Wednesday, January 5, 2011

Toriqat Sufiyyah adalah Amalan Rasulullah...!

TORIQAT SUFIYYAH DAN TASAWWUF - AMALAN RASULULLAH 
Susunan : Tok Kelana 

1.0 MUQADDIMAH 
Serbu lima ratus tahun adalah satu jangka waktu yang panjang. Gunung2 telah menjadi busut. Sungai2 telah menjadi kering. Bumi telah kehilangan wajah aslinya. Namun warisan amalan Nabi صلى الله عليه وسلم tetap teguh. Tali Allah yang Nabi hulurkan akan tetap menjadi pegangan sebahagian Ummat yang cintakan Baginda. Allah tetap akan memelihara AgamaNya! 

Istilah2 Toriqat Sufiyyah, Ahli2 Sufi, Ilmu Tasawwuf adalah diantara amalan Nabi صلى الله عليه وسلم yang menjadi bahan perhitungan sepanjang zaman. Ada yang mencemuh, ada yang menghina, ada yang salah gunakannya, ada pula yang mengambil kesempatan atas kelebihannya. 

Sangat sedikit manusia yang berjalan di atasnya dengan kebenaran! 

Banyak huraian2 telah di buat sebelum ini oleh berbagai pihak untuk merungkai masalah ini. Didalam kesempatan ini kita cuba melihat apa itu Toriqat Sufiyyah yang sebenarnya. Dari mana pengambilannya. Apa amalan2nya secara praktikal, tanpa berlebih-lebihan pada istilah2 yang sukar dengan cara yang mudah di fahami. 



2.0 TA'RIF TORIQAT SUFIYYAH? 

Sekalian Ulama Arif Billah, Ulama Ahlus Sunnah yang haq telah mengemukakan berbagai istilah dalan menta'rifkan Toriqat Sufiyyah. Kita cuba melihat sebahagian darinya : 

i) "Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu mengerjakan Zikrullah, Muraqabah(tafakkur/merenung) dan Mushadah (syuhud/menyaksikan) sehingga seseorang menjadi hamba Allah yang benar dalam Tauhidnya serta menjadi Ubudiyyahdengan sebenar Ubudiyyah 

ii) "Toriqat Sufiyyah menerangkan cara2 seseorang menjalani jalan Ketuhanan sehingga menjadi hamba Allah yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah". 


iii) "Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah. Dengan demikian membebaskan dirinya daripada sifat2 mazmumah (sifat2 kekejian) kemudian menghiasinya dengan segala sifat Mahmudah(sifat2 kepujian) serta menyucikan hatinya dari segala macam syirik khafi (syirik yang tersembunyi)". 


iv) "Toriqat Sufiyyah adalah satu disiplin Ilmu Keruhanian yang tersusun yang terdiri dari berbagai latihan keruhanian berdasarkan kitabullah dan Sunnah RasulNya. Dengan bersungguh-sungguh menjalani latihan ini seseorang hamba dibukakan oleh Allah Ta'ala (dengan RahmatNya) kepada hakikat Islam, Iman danIhsan." 


…….Dan banyak lagi makna-makna yang serupa yang diberikan oleh sekalian Arifin Billah yang semua ini tidak bertentangan. Sebaliknya menuju kepada satu matlamat iaitu kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri) bebas daripada segala sesuatu selain Allah. Sehingga hanya Allah bertahta didalam hatinya. 


3.0 ADAKAH IANYA BERSUMBERKAN AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI? 

Seluruh Ilmu dan amalannya adalah diambil dari perjalanan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bersumberkan wahyu Ilahi. Iaitu asas Ilmu ini diterima dari Nabi صلى الله عليه وسلم. Para sahabat Nabi dan Ulama2 yang mengikuti mereka kemudiannya menunjukkan cara2/kaedah2 beramal. 


Dizaman Nabi masih hidup, amalan2 yang berkaitan dengan keruhanian ini wujud tanpa nama. Maksudnya Tariqat dan Tasawwuf adalah amalan Nabi صلى الله عليه وسلم , tetapi belum diberi nama dengan nama tertentu! 

