sementara Toriqat menyatakan kaifiyyat mengerjakan zikrullah, muraqabah, musyahadah, khalwat, serta latihan2 keruhanian yang lain sehingga seseorang itu mencapai Tasawwuf didalam dirinya.

Sebahagian lagi mengatakan :

Tasawwuf adalah himpunan seluruh akhlak Nabi صلى الله عليه وسلم, sementara Toriqat adalah jalan2 mencapai himpunan akhlak Nabi itu.


Pada perbahasan lebih tinggi membicarakan haqiqat, ma'rifat dan wilayah Tasawwuf dan Toriqat boleh dikatakan tiada terpisah bahkan ianya memberikan satu gambaran mengenai Pemerintahan Majlis Wali-Wali (Perkara ini boleh di rujuk didalam Kitab Futhatul Makkiyyah atau Sirrul Asrar. Tetapi dinasihatkan membacanya dengan bimbingan Mursyid)

Untuk mengetahui apa ta'rif Toriqat Sufiyyah sila rujuk...

http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6394



Persoalan ke 10:

Mengapa Ahli Sufi mengutamakan didikan dan penyucian hati berbanding dengan ibadah atau kerj2 kebajikan lain?


JAWAPAN:

Pendidikan Ahli Tasawwuf berpusat kepada HATI dengan memperbanyakkan ZIKRULLAH. Walaupun disana terdapat amalan dan wirid2 lain seperti suluk, khalwah,tawajjuh danRiadhah Nafsiyyah yang lain, asasnya adalah zikrullah jua!

Inilah didikan Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi Wasallam kepada para sahabat Ridhwanullah sehingga mereka menjadi insan2 bertaqwa dan diredhai oleh Allah Ta’ala. Dan pada hakikanya ini adalah perintah Allah Ta’ala keatas Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi Wasallam.

Mana dalilnya?
Mengapa HATI dan ZIKRULLAH?


Firman Allah Ta’ala :

Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )

Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam:

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia,
nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah
seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).


Isyarat Hati dalam Firman Allah Ta’ala dan hadis Nabi diatas memadai bagi menunjukkan secara mutlak kedudukan hati dalam seluruh kejadian manusia! Dan tempat jatuhnya pandangan dan penilaian Allah Ta’ala atas hamba2Nya. Dan kesudahan baik buruk manusia apabila dipanggil menghadapNya di Yaumul Mahsyar.!


Mengapa hati (qalb) ?

Kerana….
Didalamnya Rahsia Ilahiyyah - Ruh yang dijadikan oleh Allah Ta’ala dari Nur Muhammad.

Kerana…..
Didalam rongga hati itu diletakkan nur Iman!

Kerana….
Didalam rongga ini juga pertembungan dan pertempuran diantara cahaya dan kegelapan ; cahaya yang diterbitkan oleh Iman sementara kegelapan yang diwujudkan oleh Nafsu dan tentera2 syaitan.

Kerana…..
Hati menjadi pusat terbitnya segala niat, perbuatan, perkataan, tingkah laku, dan emosi.

Maka tepatlah kata Rasul itu; apabila hati itu baik, iaitu hati yang suci bersih dan telah menurut petunjuk Iman dan penuh taqwanya lepada Allah maka selamatlah dia didunia dan akhirat.

Sebab itu…..
Hati itu mesti ditawan dahulu….
Hati mesti dikuasai dengan zikrullah
Hati mesti dihidupkan dengan ingatan terus menerus kepada Allah Ta’ala

Sesipa yang menguasai istana hati ini, iaitu menjadikan ia bercahaya dengan zikrullah dan terus menerus dalam keadaan demikian, nescaya Allah Ta’ala akan datangkan pertolonganNya dengan menurunkan cahaya Asma’ dan SifatNya kedalam hati insan ini. Sehingga bertempiaran lari segala syaitan dan Iblis, dan matilah segala nafsu syahwat yang jahat, bertukar menjadi nafsu yang baik2 sahaja. Dan bersinar pula seluruh hati, aqal dan ruhnya sehingga terbuka ‘alam alwiyyah memandang kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Tidak ada kekuatan, tidak ada kekuasaan yang lebih tinggi dari kekuasaan Allah Ta’ala. Maka orang yang hatinya telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Ta’ala tiada suatu pun dapat memasukinya. Tidak ada gangguan insan, atau gangguan ruh jahat dapat menghampirinya apalagi memasukinya.

Ketika ini suasana yang berlaku didalam hati adalah keluasan, kedamaian dan ketenangan. Kekuasaan Allah yang bertahta dihati menggerakkan lepada kepatuhan dan ketaqwaan.


