RASUL, NABI, AULIA' ALLAH HIDUP DI ALAM BARZAKH (alam kubur)!
susunan : Tok Kelana
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
1.0 MUQADDIMAH
Setiap diri (manusia) pasti merasai mati, yakni pasti mati. Kematian adalah berpisahnya ruh dari jasad seseorang manusia. Kematian adalah perpindahan insan dari alam syahadah kepada alam Barzakh. Samada mereka dari kalangan yang mendapat kemuliaan Allah atau kemurkaanNya, semuanya akan berpindah dari alam yang sementara ini.
Menurut pendirian Ahlus-sunnah Wal Jamaah, mayat yang ditanam akan merasai balasan perbuatannya di dalam kuburnya- iaitu alam Barzakh. Manusia2 yang kafir, munafiq dan fasiq akan merasai kepanasan api neraka, sementara orang2 beriman akan merasai kebahagiaan taman syurga.
2.0 RASUL, NABI, AULIA ALLAH DAN MU'MIN HIDUP DI ALAM BARZAKH DENGAN MENDAPAT REZEKI DARI ALLLAH....!
Daripada sekalian orang Islam yang mati dan mendapat basalan di dalam kubur, terdapat Golongan hamba2 pilihan Allah yang mendapat layanan istimewa ; iaitu mereka hidup di sisi Allah dengan mendapat rezeki dariNya.
Firman Allah :
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
Dari Tafsir Jalalain:
(Janganlah kamu kira bahwa orang-orang yang gugur) dengan takhfif atau pakai tasydid (di jalan Allah) maksudnya demi agama-Nya (mati, tetapi) mereka itu (hidup di sisi Tuhan mereka). Roh-roh mereka berada dalam kantong burung-burung hijau yang beterbangan dalam surga ke mana saja mereka kehendaki sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis (dengan mendapat rezeki) yaitu dengan memakan buah-buahan surga
Ulama2 Arifin mentafsirkan :
Ayat diatas ditujukan khusus kepada para syuhada di Perang Uhud. Tetapi makna umumnya adalah di tujukan kepada seluruh mujahidin yang berjuang bersungguh-sungguh bagi menegakkan Kalimah Allah di atas muka bumi mulai dari zaman Nabi sehinggalah ke akhir zaman.
Iaitu mereka yang benar2 beriman kepada Allah dan bertaqwa kepada Nya, samada mereka yang bersungguh2 mujahadah melawan hawa nafsu untuk menyucikan batin mereka atau mereka yang melaksanakan kerja2 da’wah kepada Ummat atau mereka membuat kerja2 kebajikan untuk untuk membangun Ummat menurut Al-Qur’an dan Sunnah Nabi maka mereka termasuk golongan fisabilillah, berjuang “pada jalan Allah” dan mati mereka termasuk ‘mati pada jalan Allah”
Dari Tafsir Ibnu Kathir,
Allah Ta’ala berfirman bahawa walaupun para shuhada’ terbunuh didalam kehidupan dunia ini, ruh mereka tetap hidup serta menerima rezeki di alam barzakh. Didalam Sahihnya, Muslim mencatit bahawa Masruq mengatakan, “ Kami bertanya Abdullah berkenaan ayat ini, وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;”
Beliau berkata,Kami bertanya pada Nabi صلى الله عليه وسلم, soalan yang sama, Baginda bersabda,
«أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً فَقَالَ: هَلْ تَشْتَهُونَ شَيْئًا؟ فَقَالُوا: أَيَّ شَيْءٍ نَشْتَهِي وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا؟ فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا، قَالُوا: يَا رَبِّ نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ أَرْوَاحَنَا فِي أَجْسَادِنَا حَتَّى نُقْتَلَ فِي سَبِيلِكَ مَرَّةً أُخْرَى، فَلَمَّا رَأَى أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ، تُرِكُوا»
Ruh mereka didalam burung2 hijau yang mempunyai lampu, bergantung di bawah Arasy Allah Ta’ala. Dan mereka berterbangan didalam syurga bila2 mereka sukai. Allah melihat kepada mereka dan bertanya, “ Adakah kamu mengharap apa2?”. Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami boleh meminta, sedangkan kami boleh pergi ke mana saja kami suka didalam syurga. Allah Ta’ala bertanya soalan ini tiga kali, dan apabila mereka menyedari bahawa Allah akan tetap terus bertanya sehingga mereka memberi jawapan, mereka pun berkata, “Wahai Tuhan kami, kami berharap ruh kami dikembalikan kepada tubuh kami agar dapat mati syahid dijalan Engkau lagi” Allah mengetahui mereka tidak mempunyai permintaan lain lagi”
Anas and Abu Sa`id . رضي الله عنه وسلم menyebut perkataan yang sama.
