1.0 Siapakah Ahlus-Sunnah Wal Jamaah?
Seluruh Ummat Islam sudah tahu istilah Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Semua berharap dan mengaku mereka Ahlus Sunnah. Tetapi siapakah sebenarnya Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Adakah ianya merupakan Jamaah tertentu atau kumpulan tertentu? Apakah ciri2 mereka?
Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah satu-satunya golongan yang mendapat jaminan dari junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagai golongan yang selamat!
Mereka adalah yang berpegang kepada Nabi dan Sunnah Khalifah Baginda serta bersatu didalam Jamaah Muslimin. Sementara golongan2 lain telah tersesat dan terkeluar dari Jamaah Muslimin/Jamaah Rasulullah ini - iaitu mereka terkeluar dari Jamaah yang di wariskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Dari Abu Hurairah Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,
"Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan Ummatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka kecuali satu". Kemudian para sahabat bertanya, "Siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku." (Hakim, Ibnu Majah)
Didalam hadis lain,
Daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi Salla Allahu 'Alaihi WaSallam menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat itu adalah seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?" Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu". (Riwayat Tirmizi - Hadith hasan sahih)
Berdasarkan pemerhatian Ulama Billah Nabi telah memberikan beberapa petunjuk yang jelas didalam hadis2 yang diatas, berkenaan ciri2 umum golongan yang selamat di antaranya :
Kunci pertama : Mereka yang mengikuti Sunnahku
Kunci kedua : Mereka yang mengikuti Sunnah sahabatku.
Kunci ketiga : Tinggalkan bid'ah
Kunci Keempat; Golongan atau Jamaah
Sunnah Nabi sebahagian besarnya sudah pun jelas, dan semua golongan mengakui kebenarannya. Salah satu perkara yang menjadi pokok perselisihan adalah berkenaan wasiat Nabi, "Sunnah Khalifah ku" Di sinilah bermulanya perpecahan. Hanya orang2 yang terbuka hati melihat siapa yang sebenarnya yang dimaksudkan Nabi dengan "Sunnah Sanabatku."
Sementata kebanyakan orang melihat makna "sahabat Nabi" sebagai umum, ahli Ma'rifat melihatnya sebagai Pewaris Nabi yang menerima Ilmu Sahabat nabi secara mushafahah dari satu generasi kepada generasi berikutunya tak putus sehingga akhir zaman ini,
Apa yang dimaksudkan dengan bid'ah (mengadakan perkara baru) didalam agama yang tersebut didalam hadis diatas adalah isyarat Nabi kepada golongan2 yang memisahkan diri Jamaah kaum Muslimin dan membuat bid'ah fahaman sendiri yang sesat. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain. Golongan yang pertama sekali memisahkan diri Jamaah kaum muslimin adalah kaum khwarij, kemudian di ikuti oleh kaum Jabariyah. Kemudian timbul Mu'tazilah, Mujassimah, Rafidah dll berjumlah semuanya 72 golongan yang memisahkan diri dari kaum Muslimin, iaitu Ahlus-Sunnah Wal Jamaah. Inilah golongan2 bid'ah iaitu golongan mengadakan fahaman2 yang menyimpang dari Fahaman Ahlus Sunnah.
Bukanlah maksud "bid'ah" tersebut sebagaimana kupasan sesat kaum wahabiyah zaman ini mengatakan Tawassul, ziarah kubur dsb sebagai bid'ah sedangkan semua amalan tersebut adalah bersandarkan Hadis Nabi.
Sementara itu yang dimaksudkan dengan "Jamaah" bukanlah bermakna satu-satu jamaah tertentu, tetapi ianya umum Jamaah Muslimin yang berpegang kepada ciri2 Ummat yang disebutkan oleh Ulama2 Mu'tabarah dahulu.
2.0 Bagaimana mengenali golongan yang selamat ini?
Bagaimana mengenali Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Apakah ciri2 mereka?
Dizaman ini banyak pihak mendabik dada merekalah Ahlus sunnah wal Jamaah sedangkan perbuatan dan ucapan mereka menyimpang dari pegangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah. Ini termasuklah puak Wahabiyyah /Talafiyah/ Takrifiyah. Pada hakikatnya golongan ini adalah 'penjelmaan' semula dari Fahaman sesat Mujassimah.
Orang awam yang tiada ilmu terpengaruh dengan dakwaan2 dan hujjah2 batil mereka. Kesesatan ini disemarakkan lagi dengan terbitnya golongan pelajar2 muda kelulusan agama. Dengan hanya membekalkan Ilmu syari'ah atau beberapa hadis yang mereka pelajari di bilik2 kuliah, mereka cuba mencabar Ilmu Ulama2 Mu'tabarah terdahulu.
Jadi bagaimana cara untuk menyelamatkan Iman dari "kuman bahaya wahabiyyah" dan juga fahaman kesesatan yang lain? Kita perlu mentelaah secara saksama dari perkataan2 Ulama Mu'atbarah yang diakui oleh seluruh Ummat Islam seperti Imam Jailani, Shaikh Ibnu Ata'illah, Imam Ghazali, Imam Hanbali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan lain2nya.