Firman Allah Ta’ala :

“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang, tenteram)
(Ar-Ra’d ; 28 )


Sebaliknya hati yang tidak dihidupkan dengan zikrullah, maka Iblis dan syaitan akan bermaharaja. Hati akan berada dalam zulmat, kegelapan dan kekotoran hasil racun yang ditaburkan oleh Iblis. Dia akan menguasai pusat2 nafsu yang tujuh dan mengarahkan seluruh anggota tubuh supaya kufur kepada Allah Ta’ala.

Firman Allah :

Bermula neraka wail bagi mereka yang keras hati mereka itu daripada zikrullah. Bahawasanya Mereka itu didalam kesesatan yang nyata. (Az-Zumar :22)


Kesesatan ditafsirkan dengan dua ma’na ; satu menjadi fasiq dan satu lagi boleh jatuh lepada kufur. (Risalah Ma'rifat - Shaikh Yahya Al-Kholidi)

















Persoalan ke 11:

Anda mengatakan Ahli Sufi mengutamakan kesucian hati daripada syirik khafi dan sifat2mazmumah kerana kedua-duanya menjadi perosak iman dan amal. Khabarkan kepada kami apakah bentuk2 syirik khafi dan bagaimana cara untuk menghindarinya.


JAWAPAN :


Firman Allah :

قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـهُكُمْ إِلَـهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.
[Al-Kahf ( 18 ) : 110] 



Pernahkah anda mendengar orang Islam pergi ke kuil sembah berhala?

Pernahkah anda melihat orang bernama Jaafar yang beragama Islam, pergi ke tokong Budha dan menyembahnya?

Pernahkah anda terbayang orang Islam bernama Salmah melakukan upacara penyebahan kepada dewa2?

Orang2 yang masih ada Iman dihatinya akan menjawab TIDAK! Mengapa ?

Sebab ianya diketahui umum bahawa penyembahan kepada berhala, dewa2 adalah SYIRIK yang menjadikan seseorang menjadi MURTAD, keluar dari Agama islam!

Syirik yang dikenali sebagai Syirik Jali, atau syirik yang nyata terang(besar ) ini tidak akan dilakukan oleh orang yang masih ada Iman dihatinya walau sebesar zarrah!

Tetapi syirik khafi atau syirik tersembunyi, menurut Ulama Arifin, dilakukan setiap hari oleh kebanyakan orang islam samada disedari atau dilakukan didalam keadaan tidak sedar!

Mengapa dinamakan syirik khafi/syirik yang tersembunyi ? Kerana ianya tersembunyi didalam hati, tiada diketahui oleh oleh makhluk, manusia. Termasuk malaikat juga tidak mengetahuinya. Hanya Allah yang mengetahui barang yang tersembunyi didalam hati anak adam ini!

Syirik khafi adalah penyembahan manusia kepada berhala-berhala hati!

Berhala2 zahir di tokong dan kuil tidak akan dikunjungi oleh orang Islam! Tetapi berhala hati menjadi kunjungan orang2 Islam setiap waktu dan hari kerana ianya ada didalam dadanya!

Manusia Muslim yang beriman, tidak sanggup menyembah batu, matahari dan tokong sebagaimana dilakukan oleh orang2 Musyrik! Tetapi mereka (kebanyakannya) tidak terlepas dari menyembah berhala2 hati kerana berhala hati ada bersama mereka!

Berhala2 yang ternampak kelihatan pada zahir, boleh ditinggalkan supaya tidak menyembahnya! Tetapi berhala hati terlalu payah untuk ditinggalkan atau diruntuhkan, kecuali hamba2 yang diberi pertolongan oleh Allah!

Sebagaimana yang diterangkan oleh para Arifin Billah, yang Arif didalam masalah hati, berhala hati boleh berupa ‘nafs’ - diri sendiri atau dunia, kekayaan, pangkat, kedudukan, kekuatan, ubat-ubatan, sains, teknologi, makhluk yang dipuja dari kalangan wanita atau penguasa2!


Inilah sembahan2 hati yang paling lumrah bagi manusia iaitu ;

‘penyembahan kepada nafsu/diri sendiri’,
‘penyembahan kepada dunia dan perhiasannya’,
‘penyembahan kepada pangkat dan kekayaan’,
‘penyembahan kepada kedudukan dan jawatan’,
‘penyembahan kepada wanita’,
‘tawakkal kepada kekuatan diri atau kekuatan makhluk,
'tawakkal kepada kehebatan sains dan teknologi dll.

Bentuk penyembahan2 / berhala hati ini digambarkan didalam beberapa ayat Allah:

Firman Allah:

أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
(Al-Furqan, 25 : 43)


Firman Allah :

اتَّخَذُواْ أَحْبَـرَهُمْ وَرُهْبَـنَهُمْ أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَـهاً وَحِداً لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَـنَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya di suruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak di sembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan (At-Taubah 31).


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memberi tafsiran menyembah pendeta/penguasa/pemerintah- didalam hadis berikut....