Sebagaimana juga disiplin ilmu2 Islam yang lain, istilah Toriqat Sufiyyah mula diperkenalkan oleh Ulama2 pada kurun pertama dan ke2 Hijrah sebagai suatu Disiplin Ilmu yang tersusun. Mereka telah menghimpunkan seluruh ilmu keruhanian ini menjadi satu Ilmu Islam yang tersusun dengan menunjukkan beberapa cara mengamalkannya dengan betul beradasarkan petunjuk Nabi. 


4.0 APAKAH LATIHAN2 KEROHANIAN TERSEBUT SERTA APA DALILNYA?

Berikut kita cuba bentangkan amalan2 pokok didalam Toriqat Sufiyyah yang semuanya bersumberkan Wahyu Ilahi serta di amalkan oleh Nabi dan para Sahabat Baginda.


1) Taubat dengan taubat yang benar.

Inilah unsur paling penting dan amalan yang terus menerus yang dikehendaki sisalik (orang yang menuju Allah) melakukannya. Kerana sifat manusia sentiasa lalai dan lupa kepada Allah Ta'ala. Sentiasa melakukan dosa dan ma'siat zahir dan ma'siat batin. Maka wajib membersihkan diri sungguh2 dengan taubat.

Firman Allah :

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُواْ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً
"Wahai orang2 yang beriman! Taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang sungguh) " (At-Tahrim :8 )



Firman Allah :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَبِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ


"…………Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang banyak bertaubat dan mengasihi orang2 yang mensucikan diri." (Al-Baqarah : 222)




2) Zikrullah dengan zikir yang banyak2

Ini adalah asas kepada semua Toriqat2 Sufiyyah. Dan zikirnya berperingkat-peringkat bermula dari jihar (lafaz dengan lidah) sehingga keperingkat kedalam hati.


Firman Allah:

أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ


“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang, tenteram)" (Ar-Ra’d .. 28 )




Firman Allah :

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اذْكُرُواْ اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allahdengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; (Al-Ahzab, (33) : 41)



Firman Allah:

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَلُكُمْ وَلاَ أَوْلَـدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَـسِرُونَ


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." ( Al-Munafiqoon, (63) : 9)




Zikir adalah penyuci kepada hati. Dengan banyak2 zikrullah hati seseorang akan suci sedikit demi sedikit dari kekotoran duniawi lalu bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah.Melalui cahaya ini seseorang akan dibukakan oleh Allah kepada ketuhanan, yang menerbitkan Tauhid dan keimanan yang teguh kepada Allah Ta'ala.


3). Suluk /Khalwah /uzlah

Amalan ini berdasarkan Sunnah Nabi berkhalwah / mengasingkan diri di Gua Hira' Jabal Nur. Amalan ini telah diakui oleh seluruh Ulama Mu'tabar sebagai amalan yang sangat berkesan kedalam hati dan ruh.

Seseorang yang ingin menyucikan dirinya daripada segala kekotoran jiwa serta segala aghyar (selain Allah) perlu mengasingkan dirinya beberapa waktu dari manusia untuk beribadat, berdoa dan munajat kepada Allah.

Keheningan dari keriuhan dunia akan memberikan ketenangan jiwa didalam menghadap Rabbul Jalil. Dengan ketenangan ini seseorang akan dapat memusatkan ingatan dan ruhnya kepada Allah Ta'ala.


4) Banyakkan solawat

Kebanyakan kita telah mengetahui perintah Allah Ta'ala supaya bersolawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم .

Ramai daripada kita mengamalkannya untuk mendapatkan berbagai kelebihan samada kebaikan dunia atau kebaikan akhirat :

Menurut pandangan Ahli Ma'rifat/Ahli Sufi, solawat atas Nabi adalah menempati zikrullah, iaitu ianya menyucikan hati dan menerbitkan cahaya keimanan didalam hati. Cahaya keimanan ini membukakan hati kepada alam ketuhanan dan Tauhid serta menerbittkan tawqa yang tinggi serta kasih kepada Allah dan RasulNya yang tiada berbelah bahagi. Maka benarlah kata Nabi, orang2 yang paling banyak bersolawat atas Baginda akan berada bersama Baginda di akhirat kelak.


