Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani.
Didalam Islam, Usahawan atau seorang peniaga bukan hanya menumpukan usahanya untuk mendapat 'laba' sebanyak mungkin, tanpa melihat kepada sah dan benar perlakuan dirinya didalam segala urusan jenis jual beli serta barangan yang diperniagakan. Allah Ta'ala menghalalkan 'jual beli' tetapi 'Haramkan riba'.
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَواْ
Padahal Allahtelah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #275)
Disini kita cuba bicarakan beberapa adab, akhlak dan pegangan Tauhid seseorang usahawan/peniaga/pedagang yang menjadi keutamaan .......
Pertama :
Ikhlaskan niat bahawa segala pekerjaan atau perniagaan kita adalah untuk mencari rezeki halal untuk beribadah kepada Allah Ta'ala serta mencari keredhaanNya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
"Sesungguhnya setiap suatu dengan niat. Dan sesungguhnya baginya apa yang dia niatkan" (Bukhari, Muslim)
Keadaan ini amat membezakan dengan orang2 kafir yang tujuan mereka adalah mencari harta dan kekayaan yang banyak untuk hidup mewah dan bersedap2 di dunia.
Kedua :
Hendaklah menanamkan keyakinan didalam diri serta berpegang bahawa ; Allah Ta'ala telah menentukan rezekiNya bagi setiap insan sejak Azali lagi bahkan Dia yang memberikan rezeki kepada segala yang melata atas bumi. Manusia cuma perlu berusaha sungguh2 pada jalan2 yang ditentukan oleh Allah untuk mendapat rezeki tersebut.
لاَ نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَـقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezekikepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
( سورة طه , Taha, Chapter #20, Verse #132)
Dengan menanamkan sifat ini, seseorang usahawan yang bersungguh2 mencari rezeki apabila dia berjaya dalam kerjayanya dia akan menjadi orang yang bersyukur kepada Allah. Sebaliknya segala kegagalan akan diakuinya sebagai kelemahan diri sendiri. Dia akan bangkit berusaha memperbaiki dirinya.
Perkara sebaliknya akan berlaku apabila seseorang tidak melihat hakikat ini didalam dirinya. Dia akan menjadi sombong takabbur dengan kejayaannya. Dia akan heboh ke sana ke mari mengatakan dia mencapai kejayaan atas daya usahanya, tanpa menyandarkan kejayaan tersebut kepada kekuasaan, Rahmat dan Anugerah Allah padanya. Ini adalah termasuk syirik yang boleh merosakkan aqidahnya. Wal Iyazubillah.
Jadi, hati-hatilah sekalian usahawan!
Ketiga :
Sentiasa bergantung hati kepada Allah. Yakni serahkan diri dan segala urusan perniagaan kepada Allah setelah bersungguh-sungguh berusaha menurut hukum2 yang telah ditentukan. Hendaklah menafikan dengan sekuat2nya bahawa diri kita mempunyai kekuatan, kehebatan, kepintaran dsb.
Keempat :
Sentiasa berbaik sangka pada Allah. Berbaik sangka pada Allah Ta'ala dalam setiap keadaan atau hasil usahanya.
i) Sangka baik bahawa Allah Ta'ala akan mengurniakan rezeki yang cukup pada nya.
ii) Sangka baik bahawa Allah Ta'ala lebih mengetahui apa yang baik bagi dirinya.
iii) Ketika berlaku kegagalan atau kerugian, bersangka baik dengan Allah Ta'ala bahawa Dia lebih mengetahui akan hal ehwal dirinya. Dan mengakui bahawa dirinya yang bersalah.
Dari Hadis Qudsi:
Daripada Abu Hurairah katanya bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. bersabda, "Allah Ta'ala. berfirman: "Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu,........akh hadis) [ Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain]
Kelima :
Memelihara hukum hijab diantara lelaki dan wanita ajnabi - jauhkan pergaulan yang tak perlu. Jika membuat pertemuan di antara ahli2 usahawan dalam satu kumpulan, hendaklah dipisahkan lelaki dan wanita. Wanita hendaklah di tempatkan agak jauh sedikit ke belakang agar tidak berlaku pandang memandang antara lelaki dan wanita.
Salah satu perkara yang sangat mendukacitakan, banyak pertemuan usahawan2 lelaki dan wanita bercampur baur sehingga berlaku "zina mata" didalam pertemuan2 usahawan. Para ustaz2 juga nampaknya tidak peka dengan perkara ini.