Adi bin Hatim (ketika itu belum Islam) menghadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan salib dilehernya, dia berkata: ”Mereka tidak pernah menyembah (para pendeta)” Rasulullah bersabda: ˜Ya (mereka menyembah para pendeta). Jika (para pendeta) mengharamkan kepada mereka sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram, mereka mengikuti (para pendeta itu) maka itulah cara mereka menyembah pendeta mereka”(Ahmad dan At-Tirmidzi) . 

Apa yang dimaksudkan oleh Nabi adalah :

Menyerah diri, mematuhi dan mengikut pemerintah atau ulama yang memberikan fatwa berlawanan dengan Hukum Agama - menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, maka ini adalah termasuk didalam istilah 'penyembahan' kepada manusia!







BAHAYA SYIRIK ‘KHAFI’ SAMA BESAR BAHAYANYA DENGAN SYIRIK ‘JALI’

Besarnya bahayanya syirik khafi kerana ianya tersembunyi didalam hati! Setengah orang islam yang berfahaman dangkal menganggap syirik khafi sebagai syirik yang kecil sahaja, jadi tak perlu risau.....??? !!! Sebenarnya pegangan atau pandangan ini sangat besar bahayanya kerana menurut tafsiran Ulama2 Tasawwuf, syirik khafi, walaupun tidak membatalkan Iman seseorang, namun ianya terlalu bahaya kepada Iman dan amal seseorang sebagaimana Firman Allah dan Sabda Nabi ;

Dari Ibnu Abbas , Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

" Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar ".- (Al Hakim)


Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Imam Ahmad, hadits shahih)


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka” (Ibnu Majah, Al-Hakim)





BENTUK-BENTUK SYIRIK KHAFI

Terlalu banyak syirik khafi berlaku meliputi diri kita sendiri atau yang bersangkut dengan makhluk lain. Kebanyakannya berlaku didalam keadaan kita lalai dari mengingat Allah. Kita cuba melihat beberapa bentuk syirik khafi yang lazim berlaku didalam kehidupan kita.


PERTAMA : BERGANTUNG HATI KEPADA SESUATU SELAIN ALLAH

Melihat diri atau atau menyandarkan pada diri sendiri suatu amal kebaikan atau bergantung hati kepada makhluk lain (samada manusia atau jamadat) memberi manfaat atau menolak mudarat adalah syirik khafi.

Syirik khafi jenis ini sangat lumrah berlaku kepada kita didalam urusan kehidupan kita seharian. Iaitu seseorang melihat dirinya melakukan ibadah yang banyak, atau melihat dirinya mempunyai kebijaksanaan dan kehebatan sehingga berjaya memperoleh suatu kebaikan didalam hidupnya.

Atau menyandarkan sesuatu kebaikan yang diperoleh disebabkan manusia lain atau benda2 yang di jadikan oleh Allah seperti ubat-ubatan atau ketinggian sains dan teknologi dsb. Semua pegangan seperti ini adalah temasuk syirik khafi kerana mempersekutukan Allah padaAf’al Allah (perbuatanNya) dan SifatNya!

Contoh :
Seseorang yang dapat melakukan ibadah yang banyak lalu merasakan dirinya yang memperbuat amal tanpa menyandarkan keberhasilan ibadah kepada Allah adalah melakukan syirik khafi.

Contoh
Seorang mahasiswa yang berjaya mendapat pangkat tinggi didalam pelajarannya , berkata didalam hati bahwa kejayaan itu adalah hasil usahanya sendiri atau disebabkan pertolongan manusia lain.

Contoh :
Seorang Pengetua Sekolah yang berjaya membawa sekolahnya menjadi terkenal, merasakan didalam dirinya, semua kejayaan tersebut dicapai dengan hasil usahanya atau di capai dengan bantuan manusia lain.

Contoh :
Seorang doktor yang berjaya didalam suatu urusannya mengibati pesakit berkata didalam hatinya bahawa pesakit tersebut sembuh disebabkan kehebatan usaha ikhtiarnya serta kepakarannya.

Semua ini dan contoh2 sepertinya adalah syirik khafi kerana menyandarkan diri pada amal atau meletakkan pergantungan pada amal atau meletakkan diri pada kedudukan mampu melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri atau makhluk lain sedangkan makhluk tidak mempuyai daya upaya sedikitpun. !!!

Tidak ada yang mampu memberi kesembuhan melainkan Dia!
Tidak ada yang boleh memberikan kejayaan melainkan Dia!
Tidak ada yang mampu melepaskan diri dari segala bencana selain Dia!
Pokoknya tidak ada yang mampu memberi manfaat atau menolak suatu mudarat dari kamu melainkan Allah!

Sabda Nabi Sallalahu Alaihi wasallam :

“dan ketahuilah bahawa jikalau makhluk sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah seslesi ditulis suhuf (tempat tulisan takdir)”. [Tirmizi, Ahmad]


Firman Allah :

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Maksudnya: “dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)”. [al-Insan: 30].