Berikut adalah himpunan ciri-ciri penting pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dipetik dari Kitab Al-Ghunyah Li Talibil Haqq dan Ihya Ulumuddin serta kitab Mu'tabarah lainnya. Mudah-mudahan bermanfaat..
1. PENGERTIAN IMAN
Iman adalah meyakini dengan hati, mengucapkan dengan lisan dan memenifestasikan dengan amal perbuatan. Iman bererti pembenaran oleh hati disertai pengetahuan tentang apa yang dia benarkan. Sedangkan menurut syari'at, Iman bererti pengetahuan tentang Allah dan sifat2Nya disertai ketaatan atas semua hal yang wajib dan yang sunnat dan menghindari berbagai larangan dan maksiat.
Atau Iman bererti agama, syari'at dan millah, kerana agama bererti suatu yang dianuti disertai dengan ketaatan dan penghindaran dari larangan dan segala yang haram. Hal itu merupakan sifat Iman.
Islam juga termasuk didalam Iman. Setiap Iman adalah islam tetapi bukan setiap islam itu Iman, kerana Islam bererti penyerahan dan ketundukan. Setiap Mukmin pasti menyerahkan diri dan tunduk kepada Allah, tetapi tidak setiap yang berserah diri beriman kepada Allah. Kerana dia menyerahkan diri kerana takut pedang. Dengan demikian Iman merupakan nama yang mencakup berbagai sebutan, baik dalam wujud perbuatan maupun ucapan, sehingga mencakup segala bentuk ketaatan.
2. IMAN DAPAT DIPERKUAT DENGAN ILMU DAN DIPERLEMAH DENGAN KEBODOHAN.
Firman Allah :
فَأَمَّا الَّذِينَ ءامَنُواْ فَزَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).
(At-Taubah, 9 :124)
3. IMAN DAPAT BERTAMBAH DAN BERKURANG.
Ahlus Sunnah berpendirian Iman bertambah dengan ketaatan dan menjauhi segala larangan Allah. Sementara ianya berkurang dengan berkurangnya ketaatan dan bertambahnya ma'siat seseorang.
Firman Allah :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Al-Anfal, 8 : 2)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Abu Hurairah serta Abu Darda' , mereka berkata : "Iman itu dapat bertambah dan berkurang."
4. IMAN BUKAN MAKHLUK
Berdasarkan kata Imam Ahmad Bin Hambal apabila ditanya orang, apakah Iman itu makhluk? Beliau menjawab, "Barangsiapa mengatakan bahawa iman itu makhluk bererti dia telah kafir, kerana demikian bererti dia telah menentang Al-Qur'an"
Iman adalah cahaya Ilahi yang melimpah kedalam hati seseorang hamba. Wadah yang menanggung Iman, iaitu hati adalah makhluk, tetapi zat Iman bukan makhluk.
5. DILARANG BERKATA : "AKU PASTI MU'MIN"
Seorang Mu'min tidak boleh mengatakan "aku pasti Mu'min". Tetapi katakanlah : "Aku ini orang Mu'min InsyA Allah" Hal ini menolak pendapat Mu'tazilah yang mengatakan, "aku pasti Mu'min"
Pendapat kami berdasarkan kata2 Sayyidina Umar, "Barangsiapa mengaku dirinya Mu'min (yakni pasti Mu'min), bererti dia telah kafir!
bersambung....Insya Allah!
Alhamdulillah Syukron untuk artikel yang dibincangkan...Moga dapat dimanfaatkan oleh kita bersama...Bagaimanapun saya sedikit keliru dengan penjelasan "IMAN BUKAN MAKHLUK" Bagaimana terjadinya hal yang demikian.. Sedangkan kita sedia maklum semua kejadian yang diciptakan oleh Allah adalah makhluk..bagaimanapula Hidayah yang dikurniakan oleh Allah adakah ianya bukan tergolong dalam kelompok Makhluk....
ReplyDeleteAssalamu Alaikum
ReplyDeleteSyukran atas pertanyaan.
Qadim adalah setiap sesuatu yang nisbahkan kepada Zat Allah. Samada Af'alNya, Asma'Nya atau SifatNya Yang Maha Tinggi. Ia bukan makhluk. Ia bukan dijadikan tetapi semata2 Allah jua!
Contohnya Al-Qur'an adalah Kalam Allah, sifat Allah Yang Maha Berkata2. Pada zahirnya kelihatan seperti 'kejadian' atau dijadikan tetapi sekalian kalimat didalam Al-Qur'an adalah pancaran cahaya Sifat Allah Yang Maha Berkata2. Maka ia adalah Qadim, bukan makhluk.
Iman adalah cahaya Asma' Allah yang memancar kedalam hati manusia. Asma' Allah adalah Qadim bukan makhluk. Iman bukan makhluk seperti kejadian manusia atau lainnya. Jasad manusia akan binasa, tetapi Iman tidak!
Wallahu A'lam