Thursday, October 28, 2010

BAGAIMANA MENYUCIKAN HATI DARI SEGALA KESYIRIKAN DAN KEKEJIAN?

Susunan : Tok Kelana

1.0 BAGAIMANA MEMBUANG SIFAT2 MAZMUMAH DAN SYIRIK KHAFI??? 

Beberapa persoalan yang sering ditanya……. Bagaimana nak buang syirik khafi (syirik tersembunyi ) dalam hati? Bagaimana cara membuang segala sifat2 mazmumah/ kekejian didalam hati?  Bagaimana cara membuang sifat riya', takabbur , suka mengumapt dll?   Bagaimana ikhlaskan hati? Bagaimana cara nak khusyu’ didalam solat? Bagaimana nak buang segala gangguan2 dalam hati?  Bagaimana cara menjadi orang2 yang benar2 beriman dan bertaqwa?


Semua pertanyaan diatas, walaupun kelihatan seperti menuntut jawapan yang berbeza2 kerana bentuk pertanyaan yang berlainan  , pada  hakikatnya jawapannya satu jua. Iaitu menuju kepada penyucian HATI.  

Bila HATI telah suci…..

Akan hilanglah kegelapan! Hilanglah segala sifat mazmumah! Binasalah segala bentuk syirik! Akan tunduk khusyu’ lah hati dan segala anggota.


2.0 PUNCA  HATI MENJADI KOTOR?

Sebelum kita melihat  bagaimana cara menyucikan HATI,   kita lihat dahulu apa puncanya HATI Menjadi kotor dan gelap.   

Setiap bayi yang lahir adalah suci hatinya.  Bagaikan putih susu, bagaikan kapas yang putih bersih, tiada noda, tiada dosa!.   Apabila dia meningkat umurnya, segala penglihatan dan pendengarannya mempengaruhi jiwanya. Pandangan dan pendengaran yang keji akan mula mengotorkan hatinya.   Pergaulan dan cara pemakanan turut mempengauhi pembetukan jiwa ini.  Nafsu dan syaitan memainkan peranan merosakkan lagi hati tersebut.   Hatinya mula terhijab dari pandangan kesucian.  Hatinya mula kelam sedikit demi sedikit. 

Jika seseorang manusia beriman tidak berusaha membersihkan hatinya dan membiarkannya dikuasai nafsu,  syaitan dan afat yang lain,  maka lama kelamaan hatinya makin kotor akhirnya GELAP TERUS!  Wal Iyazubillah!  Semoga Allah selamatkan kita dari malapetaka ini.


3.0 CARA MENYUCIKAN HATI DARI SEGALA KEKOTORAN / KEKEJIAN/ SYIRIK!

Seseorang petani yang ingin mendapat hasil lumayan dari usaha taninya, pertama sekali ia perlu memberishkan lalang dan segala perosak dalam bumi yang boleh merosakkan tanamannya. Ia perlu mencabutnya dari akar2nya.    Dia perlu membajak tanahnya dengan hati2.  Dia perlu memilih benih yang baik.  Dia perlu menyiram dan menjaganya dari makhluk perosak.  Dia menuai apabila telah masak tanamannya.  Semua ini si petani belajar dari ‘AHLI’ nya yang mahir dalam bertani.  

>>>>>>>>> ……………demikian halnya....

Seseorang hamba Allah yang ingin mendapat hasil lumayan dari usaha membina Iman dan Islam dalam jiwanya, wajib mempelajari cara2nya yang betul dari pakar2nya yang mengetahui hal2 HATI dan IMAN!   Dia tidak boleh melakukannya sendiri. Kerana dia tidak mempunyai pengetahuan tentang semua itu.  

Rasulullah     صلى الله عليه وسلم      adalah pakar HATI yang pertama yang mengajar Ummat Islam.  Rasulullah   telah mendidik ruhani para sahabat menurut rencana Ilahi.   Para  Sahabat Ridhwanullah yang telah terdidik dengan asuhan  Rasulullah, kemudian mengajar generasi berikutnya.   Generasi berikutnya ini dikenali sebagai PEWARIS NABI atau  AHLILLAH,  atau ULAMA BILLAH,  AHLI MA’RIFAT, atau MURSYID.    Mereka ini yang mahir didalam Ilmu keruhanian, ilmu jiwa dan hati kerana mereka sendiri telah melalui jalan tersebut.   

Menurut pendidikan Tasawwuf,  berdasarkan keterangan Ulama Billah, cara menyucikan HATI yang paling berkesan adalah adalah dengan mengerjakan  ZIKRULLAH!  Iaitu menyebut nama Allah dengan lidah dan hati akan kalimah “LA-ILAHA ILLA-ALLAH”  atau “ALLAH-ALLAH” ,  dan lain2nya menurut syarat2 dan peraturan2 yang tertentu. 