.

Firman Allah :

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: “dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”. (At-Takwir : 29)




Firman Allah :

وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللَّهَ رَمَى

“ ……………. dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar……”

[ Al-Anfal ( 8 ) : 17]



Cabang – Teguran kepada pakar motivasi:

Kita pernah menegur pakar motivasi yang sering menggunakan perkataan2 yang boleh merosakkan aqidah seperti, katakan “aku hebat”, “aku kuat”, “aku boleh” .

Kita faham tujuan mereka adalah untuk mendorong anak didik mereka kepada kecemerlangan! Tetapi perkataan2 ini boleh membawa kepada syirik khafi yang merosakkan Iman serta membatalkan amal seseorang sebagaimana dibincangkan sebelum ini! Wal Iyazubillah!

Hati-hatilah pakar motivasi.! Bukan yang penting ramainya pendengar, bukan yang penting ramainya yang mencapai kejayaan cemerlang, bukan yang penting ramai jadi jutawan! Tetapi yang paling penting Iman didada! Semua kejayaan, kecemerlangan, tiada nilainya jika Iman telah binasa!

Jangan sesekali mendabik dada mengatakan ‘aku kuat’, ‘aku hebat’, tapi katakanlah ‘aku insan yang lemah sentiasa mengharap keampunan serta Rahmat Allah! Katakanlah aku Berjaya sebab Allah memberikan pertolonganNya pada aku. Katakan aku menjadi jutawan atas kemurahan Allah kepadaku!

Jangan sesekali meletakkan kebergantungan hati pada kekuatan, kehebatan diri, pertolongan makhluk! Tetapi pandanglah semua itu anugerah Allah!


KE 2 : ‘UJUB 

Menurut pengertian yang diberi oleh Imam Al-Ghazali ;

"Ujub adalah rasa hairan dengan diri atau membanggakan diri atau merasai aman dengan adanya suatu kelebihan ni’mat pada diri seseorang. ( Sifat ini berlaku didalam diri seseorang walaupun tanpa hadir seseorang dihadapannya!)

‘Sifat ujub adalah satu syirik khafi yang membawa kepada kepincangan didalam Tauhid dan merosakkan amal.

Firman Allah :

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggan dan cercaan….……”
[Al-Baqarah : 264]



Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Tiga perkara yang membinasakan, iaitu kikir yang dituruti, hawa nafsu yang di ikuti dan menghairani manusia (ujub) dengan dirinya.” (Tabarani)"

Terjadi ‘ujub adalah didalam hati, tanpa terzahir sifat rasa bangga dirinya pada tingkah laku atau perkataan. Ertinya wujudnya ‘ujub ini dalam hati walaupun tidak hadir seseorang pun dihadapannya.


Sebab2 yang melahirkan ‘ujub :

‘Ujub lazimnya terjadi pada diri seseorang dengan adanya suatu kelebihan atau kesempurnaan pada diri orang tersebut. Diantaranya yang paling biasa berlaku :

1. Kelebihan pada Ilmu dan kepintaran.
2. Kelebihan pada harta kekayaaan dunia.
3. Kelebihan pada anak2
4. Kelebihan pada amal yang banyak.
5. kelebihan pada kekuatan, keperkasaan tubuh.
6. Kelebihan pada kekuasaan.
7. Kelebihan pada keturunan.


Contoh 1 :
Seorang melakukan solat larut malam lalu berkata didalam hati, “ Hairan aku dapat melakukan ibadat yang begitu banyak.”

Contoh 2 :
Seseorang wanita yang cantik berasa betapa hebatnya diri dengan kecantikan tersebut.

Contoh 3:
Seorang jutawan berasa hebat didalam hatinya akan banyaknya harta pada dirinya

Demikian sebahagian contoh ‘ujub yang berlaku kepada seseorang yang mempunyai suatu kelebihan ; adakalanya ia berlaku tanpa di sedari disebabkan bisikan nafsu dan Iblis.

Orang2 yang dikurniakan oleh Allah dengan berbagai kelebihan ini seringkali lupa, lalai dan tenggelam didalam kelebihan yang ada pada dirinya. Ada juga sebahagian lain dibuai dan terlena dengan kelebihan tersebut sehingga di sangkanya dia telah mendapat anugerah dan kedudukan yang baik di sisi Allah Ta'ala. Dia merasa seolah2 dia menjadi hamba pilihan Allah!

Maka bertambah2lah sifat 'ujubnya. Sedangkan ini semua penipuan pada diri sendiri!

Ulama2 Arfin sepakat mengatakan bahawa sifat 'ujub adalah salah satu sifat yang merosakkan Iman dan amal seseorang hamba.