Keadaan2 seperti ini, selain dari mendapat dosa, juga mengakibatkan rezeki yang diperolehi nanti kurang keberkatannya. Ini kerana berlaku pelanggaran hukum sewenang2nya dan dengan sengaja!
Penting : Meletakkan wanita bersebelahan dengan barisan lelaki tidak menepati hukum hijab kerana kedudukan begini akan mendedahkan berlakunya pergaulan bebas dan pandang memandang yang membawa kepada zina mata!
Ramai yang memandang ringan masalah ini disebabkan ianya sudah berleluasa didalam masyarakat. Para ustaz2, penceramah juga terikut2 dengan rentak budaya barat ini.
Ke enam:
Sentiasa jujur dan amanah didalam mencari rezeki. Jangan sesekali menipu timbangan, sukatan, ukuran kerana semua ini adalah riba.!!!
وَيقَوْمِ أَوْفُواْ الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِى الاٌّرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkanmanusia akan benda-benda yang menjadi haknya dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
( سورة هود , Hud, Chapter #11, Verse #85)
Termasuk didalam riba' adalah memberikan gambaran palsu atau unsur2 yang mengandungi kesamaran.
Ketujuh :
Jangan tinggalkan solat serta kewajipan lain yang fardhu. Macam mana sibuk pun seseorang usahawan, tidak boleh abaikan solat serta kewajipan yang lain.
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَلُكُمْ وَلاَ أَوْلَـدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَـسِرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
( سورة المنافقون , Al-Munafiqoon, Chapter #63, Verse #9)
Ayat ini memberi amaran khusus kepada kelalaian daripada mengerjakan zikrullah. Umum makna ayat adalah kelalaian didalam mengerjakan perintah Allah seperti solat dan lain2nya.
Kelapan :
Banyakkan sedeqah sunnat. Jika salah seorang diantara kita menjadi usahawan yang berjaya, hendaklah menolong saudara2nya yang lain yang kurang bernasib baik. Kerana sesungguhnya sebahagian rezeki yang melimpah pada kita adalah milik hamba2 Allah lain yang ada disekeliling kita. Kita cuma menjadi asbab atau jalan saluran rezeki tersebut.
Orang2 yang paling berhak mendapat sedekah ini adalah ibubapa dan saudara2 keluarga sendiri, kemudian diikuti saudara jauh sedikit, kemudian jiran2, kemudian anak2 yatim, kemudian ahli2 anggota jemaah dsb
يَسْـَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَلِدَيْنِ وَالاٌّقْرَبِينَ وَالْيَتَـمَى وَالْمَسَـكِينَ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #215)
Kesembilan :
Usahawan atau peniaga yang mempunyai pekerja2 didalam syarikatnya atau di premis miliknya, wajib berlaku adil dari segi pembayaran gaji, masa bekerja dll kepada pekerja2 tersebut..
Usahawan yang tidak jujur, tiada amanah, tidak berlaku adil dan bahkan sebaliknya melakukan kezaliman atas pekerjanya, maka ini akan membawa kepada hasil perniagaan itu menjadi haram serta hilang keberkatannya.
Kesepuluh :
Sempunakan pembayaran zakat mengikut nisab dan haul. Bagi peniaga2/usahawan adalah dicadangkan supaya keluarkan zakat secara bulanan. Walau pun pembayaran zakat boleh dikira secara tahunan, kami berpendapat segera keluarkan zakat pada akhir setiap bulan adalah jalan selamat dan berkat.
Orang yang sempurnakan zakat, tidaklah berkurang rezekinya bahkan sebenarnya bertambah rezekinya. Manakala orang yang enggan berzakat akan menghadapi pelbagai masalah dan kepayahan dunia. Didunia dia akan sengsara tidak tenteram dan diakhirat dia akan dikalungkan dengan api neraka. Wal Iyazubillah

وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللَّهَ رَمَى وَلِيُبْلِىَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلاَءً حَسَنًا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
".....dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
( سورة الأنفال , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #17)

Hanyasanya segala kebijaksanaan, kehebatan, kepintaran, kekuatan adalah milik Allah. Manusia dan makhluk lainnya adalah bagaikan bayangan yang tidak memiliki kekuatan walau sebesar zarrah.