Imam Ahmad menyebut Ibn `Abbas meriwayatkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, «الشُّهَدَاءُ عَلى بَارِقِ نَهْرٍ بِبَابِ الْجَنَّـةِ، فِي قُبَّةٍ خَضْرَاءَ، يَخْرُجُ عَلَيْهِمْ رِزْقُهُمْ مِنَ الْجَنَّـةِ بُكْرَةً وَعَشِيًّا»
Para syuhada berkumpul di tebing sungai berhampiran pintu syurga, didalam khemah berwarna hijau dimana rezeki mereka didatangkan dari syurga siang dan malam.
Dari catitan ini kita dapat gambaran bahwa terdapat ”bermacam2 syuhada, setengah mereka berada didalam syurga, dan sebahagian lain tetap ditebing sungai berhampiran syurga. Kemungkinan juga semua arwah para syuhada’ dihimpunkan dan diberi rezeki siang dan malam. Allah lebih mengetahui.
Ahmad dan Ibn Jarir meriwayatkan hadis ini, ianya mempunyai sanad yang baik.
Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang mempunyai berita baik untuk setiap orang beriman bahwa ruh setiap mu’min akan mengembara didalam syurga, memakan buah2annya, meni’mati keindahannya dan merasai penghormatan yang telah disediakan oleh Allah untuknya. Hadis ini mempunyai sanad yang unik dan sahih yang diriwayatkan melalui tiga orang Imam besar, Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dari Imam Shafi’e dari Imam Malik, dari Az-Zuhri, dari Abdur-Rahman bin Kaab Bin Malik bahwa ayahnya menyebut, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
«نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّـةِ حَتَّى يَرْجِعَهُ اللهُ إِلى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُه»
“Ruh orang Mu’min akan menjadi burung yang meni’mati makanan pada pohonan didalam syurga, sehingga Allah menghantar nya kembali ketubuhnya pada hari Dia membangkitkannya kembali”
Hadis ini menyebut bahawa ruh orang Mu’min adalah dalam bentuk burung didalam syurga. Sementara ruh para syuhada adalah didalam burung berwarna hijau.
Firman Allah pada akhir ayat ini mengesahkan ini: يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ
Muhammad bin Ishaq mentafsirkan, Mereka (para syuhada’) sangat gembira kerana Allah Ta’ala telah memenuhi janjiNya bagi mereka. Dan untuk pembalasan yang tidak terhingga yang mereka terima.
Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam mengatakan, “Ayat ini meliputi semua orang beriman. Jarang sekali Allah Ta’ala menyatakan kebaikan serta pemberian yang dianugerah oleh Allah kepada para RasulNya, tanpa mengikutinya dengan apa yang Dia anugerahkan kepada orang Mu’min selepasnya”
(tamat petikan kitab)
Seluruh penjelasan di atas menjadi hujjah serta keterangan yang pasti bahawa para Rasul, Nabi, Aulia’ Allah, para Syuhada’ serta sekalian orang Mu’min pada hakikatnya tidak mati melainkan hidup secara istimewa di sisi Allah dengan mendapat rezeki dari Allah.
Mereka dapat mendengar dan melihat sekalian Mu’min serta para sahabat mereka yang sedang berjuang, berjihad dijalan Allah. Mereka menunggu saat2 dapat bertemu para Mu’min itu syahid dan bertemu dengan mereka di syurga Allah.
Keterangan ini menolak pendapat segelintir orang Islam (termasuk Ulama2 yang tidak memahami alam Ma’rifat ) yang menda’wa Rasul, Nabi dan Aulia’ Allah yang mati menjadi mayat, terputus hubungan dengan mereka yang hidup.
Sungguh berbahagialah orang2 Mu’min yang mati di jalan Allah. Mereka tiada kekhuatiran dan ketakutan, kerana mereka telah diberi khabar gembira oleh Allah di dunia ini lagi bahawa mereka akan hidup di alam Barzakh dengan mendapat rezeki dari sisi Allah hingga di bangkitkan kembali di padang Mahsyar!
