Wednesday, July 28, 2010

Pengertian makanan haram?

Assalamu Alaikum wr wb

Semua orang Islam telah mengetahui dengan jelas makanan yang diharamkan seperti anjing, babi, najis dll.  Kita juga sedar bahawa tidak ada orang Islam yang beriman sanggup makan makanan seperti diatas, kerana jijik dan kotornya pada pandangan Islam.   


Walau bagaimana pun apa yang kita ingin perkatakakan di sini adalah berkenaan beberap aspek lain yang menjadikan makanan yang asalnya suci dan halal bertukar menjadi haram.




Secara umum unsur2 yang menjadikan sesuatu makanan  menjadi haram atas seseorang adalah :


1. Makanan itu haram zatnya sesuai dengan keterangan yang jelas dari Qur'an dan Hadis Nabi. Contohnya anjing, babi dan najis.


2. Makanan itu menjadi haram disebabkan bercampur dengan makanan yang halal. Contohnya makanan harian yang mengandungi unsur2 najis didalamnya. Samada sengaja dimasukkan oleh pembuat makanan atau terjadi dari proses alam.


3. Makanan yang halal di makan pada sisi syara' tetapi ianya di beli dengan wang yang diperolehi secara haram (dengan cara2 yang di haramkan) seperti rompakan, kezaliman, penindasan, hasil perjudian, hasil pelacuran, hasil penipuan dalam perniagaan, hasil penipuan syarikat orang Islam dsb.


Semua bentuk2 makanan di atas adalah haram di makan.  Dan ianya termasuk didalam ancaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.


"Setiap daging (bagian tubuh) yang tumbuh dari barang yang haram, maka api nerakalah layak baginya. (At-Tirmidzi)






Penekanan di sini yang kita berikan adalah kepada usaha mencari rezeki.  Terlalu banyak jalan mencari rezeki pada zaman ini.  Kemajuan teknologi telah memudahkan peluang2 perniagaan yang banyak di alam cyber.  


Salah satu bahaya yang tidak disedari oleh usahawan2 cyber adalah berlakunya  unsur2 "gharar"  (penipuan) atau kesamaran dalam urusan jualbeli. pemasaran produk, perkhidmatan dll.   Contoh2 penipuan adalah :


1. Menjanjikan suatu perkhidmatan atau produk yang lain dari keadaan sebenar produk tersebut.


2. Menjanjikan berbagai hadiah "download"  bertujuan untuk 'memancing' pelanggan atau 'prospect' padahal  "hadiah2"   tersebut boleh didapati secara percuma dari internet. 


3. Tidak membekalkan pelanggan dengan barangan sebagaiman dijanjikan walaupun bayaran telah dibuat mengikut perjanjian.  Atau membekalkan dengan barangan yang berlainan yang tidak diredhai oleh pembeli.


4. Menjual barangan pada harga yang terlalu tinggi dengan dakwaan ianya produk berkualiti sedangkan nilai dan khasiatnya sama sahaja dengan produk di pasaran.




Pokoknya kita boleh nilai sendiri semua jenis jual beli, sistem pemasaran dan barangan yang mengandungi kesamaran dan penipuan adalah haram dan tidak sah jual  belinya.


Wallahu A'lam





No comments:

Post a Comment

Allah Allah