Dengan demikian wajib atas kita sentiasa muhasabah diri, jangan sesekali merasai aman dengan Ilmu, amal, harta dan lain2 nya apalagi merasai hairan didalamnya. Sebaliknya wajib melihat kebesaran Allah didalam segala anugerah tersebut, lalu menjadi orang yang merendah diri walaupun tanpa kehadiran makhluk lain di hadapan kita!


KE 3 : RIYA’

Riya’ dalam beramal adalah melakukan sesuatu amal atau kebajikan dengan niat mendapat pujian makhluk atau bertujuan mendapat pangkat dan kedudukan.! (Ianya berlaku apabila hadir manusia lain dihadapannya atau sekitarnya. )(Lawannya adalah ikhlas!)

Riya’ ini merupakan satu lagi syirik khafi yang lazim berlaku kepada orang2 yang beramal dan sangat sukar menyangkalnya. Kebarangkalian berlaku riya’ ini bertambah dengan bertambahnya beberapa faktor kebaikan lain seperti :

1) Amalan yang di perelokkan dengan gaya dan perlakuan zahir tubuh. Misalnya melakukan solat dengan lemah lembut apabila melakukannya di khalayak ramai.

2) Amalan yang di hiasi dengan perlakuan2 sunnat. Contohnya solat yang disertai dengan sujud yang lama dihadapan orang lain.

3) Amalan yang dilakukan dengan memperbanyakkan bilangannya atau kekerapannya. Contohnya melakukan solat sunnat yang banyak ketika di masjid!

Semua ini menjadikan seseorang itu terdedah kepada riya’ yang lebih berbanding seseorang yang menyembuyikan amalannya.

Riya’ membatalkan seluruh Ibadat atau amal kebajikan yang dikerjakan oleh seseorang.

Firman Allah :

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَـتِهِمْ سَاهُونَ الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

Maka celakalah bagi orang2 yang bersembahyang, iaitu yang lalai didalam sembahyangnya. Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang” [Al-Ma’un ; 4,5,6] 


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka” (Ibnu Majah, Al-Hakim) 

Tiga keadaan berlaku Riya’ pada hati seseorang yang melakukan beribadat/melakukan kebajikan.

Niat hati seseorang perlu di awasi pada 3 keadaan ketika beramal.;

1) Pada permulaan melakukan ibadat.
2) Ketika sedang melakukan ibadat.
3) Setelah selesai melakukan ibadat.

Kebanyakan orang beramal biasanya ikhlas pada permulaan ibadatnya. Tetapi gangguan riya’ datang ketika sedang beramal atau sesudah beramal. Dengan demikian seseorang wajib berhati2 dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba mewaswaskan hati supaya berubah niat!

Umpamanya seseorang yang berdiri untuk solat. Pada awalnya memang dia niat ikhlas, tetapi dipertengahan ibadatnya hatinya berubah niat untuk menunjuk2. Terasa dalam hatinya kebaikan amalnya dan seolah2 orang sedang memujinya atau perasaan riya’ datang sebaik saja selesai amal.

Ada bahaya lain menunggu. :

Ada satu lagi bahaya lain menunggu bagi orang yang beribadat atau melakukan amal kebajikan yang terlepas dari riya’. Iaitu ketika seseorang terlepas dari riya’ dalam ibadatnya, dia pun terasa dia hebat kerana dapat melepaskan diri dari riya’. Sedangkan ini adalah satu lagi syirik khafi yang tidak disedari seperti yang dibicarakan sebelum ini.!!!

Jadi apa sepatutnya seseorang itu buat apabila dia dapat keluar dari riya’? Iaitu dia hendaklah kembalikan keadaan dirinya kepada Allah Ta’ala; bahawa dia tidak mampu untuk keluar dari riya’ dan menyucikan Tauhidnya melainkan dengan Allah! Dengan demikian barulah seseorang dapat keluar dari syirik yang tersembunyi ini.!


KE 4 : TAKABBUR (MEMBESARKAN DIRI)

Takabbur adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain. Sifat ini lahir dari hati dan adakalanya terzahir didalam perkataan dan perbuatannya.

Imam Ghazali memberikan pengertian Takabbur sebagai berikut :

“Maka pokoknya takabbur atau sombong ialah : Tingkah laku yang ada pada jiwa, iaitu merasa senang dan cenderung pada dilihat dirinya diatas orang yang disombonginya”


Akibat Takabbur :

Takabbur adalah diantara dosa yang sangat besar yang bukan sahaja membatalkan segala kebaikannya, bahkan lebih dari itu ianya bioleh membawa kepada kekufuran kerana mencabar kekuasaan Allah.;


Takabbur adalah mencabar kekuasaan Allah :

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Firman Allah didalam Hadis Qudsi ; “


"Takabbur itu selendangku dan Kebesaran itu kain sarung Ku. Maka barangsiapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan.” (Muslim) 


Takabbur adalah sifat Iblis La’natullah :

Firman Allah :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لاًّدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَـفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takabbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
[Al-Baqarah (2) : 34] 



Takabbur adalah sifat Fir’aun,Namrud serta penguasa2 yang menyombongkan diri:

إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْماً عَـلِينَ

Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri. [Al-Mu’minoon, (23) : 46]



Takabbur menyebabkan pintu hati tertutup :

Firman Allah :

كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.(Al-Mu’min (40) : 35) 

Takabbur menyebabkan sseseorang dicampak kedalam neraka!