3.0 RASUL, NABI DAN AULIA ALLAH YANG TELAH WAFAT DAPAT BERHUBUNG DENGAN MEREKA YANG HIDUP!
Dalil-dalil yang menunjukkan bahawa para Rasul, Anbia' dan Aulia' Allah hidup di alam Barzakh dan dapat pula berhubung dengan mereka yang masih hidup. Berikut adalah keterangannya....:
DALIL 1 :
Imam Ahmad رضي الله عنه meriwayatkan dari Ibn `Abbas رضي الله عنه katanya :
"Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم tiba di Masjid Al-Aqsa (pada malam Isra' Mi'raj) Baginda berdiri untuk solat. Dan semua Nabi-Nabi yang berhimpun di Masjid Al-Aqsa ketika itu berdiri untuk bersolat bersama Nabi (Nabi menjadi Imam)
DALIL 2:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertemu dengan beberapa orang Rasul semasa Mi'raj Baginda sebagaimana Hadis yang dikemukakan oleh Imam Ahmad dari Anas bin Malik رضي الله عنه .
Mereka semua menyambut kedatangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan ucapan 'Marhaban' dengan ucapan penghormatan kepada Baginda.
«أُتِيتُ بالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ، يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرَفِهِ، فَرَكِبْتُهُ فَسَارَ بِي حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ، فَرَبَطْتُ الدَّابَّةَ بِالْحَلَقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ فِيهَا الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ دَخَلْتُ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَأَتَانِي جِبْرِيلُ بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ، فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ: أَصَبْتَ الْفِطْرَةَ. قَالَ: ثُمَّ عُرِجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ لَهُ: مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ. قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ. قِيلَ: وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ، ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ لَهُ: مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ. قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ. قِيلَ: وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ، فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَيِ الْخَالَةِ يَحْيَى وَعِيسَى فَرَحَّبَا بِي وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ لَهُ: مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ قِيلَ: وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا، فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَإِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ. ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ: مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ قِيلَ: وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ، ثُمَّ قَالَ: يَقُولُ اللهُ تَعَالَى:(Riwayat Imam Ahmad dari Anas bin Malik )
DALIL 3:
Dari Anas Radhiallhu 'Anh, Bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Pada malam Mi’raj, daku melewati Nabi Musa Alyhis Salam dan melihatnya shalat didalam kuburnya.” (Riwayat Muslim)
DALIL 4:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhum:
“Setiap salam yang disampaikan kepadaku oleh seseorang, Allah akan menyampaikan kepada ruhku agar aku menjawab salam itu”.(Riwayat Imam Ahmad bin Hambal dan Abu Dawud).
DALIL 5:
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Anas رضي الله عنه meriwayatkan :
Dari kisah dan hadis2 di atas, beberapa kesimpulan dapat diambil:
1. Rasul2 dan Nabi2 yang telah wafat hidup dan beribadat kepada Allah di alam Barzakh. (Tetapi ibadat mereka tidaklah sama seperti ibadat kita, kerana mereka tidak lagi menanggung taklif syari’at. Tetapi ianya menunjukkan lambang perhambaan khusus yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala.)
2. Dialog Nabi didalam Masjid Baitul Maqdis dan juga sambutan Rasul2 kepada Nabi kita di lapisan2 langit menjadi bukti kukuh bahwa pertemuan, berkata2 dan berdailog dengan para Rasul dan Nabi yang telah wafat adalah harus berlaku dengan izin Allah kerana mereka2 itu tidak mati, tetapi hidup di sisi Allah dengan penghormatan yang tinggi!
3. Ini juga menjadi dalil dan bukti kukuh hubungan keruhanian Shaikh2 Pewaris Nabi dengan Ruhani Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk menerima pimpinan dan berbagai panduan didalam beramal. Mereka tidak menerima syari’at baru, tetapi berbagai petunjuk untuk beramal sesuai dengan zaman dan masyarakat ketika itu. Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Jailani رضي الله عنه :
Ghauthul A’zam, Shaikh Abdul Qaadir Jilani Radhi- Allahu anhu menerangkan : Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (pewaris Nabi) sehingga dia sampai ke maqam dimana dia di anugerahi pandangan kepada Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam didalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya didalam pimpinan tangan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam.
(Fath-ur-Rabbani Wa-Faidh-ur-Rahmani)
4.0 BERTEMU RASULULLAH – MENERIMA ARAHAN DAN PANDUAN BERAMAL
Berdasarkan keterangan2 yang telah dibentangkan di atas ini, Ahlus Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa seseorang Aulia Allah yang menjadi pewaris Nabi sentiasa didalam bimbingan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menerima arahan serta panduan berupa zikir, doa atau kaedah2 beramal sesuai dengan zaman atau keperluan masyarakat manusia pada suatu masa.