Catitan : Banyak ustaz2, penceramah2 dan ahli2 motivasi sering gunakan perkataan begini......; "Hendaklah kita yakin pada diri sendiri" atau "hendaklah yakin kita boleh berjaya sebab kita hebat" atau barang seumpamanya.
Segala ucapan diatas adalah mengandungi unsur2 syirik khafi yang merosakkan agama! Dari mana datangnya kekuatan, kebijaksanaan, kepintaran jika bukan dari Allah? Dari mana datangnya kehebatan jika itu bukan dari Allah?
Keempat :
Sentiasa berbaik sangka pada Allah. Berbaik sangka pada Allah Ta'ala dalam setiap keadaan atau hasil usahanya.
i) Sangka baik bahawa Allah Ta'ala akan mengurniakan rezeki yang cukup pada nya.
ii) Sangka baik bahawa Allah Ta'ala lebih mengetahui apa yang baik bagi dirinya.
iii) Ketika berlaku kegagalan atau kerugian, bersangka baik dengan Allah Ta'ala bahawa Dia lebih mengetahui akan hal ehwal dirinya. Dan mengakui bahawa dirinya yang bersalah.
Dari Hadis Qudsi:
Daripada Abu Hurairah katanya bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. bersabda, "Allah Ta'ala. berfirman: "Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu,........akh hadis) [ Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain]
Kelima :
Memelihara hukum hijab diantara lelaki dan wanita ajnabi - jauhkan pergaulan yang tak perlu. Jika membuat pertemuan di antara ahli2 usahawan dalam satu kumpulan, hendaklah dipisahkan lelaki dan wanita. Wanita hendaklah di tempatkan agak jauh sedikit ke belakang agar tidak berlaku pandang memandang antara lelaki dan wanita.
Salah satu perkara yang sangat mendukacitakan, banyak pertemuan usahawan2 lelaki dan wanita bercampur baur sehingga berlaku "zina mata" didalam pertemuan2 usahawan. Para ustaz2 juga nampaknya tidak peka dengan perkara ini.
Keadaan2 seperti ini, selain dari mendapat dosa, juga mengakibatkan rezeki yang diperolehi nanti kurang keberkatannya. Ini kerana berlaku pelanggaran hukum sewenang2nya dan dengan sengaja!
Penting : Meletakkan wanita bersebelahan dengan barisan lelaki tidak menepati hukum hijab kerana kedudukan begini akan mendedahkan berlakunya pergaulan bebas dan pandang memandang yang membawa kepada zina mata!
Ramai yang memandang ringan masalah ini disebabkan ianya sudah berleluasa didalam masyarakat. Para ustaz2, penceramah juga terikut2 dengan rentak budaya barat ini.
Didalam Sahih Bukhari, Ibnu Abbas رضي الله عه meriwayatkan, pada Solat Hari Raya Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan memberikan khutbah kemudian Baginda akan memberikan khutbah yang sama kepada kepada golongan wanita.
Ibnu Hajar Asqalani menyebut didalam Fathul Bari, mensyarahkan Hadis ini, “Rasulullah pergi kepada golongan wanita secara berasingan menunjukkan para wanita ini di himpun secara berasingan dari lelaki dan tidak bercampur.” (Fathul Bari)
Aisyah رضي الله عه meriwayatkan seorang wanita menghulurkan tangannya dari sebalik tabir untuk menyerahkan sekeping kertas kepada Nabi صلى الله عليه وسلمsegera menarik tangan Baginda dan berkata,
“Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau tangan wanita.” Aisyah رضيالله عه, mengatakan ia adalah tangan wanita.” (Riwayat Abu Dawud)
Ulama menarik kesipulan : Apabila ada pertemuan antara lelaki dan wanita di suatu tempat, maka wajib di pisahkan mereka dan sebaik-baiknya di adakan tabir antara mereka.
Ibn Hajr Asqalaani Ibn Hajr Asqalaani رضي الله عه berkata,
“Lelaki dan wanita di larang bercampur gaul di tengah jalan, maka betapa sepatutnya pergaulan demikian di tegah berlaku didalam rumah? (Fathul Bari)
Ibnu Hajar Asqalani menyebut didalam Fathul Bari, mensyarahkan Hadis ini, “Rasulullah pergi kepada golongan wanita secara berasingan menunjukkan para wanita ini di himpun secara berasingan dari lelaki dan tidak bercampur.” (Fathul Bari)
Aisyah رضي الله عه meriwayatkan seorang wanita menghulurkan tangannya dari sebalik tabir untuk menyerahkan sekeping kertas kepada Nabi صلى الله عليه وسلمsegera menarik tangan Baginda dan berkata,
“Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau tangan wanita.” Aisyah رضيالله عه, mengatakan ia adalah tangan wanita.” (Riwayat Abu Dawud)
Ulama menarik kesipulan : Apabila ada pertemuan antara lelaki dan wanita di suatu tempat, maka wajib di pisahkan mereka dan sebaik-baiknya di adakan tabir antara mereka.