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Tidak akan masuk syurga orang yang ada didalam hatinya, seberat biji sawi, dari takabbur. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya seberat biji sawi dari Iman” (Muslim) 


Sebab2 yang menimbulkan Takabbur :

Punca wujudnya takabbur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain.

1. Takabbur dengan Ilmu.
2. Takabbur dengan Amal
3. Takabbur dengan tubuh badan – kecantikan, kekuatan dll
4. Takabbur dengan harta, anak dan kekayaan dunia.
5. Takabbur dengan banyak pengikut
6. Takabbur dengan kemuliaan keturunan.
7. Takabbur dengan kekuasaan.


Tanda2 zahir yang terlihat pada diri seseorang yang takabbur terlalu banyak, diantaranya :

1. Memandang hamba Allah dengan pandangan hina.
2. Merasa jijik dan hina duduk atau makan bersama orang miskin.
3. Suka orang lain berdiri membongkok menghormati dia.
4. Suka orang lain memujinya dan memuliakannya.
5. Menunggu orang lain memulai salam kepadanya.
6. Kekita berhujah, dia benci pendapat dia ditolak.
7. Jika diberi pengajaran atau nasihat enggan menerima walaupun nasihat itu benar.
8. Jika dia memberi pendapat, sangat mengerasi padanya.
9. Jika mengajar, dia bentak2 dan hina pelajar.
10. Memandang semua orang lain kurang darinya.
11. Melakukan kezaliman dan penganiyaan atas hamba Allah.

Demikianlah besarnya bahaya syirik khafi ini, terutama yang terakhir iaitu takabbur, membesarkan diri. Syirik khafi ini sangat payah dibuang kerana ianya bersebati didalam hati. Tiupan hawa nafsu dan Iblis menyemarakkan lagi syirik khafi ini supaya manusia engkar kepada Allah dan jauh dari RahmatNya!


CARA MENJAUHI SYIRIK KHAFI

Syirik khafi bersarang didalam hati. Nafsu dan tentera2 Iblis sentiasa menunggu peluang untuk menusuk ke hati anak adam untuk merosakkannya.

Oleh sebab itu para Arif Billah memberikan panduan berdasarkan didikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bahawa amalan terbaik untuk menyucikan hati, menghancurkan nafsu kejahatan, mendidik nafsu menjadi nafsu yang baik, menghambat syaitan dan Iblis adalah dengan cara mengerjakan zikrullah yang banyak!.

Langkah2 yang sempurna adalah :

1. Lazimkan bertaubat

2. Banyak2 mengerjakan zikir dengan Kalimah Tauhid, zikir “La-Ilaha Illa-Allah” siang dan malam sehingga hati menjadi bercahaya2 dengan cahaya ketuhanan!

3. Sentiasa muhasabah diri , samada kita berada di atas Tauhid atau sudah berlaku penyimpangan!

4. Sentiasa melihat diri sebagai hamba Allah yang sentiasa mengharap Rahmat Allah. Jika memperoleh kejayaan syukur banyak2nya kepada Allah. Jika gagal salahkan diri sendiri di atas kegagalan tersebut. Tetapi jangan putus harap, sebaliknya terus memohon pertolongan Allah.


Semoga kita tergolong kedalam hamba2 Allah yang disejahterakan hati oleh Allah! 









Persoalan ke 12:

Apakah halangan2 yang membawa kepada keluputan ibadah dan kebinasaan hamba Allah?


JAWAPAN :

Menurut Ulama Arifin, halangan2 ini terlalu banyak, tetapi lazimnya salah satu daripada 4 perkara :

1. nafsu

2. dunia

3. makhluk

4. syaitan

Hamba2 Allah yang beriman dan berjalan kepada Allah, sering di ganggu oleh 4 anasir ini. Seseorang perlu mempelajari bagaimana gangguan-gangguan ini masuk kedalam hatinya sehingga merosakkan iman dan amalnya dan menghalangnya daripada 'jalan' Ketuhanan!

Demikian juga perlu mengetahui cara-cara mengubati penyakit2 yang di timbulkan oleh anasir2 jahat ini!

Banyak sekali orang alim dan abid terpedaya dengan 'hasutan'2 dari afat2 ini sehingga menjadi fasiq dan kafir secara tak sedar....! Wal Iyazubillah!