Pewaris Nabi ini bukan membawa syari'at baru kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir. Tetapi Pewaris Nabi menunjukkan kaedah2 beramal didalam mengerjakan zikrullah serta ibadah yang lain.
Berkata Imam Jailani رضي الله عه :
“Wali-wali yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi صلى الله عليه وسلم dengan Tuhannya. Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka. Mereka merupakan Pemegang sebahagian daripada kenabian, dan diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم “
Beliau berkata lagi,
“Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang terkenal sebagai ‘golongan yang memakai baju bulu’ yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan berada hampir dengan baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Dalam kehampiran mereka dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mereka telah sampai kepada peringkat di mana mereka boleh bercakap tentang rahsia isra’ dan Mikraj Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebelum baginda membuka rahsia tersebut kepada sahabat-sahabat Baginda”
Ini memberi isyarat bahwa seorang Pewaris Nabi sentiasa merujuk kepada Nabi dalam hal ehwal memimpin manusia didalam Syari’at dan di jalan Ma’rifat Ketuhanan.! Mereka mematuhi Al-Quran dan Hadis Nabi sepenuhnya disamping mendapat penjelasan mengenai berbagai hal yang menjadi perselisihan atau kemusykilan pada satu-satu masa. Ini bukan lah syari’at baru tetapi panduan dan kaedah2 beramal yang sesuai dengan zaman dan masyarakat pada ketika itu.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah dikuatkan oleh Allah Ta’ala dengan berbagai Ilmu keruhanian, Ma’rifat Ketuhanan, Mu’jizat dan keistimewaan2 lain sehingga Baginda dapat membimbing para sahabat kepada Allah Ta’ala. Baginda telah berjasa membimbing keruhanian para Sahabat selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Medinah sehingga mereka menjadi manusia2 yang benar2 bertaqwa kepada Allah. Di samping itu Baginda juga menjadi panglima dimedan perang, menjadi Qadhi yang memberi fatwa dan hukuman, menjadi pemimpin Negara dan Kerajaan! Bahkan Allah Ta’ala memberikan keistimewaan yang begitu tinggi sehingga mengalahkan semua manusia dan kerajaan dunia!
Demikian pula Para Pewaris Nabi yang menjadi penyambung Risalah kenabian, dikuatkan oleh Allah Ta’ala dengan berbagai Ilmu Ma’rifat Ketuhanan sebagai warisan dari Nabi صلى الله عليه وسلم. Dalam keadaan ini mereka dianugerai berbagaiIlmu Kasyaf, Ladunni dan Karamah yang membolehkan mereka membimbing dan memimpin manusia kepada Allah Ta’ala.
Seorang ‘alim yang tidak memiliki Ilmu Ma’rifat Ketuhanan dan tidak mendapat curahan himat Ilahiyyah tidak dapat memimpin manusia kepada Allah Ta’ala zahir dan batinnya kerana dirinya sendiri belum sampai ke Hadrat Ilahi, bagaimana dia boleh memimpin manusia lain?. Orang ‘alim seperti ini juga (yang hanya memiliki syaria’t zahir semata2) mudah dan sering tertipu oleh kesenangan dan kemewahan dunia. Mereka sering kalah kepada dorongan hawa nafsu kejahatan. Mereka tidak dapat melepaskan diri daripada bisikan2 Iblis!
5.0 RUMUSAN
Kita dapat menggali satu rumusan yang sangat penting, iaitu para Rasul, Nabi, Aulia' dan orang2 Mu'min hidup di alam Barzakh dengan mendapat kemuliaan istimewa dari Allah. Para Mu'min yang mendapat anugerah ini, khususnya para Rasul dan Aulia Allah, dapat pula berhubung dengan mereka yang masih hidup.
Hubungan keruhanian dan pertemuan di antara para Pewaris Nabi dengan junjungan Besar Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam merupakan salah satu unsur penting didalam pimpinan keruhanian.
Penjelasan ini sekaligus membenteras fahaman golongan wahabiyyah dan sekutu2 mereka yang mengatakan bahawa Rasulullah telah mati dan tak mungkin dapat bertemu beliau. (ucapan wahabi yang sungguh biadab) Juga membenteras fahaman mereka yang menolakTawassul dengan Rasul, Nabi2 dan Aulia Allah yang telah wafat, kerana hakikatnya mereka semua hidup dengan mendapat Ni’mat dan Rahmat yang sangat istimewa di sisi Allah!
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment
Allah Allah