Ini berdasarkan keterangan2 /perintah Allah dan RasulNya :


HATI MENJADI TENANG DAMAI DENGAN ZIKRULLAH

Firman Allah Ta’ala :
 أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ “

Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang, tenteram) (Ar-Ra’d ; 28)

Firman Allah :

اتْلُ مَا أُوْحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَـبِ وَأَقِمِ الصَّلَوةَ إِنَّ الصَّلَوةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah (zikrullah) adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”     [Al-Ankaboot (29)  : 45]




ORANG YANG BERZIKIR ADALAH HIDUP HATINYA…!

Sabda Rasulullah    صلى الله عليه وسلم               
  : Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak berzikir, seumpama orang hidup dan orang mati. (Bukhari dan Muslim)  


MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT HATI!

Sabda Rasulullah     صلى الله عليه وسلم              : Menyebut-nyebut Allah (zikrullah) adalah suatu penyembuhan dan menyebut-nyebut tentang manusia adalah penyakit (artinya penyakit akhlak). (Baihaqi)


Banyak lagi keterangan AL-Qur’an dan Hadis Nabi berkenaan kebaikan zikrullah bagi penyucian hati, pembentukan Iman dan keluhuran ubudiyyah kepada Allah Ta’ala.
Insya Allah kita akan melihat bagaimana ‘ZIKRULLAH’ berperanan menyucikan ‘HATI’ dan menjadikannya bercahaya2 sehingga hilang segala kegelapan dan disinari cahaya keimanan. 


4.0  BAGAIMANA ZIKRULLAH MENYUCIKAN HATI ?

 Bagaimana ZIKRULLAH menyucikan HATI  dan apa kaitannya dengan IMAN  serta IBADAH? Apakah keistimewaan zikrullah ini bagi penyucian dan pembersihan hati?

Berdasarkan  Ahli Ma’rifat, 

Setiap orang yang beriman mempunyai “NUR” atau cahaya Iman didalam hati.  Asalnya cahaya ini seperti pelita yang kecil atau seperti cahaya lilin yang kecil.  Apabila seseorang mengerjakan zikrullah dengan penuh keimanan,  cahaya kecil ini akan bertambah terang .   Cahaya tersebut akan bertambah besar dan bertambah terang lagi mengikut banyaknya seseorang itu berzikir dengan penuh kesungguhan. 

Jika seseorang hamba Allah melakukan zikrullah ini terus menerus setiap hari  tanpa putus, sehingga menjadikannya‘wirid’ (amalan terus menerus) maka Allah Ta’ala akan mendatangkan ‘warid’ kedalam hatinya iaitu Allah akan menurunkan cahaya Asma' dan SifatNya  kedalam hati hamba ini sehingga penuh hatinya dengan cahaya Rabbaniyyahdan melimpah pula kepada segala “ lataif2nya”  (tempat pemusatan zikir dan nafsu2)   kemudian melimpah pula  keseluruh darah, daging, uratnya sehingga akhirnya  seluruh tubuhnya bercahaya2 dengan cahaya Rabbaniyyah ini  . 

Apabila ini berlaku segala nafsu2 kejahatan akan binasa tinggal nafsu2 yang baik sahaja.   Seluruh Tentera2 syaitan akan bertempiaran lari tidak dapat mendekatinya lagi. ….apalagi memasuki hati atau mengganggunya.! 

Ketika ini damalah hatinya.!  Tenanglah segala perasaannya!.   Datanglah Khusyu’ dan takut  kepada  Allah!      Tetaplah hatinya didalam keimanan. …. Ini yang di isyaratkan oleh Firman Allah :

Firman Allah Ta’ala :

أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 

“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang, tenteram)(Ar-Ra’d ; 28)


HATI tetap dalam keimanan! HATI tenang tenteram bersama Tuhannya.! HATI lazat melakukan Ibadah! HATI menyungkur sujud di hadapan Rabbul Jalil!

Tidak ada kekuatan, tidak ada kekuasaan yang lebih tinggi dari kekuasaan Allah Ta’ala. Orang yang HATInya telah penuh dengan cahaya zikrullah, akan melihat dan merasai kekuasaan Allah ini didalam dirinya.  Maka orang yang hatinya telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Ta’ala,  tiada suatu pun dapat memasukinya. Tidak ada gangguan insan, gangguan nafsu, gangguan syaitan atau gangguan ruh jahat dapat menghampirinya. 


Tetapi peringatan untuk semua….!

Keadaan diatas tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan melazimkan diri dengan zikrullah dengan lisan dan hati dengan bersungguh2 sehingga ianya menjadi sebati didalam diri.  Seseorang perlu mujahadah sungguh2 melawan tentera2 nafsu dan syaitan yang sentiasa cuba menghalangn dan menyesatkannya.  Para salaf saleh dahulu berjuang berpuluh2 tahun sebelum mencapai ketetapan dalam hati……dalam keadaan berlapar, uzlah menjauhi dunia yang melalaikan dan berbagai latihan keruhanian. 