Firman Allah Ta'ala :

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (Muslim) 

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Tirmizi]


Dari Anas Radiyallahu 'Anhu,sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Barangsiapa yang bersolawat keatasku(Nabi) dengan sekali solawat ,maka Allah akan bersolawat keatasnya sepuluh solawat,dan menghapuskan sepuluh kesalahan(Dosa) dan diangkat pula sepuluh derajat (riwayat oleh Ahmad ,Nasa'ie dan Al-Hakim.)


Dari Abi Darda' Radiyallahu 'Anhu,bersabda Rasulullah sallallahu Alayhi wasallam:

"Barangsiapa besolawat keatasku(Nabi) sewaktu pagi sepuluh kali dan sewaktu petang sepuluh kali ,maka engkau akan mendapatkan syafaat pada hari Kiamat" (Attabrani).


5). Banyakkan solat2 sunnat

Terutama solat taubat dan solat tahajjud. Dalil2 kelebihan dan kebaikan solat sunnat juga telah diketahui umum.

Bagi kebanyakan orang awam, solat sunnat dilakukan dengan tujuan2 tertentu samada untuk mendapat pahala atau untuk kebaikan2 dunia.

Di sisi Ahli Ma'rifat ianya bukan saja bertujuan untuk mendapat kebaikan2 seperti diatas bahkan ianya dijadikan sebagai suatu ibadah untuk mensyukuri ni'mat Allah yang terlalu banyak serta munajat dan menyungkur sujud di hadapan Allah menyatakan kehinaan mereka sebagai hamba Allah dihadapan Tuhan Rabbul Jalil Yang Maha Agung!

Bangun ditengah kesunyian malam menghadap Allah ketika insan sedang lena, menimbulkan ketenangan berhubung dan munajat kepada Allah.


6). Mujahadah melawan keinginan nafsu kekejian.

Melatih diri mujahdah sungguh2 melawan hawa nafsu yang suka kepada kekejian dan bersedap-sedap pada keduniaan dengan cara :

i) Kurangkan makan
ii) Kurangkan bercakap. Hentikan bercakap yang tiada faedah/sia-sia
iii) Kurangkan tidur
iv) Kurangkan pergaulan yang tidak perlu

Nafsu manusia memang inginkan kesenangan, suka berpoya-poya dengan segala keindahan dan keseronokan duniawi. Seseorang yang mengikuti hawa nafsunya akan merosakkan hati dan Imannya. Akibatnya seseorang akan jauh dari Rahmat Allah dan akhirnya membinasakan diri sendiri.

Menuruti segala kemahuan hawa nafsu kejahatan yang cenderung kepada keduniaan adalah dicela dan dikeji dalam syara’ :


Firman Allah : 

أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً

"Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? (Al-Furqan :43)




Firman Allah :

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَـهُ بِهَا وَلَـكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الاٌّرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـثَايَـتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ


Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Al-Araf (7) : 176)




Sebaliknya Allah Ta’ala memuji hamba2Nya yang sentiasa menyucikan hatinya serta mengengkari kemahuan nafsu kejahatan hatinya.

Firman Allah :

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى - فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِىَ الْمَأْوَى

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya. ( An-Nazi’at (79) : 40, 41) 




Firman Allah :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَبِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ


"…………Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang banyak bertaubat dan mengasihi orang2 yang mensucikan diri." (Al-Baqarah : 222) 




7). Lazimkan membaca Al-Qur'an

Banyak kelebihan dan keistimewaan diberikan oleh Allah Ta'ala kepada mereka2 yang berjinak2 dan memuliakan Kalam Allah.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkan”(Riwayat Bukhari) Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Siapa saja yang membaca satu huruf Al Qur’an, baginya satu kebaikan. Satu kebaikan akan menjadi sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan bahwa alif-lam-mim itu satu huruf, melainkan alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf” (Turmudzi - hasan shahih)


Menurut pandangan Ahli Ma'rifat, Al-Quran adalah cahaya dan menerangi hati mereka yang membacanya dengan tadabbur dan penuh khusyu. 



