Puasa Membentuk Peribadi Taqwa?
Umum mengetahui puasa membentuk peribadi Taqwa. Kita sudah pun mendengar ratusan kali, kemungkinan ribuan kali berkataan Taqwa ini. Ayat yang sentiasa menjadi sebutan khatib, mufti, orang alim ........'
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
dijadikan bahan perbincangan dan seruan setiap kali menjelang Ramadhan.
Tetapi apa maknanya yang sebenar? Apakah tuntutan sebenar disebalik seruan Allah atas ayat 'TAQWA" ini. Apakah tanda2 seseorang itu sudah mendapat Taqwa hasil dari puasa ini? Bagaimanakah sebenarnya rupa seseorang yang mendapat Taqwa ini?
Pengertian Taqwa
Didalam kitab Al-Ghunyah Li Talibi Tariqil Haqq, Ghawthul A’zham, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani رضي الله عنه, menyimpulkan bahawa :
“Taqwa” adalah tempat berkumpul semua sifat2 kebaikan. Dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah yang Maha Perkasa Lagi Maha Mulia.”
Beberapa pendapat Sahabat dan Ulama2 Mu’tabar yang turut di nukil oleh Imam Jailani رضي الله عنه didalam kitab tersebut berkenaan Pengertian Taqwa:
Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata :
“Orang bertaqwa adalah yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar dan perbuatan keji.”
Abdullah Ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata :
…..ketika menafsirkan firman Allah surat Ali Imran ayat 102, “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya.” Beliau mengatakan, : “Hendaklah Dia (Allah) ditaati dan tidak dimaksiati, diingat serta tidak dilupakan, disyukuri dan tidak diingkari.”
Ibnu Umar رضي الله عنه berkata :
“ Taqwa adalah melihat diri sendiri tidak lebih dari orang lain.”
Imam Hassan رضي الله عنه berkata :
“Taqwa adalah orang yang mengatakan kepada setiap orang yang dia lihat, “dia lebih baik dariku.”
Sayyidina Umar Al-Khattab رضي الله عنه berkata kepada Ka’ab al-Akhbar رضي الله عنه,
“ beritahu kepadaku tentang taqwa. Beliau berkata, “Apakah engkau pernah melalui jalan yang berduri?” “ya” jawab Umar. “kemudian apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab, “aku akan menghindari dan menjauhinya” Ka’ab pun berkata, “ Itulah taqwa”
Shaikh Bakr Bin Abdullah رضي الله عنه berkata :
“Seseorang tidak disebut bertaqwa sampai dia benar2 taqiyyah (bersikap hati2—pent) dalam makanan dan kemarahan.”
Shaikh Sufyan Ats-Tsauri رضي الله عنه berkata :
“Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain seperti mencintai kecintaan sendiri.”
Shaikh Al-Junaid bin Muhammad رضي الله عنه berkata :
“Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain lebih daripada mencintai kecintaan diri sendiri.”
Shaikh Sirri Saqthi رضي الله عنه berkata :
“Orang yang bertaqwa adalah orang membenci diri sendiri” (membenci segala maksiat, kejahatan dan kelalaian diri - pent)
Shaikh Muhammad bin Khafif رضي الله عنه berkata :
“Taqwa adalah menghindari segala sesuatu yang menjauhkan engkau dari Allah”
Shaikh Abu Yazid Al-Bustami رضي الله عنه berkata :
“Orang bertaqwa adalah orang yang menjauhi segala yang syubhat.”
Ibnu Athiyyah رضي الله عنه berkata :
“Orang yang bertaqwa boleh diketahui dari keadaan lahiriah dan batiniahnya. Keadaan lahiriah dengan selalu memelihara hukum2 Allah dan batiniahnya selalu berniat dan melakukan segala hal dengan tulus dan ikhlas.”
(disini tamat petikan kitab)
Daripada semua keterangan ayat2 Allah dan Hadis2 Nabi dan penjelasan pendapat2 diatas kita dapat menarik kesimpulan bahawa Taqwa adalah himpunan segala kebaikan yang dituntut oleh Allah iaitu :
i) Membersihkan hati dari segala macam syirik.
ii) Membersihkan hati dari segala sifat mazmumah – ria’, takkabbur, ‘ujub, hubbun-dunya (kasih kepada dunia), hasad, bakhil dll
iii) Menghiasi diri dengan segala sifat kepujian – ikhlas, sabar, syukur, khauf (takut), roja’ (harap), tawakkal, redha dan lainya.
iv) Mengerjakan segala perintah Allah yang wajib dan banyakkan amalan sunnat.
v) Meninggalkan segala yang haram, syubhat, makruh.
vi) Mengurangi pada segala yang diharuskan atau dihalalkan atau tidak berlebihan padanya melainkan mengambil sekadar keperluan hidup.
vii) Meninggalkan segala sesuatu yang menjauhkan ingatan pada Allah.
Kadar seseorang dapat melakukan semua perkara diatas adalah ukuran bagi ketaqwaan dan kehampirannya di sisi Allah Ta’ala. Jika seseorang dapat melakukan semua perkara tersebut tanpa sedikitpun kecuaian, maka mereka itulah yang paling bertaqwa dan paling mulia di sisi Allah. Sebagaimana ketegasan Allah didalam KalimatNya yang suci :
Firman Allah :
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ
“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…” [alHujurat (49) : 13]
Manusia Paling Bertaqwa
Berdasarkan keterangan di atas, tiada keraguan lagi manusia paling mulia di sisi Allah adalah Rasul2, Nabi2 dan Aulia Allah disebabkan ketaqwaan mereka kepada Allah yang tiada berbelah bahagi! Kemudian kurang sedikit daripada itu adalah mereka2 yang Mu’minin dan Solihin.
Bagi mereka2 ini, dunia dan seisinya (perhiasan dan ksenangan) tiada apa2 erti lagi. Didalam dada mereka, didalam pemikiran mereka, didalam akhlak dan peribadi mereka hanya terlihat wajah Allah. Perjuangan mereka adalah untuk Allah. Turun naik nafas mereka menzikirkan Allah. Perjuangan mereka adalah untuk mendirikan Agama Allah di atas muka bumi. Hidup dan mati mereka hanya untuk Allah!!!.
Sudah berpuluh tahun kita berpuasa dan juga melakukan amal2 lain. Adakah pengertian Taqwa ini sudah menjadi darah daging kita. Sejauh mana kita takut kepada Allah? Sejauh mana kita menzikirkan Allah? Sejauh mana kita perjuangkan Agama Allah? Sejauh mana Allah hidup didalam hati dan jiwa kita?
Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sebelum kita di hisab di hadapan Allah!
No comments:
Post a Comment
Allah Allah