Wednesday, September 1, 2010

SELAMATKAH AQIDAH KITA ???

Bismillahir-Rahmanir-Raheem

Muqaddimah
Unsur terpenting dari segala yang terpenting didalam Islam adalah IMAN atau AQIDAH!  Ianya merupakan anugerah terbesar Allah Ta'ala kepada manusia.

Iaitu keyakinan yang jazam (putus/tiada keraguan) didalam hati akan wujudnya Allah dan yang Ghaib serta segala perkhabaran yang dibawa oleh Rasul2 dan Nabi2 Allah.

Istilah ini membawa makna yang serupa dengan beberapa kalimat lain yang digunakan oleh Ulama2 untuk merujuk kepada satu disiplin Ilmu didalam Islam yang berupa penghayatan HATI dan RUH berhubung dengan Ketuhanan!     Di antara istilah2 yang masyur adalah :



IMAN - keyakinan atau kepercayaan
TAUHID - MengEsakan Allah
ILMU KALAM - Ilmu Bicarakan Ketuhanan pada segi aqliyyah (kefahaman akal)
ILMU USULUDDIN - Ilmu Asal Agama
ILMU MA'RIFAT - Ilmu perbicaraan keTuhanan berserta penghayatan Ahli2 Ma'rifat

Istilah Aqidah dan istilah2 lain di atas tidak wujud pada zaman Nabi dan Sahabat tetapi wujudnya adalah didalam bentuk penghayatan Hati dan Ruh. Apa yang dikenali pada zaman Nabi dan Sahabat berhubung bab keTuhanan ini adalah : Iman dan Rukun2 Iman sebagaimana tersebut didalam hadis Iman yang telah pun masyur.

Bilakah wujud berbagai Istilah berkenaan Iman?
Nabi صلى الله عليه وسلم mendidik para sahabat menurut manhaj Ilahi secara amali, iaitu setiap kalimat Tauhid disematkan kedalam hati para sahabat sehingga ianya menjadi sebati, menjadi darah daging mereka. Ianya menjadi makanan mereka. ianya menjadi pengahayatan HATI dan RUH mereka.  Mutlaknya kalimat2 Ilahi ini menjadikan mereka hamba2 yang benar2 berma'rifat kepada Allah dan berubudiyyah kepadaNya zahir dan batin!

Firman Allah :

هُوَ الَّذِى بَعَثَ فِى الأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَـتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَـبَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبْلُ لَفِى ضَلَلٍ مُّبِينٍ

“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah , dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
(Jumu'at ; 2)”



Firman Allah :
 هُوَ الَّذِى يُنَزِّلُ عَلَى عَبْدِهِ ءَايَـتٍ بَيِّنَـتٍ لِّيُخْرِجَكُمْ مِّنَ الظُّلُمَـتِ إِلَى النُّورِ وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.  
(Al-Hadid, 57:9)


Nabi tidak mengajar mereka menghafal ayat2 dan kalimat Ilahi untuk mereka berhujah dan berdebat. Nabi tidak mengajar mereka kalam Tuhan semata2 untuk jadikan bahan kajian dan penyelidikan.....!!!  Tetapi Baginda mendidik jiwa mereka melalui taribiyyah ruhiyyah, zikrullah, mujahdah-an-nafs sehingga Tauhid dan keyakinan mereka menjadi bulat tiada berbelah bahagi. Hati dan Ruh mereka sentiasa mushahadah (menyaksikan) akan Wajah Allah!

Setelah kewafatan Nabi dan kemudian dari kurun sahabat,  Umat Islam mula terpesong dari Ruh Ajaran Islam yang sebenar. Banyak yang hilang arah dan tujuan hidup.  Mereka mula mengambil Al-Qur'an dan Hadis Nabi untuk berhujjah dan berdebat. Mereka menyelewengkan makna2 ayat ketuhanan dengan pendapat nafsu dan aqal sehingga lahir berbagai aliran dan fahaman.