Demikianlah kami bentangkan sebahagian dari amalan2 penting didalam Toriqat Sufiyyah. Kita melihat semua amalan2 tersebut adalah bersumberkan Al-Qur’an dan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم .

Kita cuma sebut secara umum tanpa perincian yang panjang. Terutama didalam amalan zikrullah yang menjadi asas kepada didikan keruhanian ini, terdapat banyak sekali tingkatan zikir dan bentuk-bentuk zikir yang berlainan. Mulai dari zikir lisan kemudian disusuli zikir hati, zikir nafas, zikir ruh dan lainnya. Kemudian ini disususli pula dengan berbagai tingkatan muraqabah dan mushahadah. Semua ini mengambil masa yang sangat panjang serta memerlukan kesungguhan dan istiqamah. Perkara ini akan di bincangkan pada masa akan datang jika perlu. 





5.0 UNSUR2 PENTING DIDALAM TORIQAT SUFIYYAH

1. Shaikh atau Imam atau dipanggil juga Mursyid yang memimpin Toriqat Sufiyyah.

Seorang Shaikh adalah seorang Mu'min yang telah mendapat limpahan hikmat Ilahiyyah serta mahir didalam ilmu keruhanian mendidik jiwa manusia. Dan beliau ini mestilah telah mendapat ijazah daripada Shaikhnya /Imam yang memimpinnya yang sambung menyambung sisilah perguruan ini sampai Rasulullah Sallallahu Alaihi WaSallam.

Untuk melihat syarat2 lengkap seorang Shaikh sila rujuk :

http://kerjayahalal.blogspot.com/2011/01/siapakah-ulama-pewaris-nabi-shaikh.html




2. Sistem pendidikan keruhanian yang tersusun dan lengkap.

Setiap amalan/wirid/zikir /latihan keruhanian mempunyai adab2, peraturan dankaifiyyat (susunan cara mengerjakannya) tertentu yang mempunyai kesan yang sangat kuat kepada hati.


3. Zikrullah sebagai teras dan asas kepada didikan jiwa dan ruh.

Seluruh Ahli Ma'rifat /Shaikh Toriqat Sufiyyah bersepakat mengatakan unsur zikrullah adalah menjadi unsur terpenting didalam didikan hati, penyucian hati dan ruh sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah, memperoleh Tauhid yang benar dan tahqiq serta melaksanakan ubudiyyah kepada Allah dengan dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah :


اتْلُ مَا أُوْحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَـبِ وَأَقِمِ الصَّلَوةَ إِنَّ الصَّلَوةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” 







6.0 KESAKSIAN PARA ULAMA BERKENAAN TORIQAT SUFIYYAH DAN AHLI2 SUFI

Di sini kita lihat pula bahawasanya Ulama2 Mu’tabar yang diakui oleh Ummat Islam sepanjang zaman, mengamalkan Toriqat Sufiyyah. Beradasarkan keterangan2 yang sampai kepada kita, Ulama2 Ahlus Sunnah yang terkenal dengan ketinggian Ilmu dan Wara' mereka, menyebutkan kebenaran Ahli2 Sufi dan Toriqat Sufiyyah!


IMAM HANAFI

Imam Abu Hanifah (81-150 H) berkata :

"Jika tidak karena dua tahun, saya telah celaka. Karena dua tahun saya bersama Sayyidina Ja'far as-Sadiq dan mendapatkan ilmu keruhanian yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar". (Ad-Durr al-Mukhtar, JILID 1. ms. 43)

Didalam kitab Risalah Ma'rifat Shaikh Yahya Al-Kholidi menyebut : Imam Hanafi dan Imam Malik mengambil ba'iat Toriqat daripada Shaikh Ja'afar Siddiq Radhiallahu Anh.

(Shaikh Ja'afar Siddiq diberi gelaran Imam-at-Toriqah wal Haqiqat disebabkan banyaknya silsilah Toriqat melalui beliau dan juga disebabkan ketinggian beliau didalam Ilmu Haqiqat dan Ma'rifat.)