Semoga Allah selamatkan kita daripada bahaya ini! 






Persoalan ke 13 : 

Apakah halangan dan kebinasaan nafsu itu? 

JAWAPAN : 


Pengertian nafsu: 

Menurut istilah Ulama ahli2 Ma'rifat, nafsu adalah suatu jisim halus bertempat di dalam kelopak jantung sanubari. Nafsu ini (jisim halus) bergerak2 mengikut gerak darah hitam di tengah sanubari. [ Darah hitam ini mengepam darah merah dan darah putih keseluruh jasad. Gerakan mengepam inilah yang dipanggil denyut jantung! ] 


Sifat nafsu 

Shaikh Yahya Al-Kholidi menyebut didalam Kitab Risalah Ma'rifat, nafsu pada kelopak jantung ini adalah nafsu Ammarah, iaitu ibu kepada segala macam nafsu. Sifatnya secara mutlak hanyalah menyuruh kepada kejahatan dan kemungkaran seperti Firman Allah Ta'ala : 


إِنَّ ٱلنَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِٱلسُّوۤءِ 

".....sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, ..........
[Yusuf : 53] 




Macam-macam nafsu 

Menurut Shaikh Yahya Al-Kholidi terdapat 7 macam nafsu yang sentiasa mendorong manusia kepada kejahatan, kefasikan dan kekufuran! 

i) Nafsu pada jantung sanubari - Nafsu Ammarah iaitu ibu nafsu. kerjanya memancar kepada segala nafsu yang lain untuk melakukan kejahatan. 

ii) Nafsu pada Lataif Ar-Ruh (setentang dengan sanubari sebelah kanan dada) sifatnya seperti binatang jinak seperti lembu, kambing, kerbau yang kerjanya suka makan minum dan bersenang2 dengan hubungan jantina semata-mata. 

iii) Nafsu pada Lataif As-Sirr (setentang dengan sanubari tetapi diatas dada) sifatnya sedar akan kebaikan dan kebajikan tetapi selalu terganggu kerana sibuk dengan urusan dunia. 

iv) Nafsu pada Lataif Al-Akhfa (setentang dengan Lataif As-Sirr pada dada sebelah kanannya) Berperangai dengan binatang buas seperti harimau, singa, ular, kalajengking iaitu berkelakuan zalim. (ertinya orang yang sifatnya zalim, maka ini bermakna dia sedang di kuasai oleh nafsu jahat ini. 

v) Nafsu pada Lataif Al-Khafi (di tengah2 dada) Sifatnya berkelakuan dendam dan busuk hati. 

vi) Nafsu pada Lataif An-nafsun-Natiqah (pada dahi) Berkelakuan ria' dan 'ajib. 

vii) Nafsu pafa Lataif Anasir Al-Arbaah (kedudukannya pada pusat. ) Menyuruh kepada sifat2 takabbur, sombong. 



Manusia tertawan oleh nafsu akan binasa...! 

Manusia sering di kuasai oleh Nafsu2 kejahatan ini. .....! 

Jika seseorang bersifat dengan takabbur dan sombong, maka dia sedang di kuasai oleh nafsu pada Lataif Anasir Al-Arbaah. 

Jika seseorang gemar makan minum dan tidur sahaja dan malas bekerja, malas beribadah, maka dia sedang di kuasai oleh nafsu pada Lataif Ar-Ruh 

Maunusia2 yang suka melakukan berbagai kemungkaran, merampas harta orang, menzalimi manusia lain adalah mereka sedang dikuasai oleh nafsu pada Lataif Al-Akhfa. 

Semakin kuat cengkaman nafsu pada batin sanubari maka semakin banyak dan meluas pulak kejahatannya! Mulai daripada kesalahan dan dosa2 yang kecil, berkembanglah kepada dosa2 yang besar, kefasikan, kezaliman dan kekafiran! 

Jika nafsu ini tidak di bendung, tidak di perangi, tidak di kalahkan.... maka akibatnya..... !!! 

Manusia akan menjadi sama seperti haiwan! 
Manusia Muslim akan tersesat didalam perjalanan kepada Allah! 

Isteri derhaka kepada suami! 
Anak derhaka kepada ibubapanya! 

Manusia akan bertentangan dan berbunuhan! 
Pemerintah akan bertindak ganas dan buas sehingga mencabar kekuasaan Allah Ta'ala. Maka jadilah manusia2 ini kafir seperti Fir'aun, Abu Jahal dan Abu Lahab! Wal Iyazubillah! 

Firman Allah: 


أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً 


Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
(Al-Furqan, 25 : 43)
 


Maka renungilah .... semua kebinasaan ini bermula dari satu jisim halus yang kecil di dalam sanubari! 



Nafsu kejahatan- halangan terbesar bagi insan! 