Golongan ini...masing2 mengambil hujjah Al-Qur'an dan Hadis Nabi secara batil sehingga banyak lah yang menjadi sesat didalam memahami Tauhid dan Iman.  Diantaranya Mu'tazilah, Jabariyyah, Mujassimah dan lain2nya semuanya berjumlah 72 golongan yang sesat!    (Rujuk Kitab Al-Ghunyah Li Talibil  Haqq)

Ketika inilah bangkit Ulama2 Tabiin yang benar2 mengikuti para sahabat dan menerima Ilmu dari para sahabat membetulkan kekeliruan ini dengan menyusun Ilmu berhubung dengan ketuhanan menjadi satu Ilmu yang tersusun yang dikenal sebagai Ilmu Tauhid, Usuluddin, Ilmu Aqidah dll. sepertimana yang disebutkan sebelum ini.

Apa Tujuan Kita?
Tujuan kita bukanlah membuat kajian Ilmiah panjang lebar berkenaan dengan Aqidah kerana sudah terlalu banyak kupasan dan perbahasan Ulama2 mengenainya, setengahnya di bahaskan secara fahaman Aqliyah umpamanya didalam perbicaraan Sifat 20 dan lain2nya.

Di sini......Kita cuba melihat, merenung dan muhasabah diri sejauh mana aplikasi atau lebih tepat lagi penghayatan terhadap Iman, Tauhid, Aqidah ini didalam kehidupan kita.  Adakah kita termasuk hamba2 Allah yang benar2 beriman? Adakah setiap gerak geri kehidupan kita bertunjangkan Aqidah yang benar?  Adakah setiap amal kita benar2 didalam Tauhid kepada Allah dengan Tauhid yang murni? Adakah Aqidah kita benar2 mengikut Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamah yang dijamin Nabi sebagai satu-satunya golongan yang selamat.?

Kita menyebut begini kerana banyak golongan di akhir zaman ini mengaku sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka mewujudkan berbagai laman web dan blog peribadi menyatakan tentang Aqidah, berbahas tentang Syirik, membuat propaganda berkenaan bida'ah, mengkafirkan orang2 Islam sewenangnya dan lain-lainnya.   Padahal golongan inilah sebenarnya melakukan pelbagai SYIRIK, BID'AH dan KEKUFURAN!  

Golongan Penyamar!
Salah satu golongan sesat ini (yang mengaku Ahlus Sunnah) adalah yang menggelarkan diri mereka dengan panggilan 'Salafi' atau dikenali sebagai 'wahabiyyah' atau 'kaum muda' dan berbagai panggilan yang berubah2 sejak dari tahun 50an sehinggalah ke zaman ini.   Matlamat mereka tidak lain melainkan memporak porandakan Aqidah Ummat Islam.  

Hakikatnya mereka adalah termasuk golongan 'MUJASSIMAH' dan 'MU'TAZILAH' berwajah baru  disebabkan pegangan mereka yang sama dengan  golongan2 tersebut.   Dengan demikian golongan inilah pembuat Syirik dan Bid'ah sebenar!

SYIRIK yang sebenar adalah menyekutukan Allah pada Zatnya, SifatNya, Asma'Nya atau Af'alNya.
BID'AH yang terlarang adalah bid'ah yang dilakukan oleh 72 golongan yang sesat.  


Pandangan Ulama2 Ahlus Sunnah  
Seluruh Ulama2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang terkemuka dari Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Yemen, Jordan, Mesir bahkan seluruh dunia memberi fatwa sesatnya golongan 'wahabiyyah-salafiyah-kaum muda' ini disebabkan penyelewengan Aqidah mereka dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Hati-hati dan Muhasabah diri
Ada diantara orang2 islam yang tersesat jalan ini kembali bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat.  Tetapi malangnya masih ramai  lagi tengggelam didalam kesesatan.

Tiada ertinya amal yang banyak, tiada ertinya kebaikan dan kebajikan, tiada ertinya ruku' dan sujud tanpa Aqeedah yanng BENAR!

Mari kita sama2 muhasabah diri  dan berdoa agar kita dan keluarga kita ditetapkan oleh Allah didalam golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, satu-satunya golongan yang mendapat jaminan Nabi  Sallallahu Alaihi wasallam.

Rujukan Utama :

Kitab Fathur  Rabbani Wa Faidhur Rahmani
Kitab Al-Ghunyah Li Talibil Haqq
Kitab Ihya Ulumuddin
Kitab Ashad Al-Jihad
Kitab - Allah Fi Aqidat-ul-Islamiyyah

No comments:

Post a Comment

Allah Allah