IMAM AS-SHAFI'E
(150-205 H)

“Mempelajari ilmu fiqih tapi tidak menjalani tasawuf (jalan Ahli Sufi), maka hatinya tidak dapat merasakan (nikmatnya) taqwa, sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana mungkin dia menjadi baik?" [Dewan Al-Imam Asy-Syafi'i,


IMAM AHMAD IBNU HANBALI
(164-241 H)

Berkata Imam :

"Wahai anakku wajiblah diatas engkau mendampingi Ahli-Ahli Tasawwuf itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah Ta'ala."
(Risalah Qushairiyyahi)


Wasiat Imam Ahmad kepada anak beliau:

Anakku jika kamu perlu duduk bersama orang-orang sufi, karena mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka orang-orang zuhud dan mereka memiliki kekuatan spiritual yang tertinggi," --Tanwir al-Qulub, ms. 405, Shaikh Amin al-Kurdi)

Imam Ahmad tentang Sufi:
"Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka" ( Ghiza al-Albab, jilid. 1, ms. 120)



IMAM AL MUHASIBI

Imam Al-Muhasibi bercerita tentang usaha beliau mencari kebenaran dari kalangan berbagai kelompok agama yang masing2 mendakwa sebagai golongan yang benar. Beliau berusaha sambil benar2 mengharap petunjuk Allah kepada golongan yang benar2 mengikuti Al-Qur’an dan Sunnah Nabi. Akhirnya beliau menemui didalam hati beliau yang diberi sinar petunjuk oleh Allah bahwa golongan sebenar yang bertaqwa kepada Allah dan berpegang teguh dengan Sunnah Nabi adalah Ahli Tasawwuf (Ahli Ma’rifat)

“Yang Maha Pengasih menunjukkan aku, satu kaum yang dalam diri mereka terdapat tanda2 ketaqwaan, simbol2 kewara’an dan utamakan akhirat daripada dunia.” “Aku menjadi yaqin bahawa mereka lah(Ahli Ma’rifat, Ahli Tasawwuf) menempuh jalan akhirat dan mengikuti jejak Rasul. Mereka adalah lampu penerang bagi orang yang meminta penerangan bagi mereka. Dan mereka adalah penunjuk jalan bagi yang memerlukannya” (Abu Abdullah Haris Al-Muhasibi wafat 243 H, Al-Wasaya : ms 27-32)


IMAM AL-QUSHAIRI

"Allah membuat golongan ini yang terbaik dari wali-wali-Nya dan Dia mengangkat mereka di atas seluruh hamba-hamba-Nya sesudah para Rasul dan Nabi, dan Dia memberi hati mereka rahasia Kehadiran Ilahi-Nya dan Dia memilih mereka diantara umat-Nya yang menerima cahaya-Nya. Mereka adalah sarana kemanusiaan, Mereka menyucikan diri dari segala hubungan dengan dunia dan Dia mengangkat mereka ke kedudukan tertinggi dalam penampakan (kasyf). Dan Dia membuka kepada mereka Kenyataan akan Keesaan-Nya. Dia membuat mereka untuk melihat kehendak-Nya mengendalikan diri mereka. Dia membuat mereka bersinar dalam wujud-Nya dan menampakkan mereka sebagai cahaya dan cahaya-Nya ." [ar-Risalat al-Qushayriyya, ms. 2]


IMAM GHAZALI

"Aku yaqin dengan benar bahwa para Ahli Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahwa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagi sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi [al-Munqidh min ad-dalal, ms. 131].


IMAM FAKHRUDDIN AR-RAZI

"Jalan para sufi adalah mencari ilmu untuk memutuskan diri mereka dari kehidupan dunia dan menjaga diri mereka agar selalu sibuk dalam pikiran dan hati mereka dengan mengingat Allah, pada seluruh tindakan dan perilaku" ." [I'tiqadat Furaq al-Musliman,msp. 72, 73]


IBNU KHALDUN

"Jalan sufi adalah jalan salaf, ulama-ulama di antara Sahabat, Tabi'een, and Tabi' at-Tabi'een. Asalnya adalah beribadah kepada Allah dan meninggalkan perhiasan dan kesenangan dunia" [Muqaddimat ibn Khaldun, MS. 328]