Nafsu kejahatan yang di tiupkan oleh Nafsu Ammarah, merupakan halangan terbesar bagi seseorang insan bagi menetapkan dirinya pada jalan Allah - iaitu tetap didalam Iman dan Islam. 

Halangan2 lain seperti dunia, makhluk dan syaitan adalah faktor luaran yang hanya memberi kesan jika nafsu memberi ruang kepada unsur2 ini. Maksudnya adalah : Nafsu kejahatan dalam diri menjadi saluran masuk segala gangguan2 lain kedalam batinnya. 

Jika seseorang dapat mengalahkan nafsu kejahatan didalam dirinya, maka sangat sedikit atau tiada berkesan segala halangan2 lain itu pada dirinya. 



Jihad melawan dan menundukkan nafsu -Jihad terbesar! 

Setiap orang yang beriman wajib berusaha bersungguh2 memerangi segala nafsu kejahatan didalam dirinya. Berdasarkan kitabullah, Sunnah Nabi dan tafsiran Ulama2 Billah, tiada khlaf didalam perkara ini. 


Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam : 

"Kita kembali dari jihad kecil (jihadil asghar)menuju jihad terbesar (jihâdil akbar)”. Sahabat bertanya:”Ya Rasulullah, apakah jihad terbesar itu?” Baginda menjawab: “Jihad melawan nafsu (jihâdun-nafs)”. 

(Baihaqi) 


Mengapa ianya jihad terbesar? 

Ianya menjadi menjadi jihad terbesar kerana nafsu ini ada didalam lambung setiap anak adam. Ianya tiada berpisah dari dirinya walau kemana pun dia pergi. 

Ianya jihad terbesar kerana nafsu kejahatan mulai berkuasa dan terus menerus mengajak kepada kejahatan mulai dari seseorang itu mumaiyyiz sehingga dia di masukkan ke liang lahad. Bagi kebanyakan manusia Maut adalah penutup nafsunya! 

Ianya jihad terbesar kerana nafsu kejahatan ini tidak akan mengalah. Ianya akan terus menerus mendorong kepada kejahatan dalam setiap masa dan keadaan! 

Ianya jihad terbesar kerana hanya orang2 yang dapat menundukkan hawa nafsu kejahatannya, orang2 yang membebaskan dirinya daripada segala belenggu2 kerendahan nafsu, akan menemui jalan Ketuhanan yang sebenar (iaitu mengenal Allah dan beribadah kepadanya zahir dan batin) sebagaimana Firman Allah : 

" وَالَّذِينَ جَـهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا
 

“Dan orang-orang yang berjihad untuk Kami, Kami pasti akan memimpin mereka di jalan Kami. ”.
(Al-Ankabut : 69)
 

Shaikh Yahya Al-Kholidi didalam Risalah Ma'rifat mengatakan : "Wahai anakku yang di maksudkan dengan "jahadu" didalam ayat ini adalah mujadahah - yakni bersungguh-sungguh pada jalan Ketuhanan, iaitu jalan para salaf saleh, Ulama2 yang mengikuti sahabat dan Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Dengan berjihad melawan nafsu kejahatan barulah seseorang hamba dapat sampai kepada Ketuhanan." 

Selagi seseorang hamba Allah masih di kusai oleh nafsu kejahatan, maka selagi itulah dia akan menjadi hamba nafsu, bukan hamba Allah, walaupun dia mengerjakan solat dan berpuasa dan berjihad. Namun apabila semua ibadah ini masih di selubungi nafsu kejahatan, penuh dengan nafsu duniawi maka selagi itulah seseorang itu dalam bahaya besar - iaitu menjadi hamba nafsu! 

Pada zaman ini ramai yang bercakap tentang Islam, termasuk pemerintah2 tetapi perbuatan mereka bertentangan dengan Islam. Pada satu wajah mereka membenarkan Tauhid, pada wajah yang lain mereka mendustakan Allah dan RasulNya. Pada ketika majlis doa, mereka menangis merintih. Pada majlis yang lain, mereka mengutuk hukum Allah dan Sunnah RasulNya. Maka nyatalah di sini pendustaan mereka yang tertawan dengan nafsu Ammarah! 

Ramai pula pejuang2 Islam yang berkobar2 untuk mendirikan Agama, namun mereka sering tewas apabila di hidangkan dengan kemewahan dan keduniaan! 

Islam adalah Agama Suci Allah! Yang suci hanya akan berdiri di atas yang suci bersih! 

Di sini terlihat dengan terang jelas, mengapa rencana Ilahi di mulakan dengan penyucian jiwa manusia. Rasullullah di perintah untuk melewati period pemberishan ini selama lebih 13 tahun, sebelum datang perintah Hijrah dan Berjihad melawan musuh2 Allah di medan Peperangan! 

Semoga kita mengambil i'tibar.