Dan cara paling baik dan selamat untuk mencapai kesucian jiwa dan ruh adalah dengan berguru kepada Shaikh yang siddiq yang mewarisi Ilmu keruhanian Nabi, iaitu Shaikh Tasawwuf atau Mursyid Toriqat Sufiyyah yang benar.



5.0 CARA MENGERJAKAN ZIKRULLAH

Didalam syari’at, setiap amalan ada cara2 dan peraturan untuk melakukannya.  Zikrullah perlulah dikerjakan mengikut beberapa peraturan dan syarat2nya.  Zikir yang dikerjakan tanpa menuruti syarat2nya kurang berkesan pada hati dan kurang keberkatannya.  

Sebaik2 cara berzikir adalah dengan mengambil talqin zikir daripada Guru Mursyid.   Seorang  Shaikh adalah doktor ruhani yang mengetahui segala penyakit si salik /murid serta  sangat arif  mengenai  zikir2 yang paling sesuai untuk si murid amalkannya.

Bagi mereka2 yang belum menemui seorang Guru Mursyid, bolehlah melakukan Zikr La-Ilaha Illa-Allah  menurut peraturan dan cara2 berikut :
Peraturan sebelum zikrullah :

1.   Suci dari hadas besar dan kecil.
2.   Tutup aurat.
3.   Hadap Qiblat

Cara2 mengerjakannya :

1.   Baca Fatihah serta hadiahkan pahalanya  kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم  , Ahli Bayyit serta Sahabat Nabi.
2.   Baca Istighfar 
3.   Baca Solawat atas Nabi
4.   Zikr La-Ilaha Illa-Allah dengan keraskan suara. 
5.   Di akhiri dengan doa.

Catitan :  

1.   Zikir jihar/lisan ini hendaklah dilakukan dengan disertai ingatan kepada  Allah dalam Hati. 
2.   Mulai dengan zikir sebanyak 100 kali.  Bila sudah dapat lazimkan diri boleh tambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.
3.   Lebih banyak seseorang itu mengerjakan zikrullah lebih berkesan pada hati bagi menyucikannya.
4.   Setiap zikir hendaklah diwiridkan (dilakukan setiap hari terus menerus) agar mendapat kesan zikir tersebut.

Apabila zikrullah ini dijadikan wirid, iaitu dilakukan secara terus menerus setiap hari pada bilangan tertentu sehingga memenuhi hatinya bercahaya2 maka cahaya zikir yang memenuhi hati ini akan melimpah pula ke seluruh jasad nya.

Pada peringkat2 seterusnya seseorang akan merasakan kemesraan zikir ini pada ruh dan nafas. Kesudahannya seseorang itu akan melihat dirinya diliputi zikrullah; daripada lidah, hati, aqal, nafas dan ruh semuanya berzikir.!

Berkata Shaikh Abdul Qadir Jilani     رضي الله عه   :

"Pada peringkat permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan zikirnya dengan lidahnya secara berbunyi. Kemudian  peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi sehinggalah kepada yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi. Sejauh mana zikir masuk ke dalam, peringkat yang dicapainya, bergantung kepada sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya membimbing seseorang."


5.0  MENETAPKAN ZIKIR BERTERUSAN DIDALAM HATI

Selain dari mengerjakan zikrullah dengan cara tertib ini, zikrullah dalam hati wajib diteruskan juga diluar; ketika makan, minum, sedang bekerja dsb. Pada peringkat permulaan keadaan ini memang sukar dilakukan. Tetapi jika diwiridkan sebagaimana tersebut diatas, mudah2an Allah Ta'ala akan memberi pertolonganNya sehingga seseorang dapat sentiasa berzikrullah, dalam setiap keadaan dan hal. 

Semua ini memerlukan mujahadah dan usaha2 melawan hawa nafsu yang berterusan tanpa merasa penat dan jemu. 

Didalam Toriqat Sufiyyah, zikir La-Ilaha-Illallah serta zikir2 yang lainnya dikerjakan mengikut beberapa panduan, syarat, dan aliran garisan kalimah. Ini perlu dilakukan dengan mengambil talqin daripada Shaikh pemimpin kerohanian. Hasil daripada zikrullah yang dikerjakan melalui Ilmu Toriqat Sufiyyah jauh lebih berkesan dan lebih manfaatnya kepada keteguhan Iman dan Taqarrub Ilallah. 

Semoga memberi manfaat!

Rujukan :
  1. Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar
  2. Al-Ghunyah Li Talibil Haqq
  3. Ihya Ulumuddin
  4. Tafsir Ibn Kathir
 Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

Allah Allah