IMAM TAJUDDIN AS-SUBKI

"Semoga Allah memuji mereka dan memberi salam kepada mereka, kaum sufi dan menjadikan kita bersama mereka di dalam syurga. Banyak hal yang telah dikatakan tentang mereka dan terlalu banyak orang-orang bodoh yang mengatakan hal-hal yang tidak berhubungan dengan mereka. Dan yang benar adalah bahwa mereka meninggalkan dunia dan menyibukkan diri dengan ibadah" "Mereka dalah Ahlillah yang doa dan solat mereka diterima Allah, dan melalui berkat doa mereka Allah menurunkan pertolonganNya. [Mu'eed an-Na'eem wa Mubid An-Niqam, ms. 190


IMAM JALALUDDIN AS-SAYUTI

Sesungguhnya Tasawwuf adalah Ilmu yang mulia…..Ianya adalah Mengikuti sunnah, meninggalkan bid’ah, bebaskan diri dari hawa nafsu, menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya, mecari redha dan cintaNya! “ [Ta'yid Al-Haqiqah al-Aliyyah ]


IBNU ABIDIN

" Para pencari jalan ini tidak mendengar kecuali Kehadiran Ilahi dan mereka tidak mencintai selain Dia. Jika mereka mengingat Dia mereka menangis. Jika mereka memikirkan Dia mereka bahagia. Jika mereka menemukan Dia mereka sadar. Jika mereka melihat Dia mereka akan tenang. Jika mereka berjalan dalan Kehadiran Ilahi, mereka menjadi lembut. Mereka mabuk dengan Rahmat-Nya. Semoga Allah merahmati mereka". [Rasa'il Ibn Abidin (ms. 172-173]


RASHID RIDA

Dia berkata,"tasauf adalah salah satu pilar dari pilar-pilar agama. Tujuannya adalah untuk membersihkan diri dan mempertanggungjawabkan perilaku ehari-hari dan untuk menaikan manusia menuju maqam spiritual yang tinggi" [Majallat al-Manar, 1st year, MS. 726].


ABU HASSAN ALI AN-NADWI

Maulana Abul Hasan 'Ali an-Nadwi anggota the Islamic-Arabic Society of India and Muslim countries. Dalam, Muslims in India, , MS. 140-146, "Para sufi ini memberi inisiasi (bai'at) pada manusia ke dalam keEsaan Allah dan keikhlasan dalam mengikuti Sunah Nabi dan dalam menyesali kesalahan dan dalam menghindari setiap ma'siat kepada Allah SWT. Petunjuk mereka merangsang orang-orang untuk berpindah ke jalan kecintaan penuh kepada Allah" "Di Calcutta, India, lebih dari 1000 orang mengambil inisiasi (bai'at) ke dalam Tasauf" "Kita bersyukur atas pengaruh orang-orang Sufi, ribuan dan ratusan ribu orang di India menemukan Tuhan merka dan meraih kesempurnaan melalui Islam"


IMAM HASSAN AL-BANNA

“Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai mertabat yang tinggi dalam membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang kerohanian, yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi).”

“Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbiah dan suluk membawa kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi…”

(Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah)




7.0 RUMUSAN

Daripada penjelasan di atas, adalah diharapkan kita mendapat gambaran asas mengenai Toriqat Sufiyyah. Ianya bukanlah perkara baru yang direka oleh Ulama2 tetapi ia adalah amalan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bersumberkan wahyu Ilahi. Penjelasan ini juga diharapkan dapat menolak kefahaman dan tanggapan yang salah berkenaan Ilmu yang murni ini. Samada ianya berupa penolakan mutlak oleh golongan jahil atau penyalahgunaan oleh golongan sesat!

Semoga kita semua tergolong kedalam mereka2 yang mengikuti jalan kemuliaan Rasulullah ini. Atau sekurang2nya menyanjung dan mengasihi mereka semua!


Rujukan Utama :

Munqiz Ala-Dhalal,
Risalah Qushairiyyah
Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah
Haqeqat Tasawwuf 


No comments:

Post a Comment

Allah Allah