Ibn Hajr Asqalaani Ibn Hajr Asqalaani رضي الله عه berkata,
“Lelaki dan wanita di larang bercampur gaul di tengah jalan, maka betapa sepatutnya pergaulan demikian di tegah berlaku didalam rumah? (Fathul Bari)
Ke enam:
Sentiasa jujur dan amanah didalam mencari rezeki. Jangan sesekali menipu timbangan, sukatan, ukuran kerana semua ini adalah riba.!!!
وَيقَوْمِ أَوْفُواْ الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِى الاٌّرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkanmanusia akan benda-benda yang menjadi haknya dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
( سورة هود , Hud, Chapter #11, Verse #85)
Termasuk didalam riba' adalah memberikan gambaran palsu atau unsur2 yang mengandungi kesamaran.
Ketujuh :
Jangan tinggalkan solat serta kewajipan lain yang fardhu. Macam mana sibuk pun seseorang usahawan, tidak boleh abaikan solat serta kewajipan yang lain.
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَلُكُمْ وَلاَ أَوْلَـدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَـسِرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
( سورة المنافقون , Al-Munafiqoon, Chapter #63, Verse #9)
Ayat ini memberi amaran khusus kepada kelalaian daripada mengerjakan zikrullah. Umum makna ayat adalah kelalaian didalam mengerjakan perintah Allah seperti solat dan lain2nya.
Kelapan :
Banyakkan sedeqah sunnat. Jika salah seorang diantara kita menjadi usahawan yang berjaya, hendaklah menolong saudara2nya yang lain yang kurang bernasib baik. Kerana sesungguhnya sebahagian rezeki yang melimpah pada kita adalah milik hamba2 Allah lain yang ada disekeliling kita. Kita cuma menjadi asbab atau jalan saluran rezeki tersebut.
Orang2 yang paling berhak mendapat sedekah ini adalah ibubapa dan saudara2 keluarga sendiri, kemudian diikuti saudara jauh sedikit, kemudian jiran2, kemudian anak2 yatim, kemudian ahli2 anggota jemaah dsb
يَسْـَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَلِدَيْنِ وَالاٌّقْرَبِينَ وَالْيَتَـمَى وَالْمَسَـكِينَ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #215)
Kesembilan :
Usahawan atau peniaga yang mempunyai pekerja2 didalam syarikatnya atau di premis miliknya, wajib berlaku adil dari segi pembayaran gaji, masa bekerja dll kepada pekerja2 tersebut..
Usahawan yang tidak jujur, tiada amanah, tidak berlaku adil dan bahkan sebaliknya melakukan kezaliman atas pekerjanya, maka ini akan membawa kepada hasil perniagaan itu menjadi haram serta hilang keberkatannya.
Kesepuluh :
Sempunakan pembayaran zakat mengikut nisab dan haul. Bagi peniaga2/usahawan adalah dicadangkan supaya keluarkan zakat secara bulanan. Walau pun pembayaran zakat boleh dikira secara tahunan, kami berpendapat segera keluarkan zakat pada akhir setiap bulan adalah jalan selamat dan berkat.
Orang yang sempurnakan zakat, tidaklah berkurang rezekinya bahkan sebenarnya bertambah rezekinya. Manakala orang yang enggan berzakat akan menghadapi pelbagai masalah dan kepayahan dunia. Didunia dia akan sengsara tidak tenteram dan diakhirat dia akan dikalungkan dengan api neraka. Wal Iyazubillah
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anh, katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. bersabda: "Mana-mana tuan punya emas dan perak yang tidak mengeluarkan zakatnya, melainkan akan disediakan baginya pada hari kiamat: Keping-keping leburan dari api, lalu leburan itu dibakar di dalam neraka jahannam, kemudian diselar dengannya rusuknya, dahinya dan belakang badannya .."(Hadith Muslim)
No comments:
Post a Comment
Allah Allah