Sunday, August 1, 2010

Amalan Murah Rezeki

Assalamu 'Alaikum wr wb








Semua manusia ingin hidup bahagia. Semua manusia ingin mencapai kehidupan yang penuh keamanan, keseronokan dan kelapangan tanpa gangguan.  Kebahagiaan, kedamaian dan kelapangan ini selalunya dikaitkan dengan murah rezeki.

Apa makna murah rezeki?  Adakah murah rezeki itu kekayaan harta yang melimpah ruah?  Adakah murah rezeki itu bermakna memiliki kereta mewah dan rumah2 besar laksana istana?   Adakah murah rezeki itu adalah memiliki wang berjuta2 didalam bank serta memiliki gedung2 perniagaan yang besar.?
Baca selanjutnya dengan klik "Read More"....



Berbagai tafsiran akan diberikan oleh berbagai lapisan golongan manusia sesuai dengan kefahaman dan pendekatan kepada konsep 'murah rezeki'.

Setengah manusia mempunyai harta yang banyak tetapi tidak mendapat ketenangan hidup. Setengah lain memilki perniagaan yang besar2, tetapi sentiasa di hambat dengan hutang  Ada yang lain diberi pelbagai kemewahan hidup, tetapi dia lalai dan tenggelam didalam dosa dan ma'siat.  Adakah semua ini murah rezeki?

Bagi orang2 beriman, 'murah rezeki'  adalah rezeki yang halal yang mencukupi keperluan hidup nya.  Murah rezeki adalah dijauhi kesempitan hidup dan diluaskan hati didalam mengerjakan perintah Allah Ta'ala.  Murah Rezeki adalah terlepas bebas dari segala bentuk hutang yang menghambat hidup mereka. Murah Rezeki adalah ketenangan berserta Allah.


Berikut adalah syarat dan panduan mendapat Murah Rezeki berdasarkan Al-Qur'an, Hadis Nabi serta perkataan Ulama Billah.



Pertama:   Bertaqwa kepada Allah

Firman Allah :

 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً - وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ 

"......dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka....." 
(  سورة الطلاق  , At-Talaq, Chapter #65, Verse #2,3)

Ayat ini adalah kunci murah rezeki, iaitu kepada hamba2 Allah yang sentiasa bertaubat, mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.   




Ke 2: Banyakkan istighfar


Iaitu banyakkan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah dengan sungguh2.
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi wasallam:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Ke 3 : Banyakkan solawat atas Nabi 
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
"Barangsiapa bersolawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan Rahmat kepadanya sepuluh kali. " (Muslim)


Ke 4 : Banyakkan zikrullah
 الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.  
(  سورة الرعد  , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #28)



Ke 5 :  Banyakkan sedekah apabila ada kelebihan dari harta.


Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anh katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi  menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( Al-Bukhari )


Setengah menanggap bersedekah mengurangkan hartanya. Sedangkan sedekahlah yang menambah2kan rezeki Allah.  




Ke 6 : Baca dan wiridkan ayat taqwa dalam surah At-Talaq seperti diatas


 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً - وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ


Ke 7: Wiridkan Suratul Waqi'ah
Surah ini dikatakan pembuka 'murah rezeki'  diamalkan oleh para Ulama salafus-saleh.  Ianya diamalkan setiap pagi sebelum keluar bekerja. Ada juga yang mengatakan wiridkan surah ini sebelum tidur.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam :

"Surah al-Waqi'ah adalah surah kekayaan.  Hendaklah kamu membacanya dan ajarkannya kepada anak2 kamu." (Kashful Kafa)



Banyak lagi amalan lain yang menjadi asbab turunnya Rahmat Allah ke dalam hidup kita seperti kekalkan wudhu, berbakti kepada ibubapa, wiridkan solat sunnat Dhuha, solat witr, solat Tahajjud dll.   Kita cuba amalkan mana yang termampu kemudian mohonlah sungguh2 pada Allah Ta'ala, nescaya Dia kabulkan permintaan ikhlas kita.!


Semoga dilimpahi Rahmat dan Kasih Sayang Allah!

2 comments:

  1. Bismillah
    Assalam

    Syukran atas perkongsian.

    Berkenaan Surah Al-Waqiah, Maulana Sayyid Ahmad Bin Idris pernah menyampaikan untuk membacanya sebagai amalan bagi murah rezeki. 2x sehari.

    ReplyDelete
  2. Sinar Qaseh , Syukran atas maklumbalas...dan perkongsian pengetahuan...! Sila datang lagi!

    ReplyDelete

Allah Allah