Tuesday, September 7, 2010

QBB PURE GHEE TIDAK HALAL WALAUPUN ADA LOGO JAKIM?

Bismillahir-Rahmanir-Raheem

Ini lagi satu berita gempar bagi suri rumah, pembuat kuih dan biskut yang setia dengan penggunaan QBB pure Ghee yang terkenal sejak tahun 1925.  Ini bermakna sudah hampir 80 tahun, ianya menjadi hidangan kegemaran Ummat Islam!!!



Masalah minyak sapi secara umumnya pernah di dapati menggunakan  bahan2 meragukan pada tahun 1980an lagi. Tetapi ceritanya sebentar saja. Semuanya senyap setelah 'beberapa urusan' diselesaikan!  Kini ianya bangkit lagi walaupun setelah JAKIM memberikan kelulusannya.

Jadi adakah ini bermakna pengeluar2 bekalan makanan dari syarikat2 bukan Islam telah menyalahgunakan stuatus "HALAL JAKIM" ?
Mengapa mereka begitu berani manipulasi segala kelayakan dan kemudahan yang telah diberi?
Berapa banyak lagi pendedahan perlu dibuat terhadap  syarikat2 pengeluar bukan Islam di negara ini, sbelum ianya diharamkan atau ditarikbalik sijilnya.???

Tetapi masalah yang lebih berat yang perlu direnungkan lagi .....berapa tan makanan yang telah masuk ke perut mereka2 yang gemar menggunakan bahan ini didalam menyediakan hidangan mereka?

Ini satu lagi malapetaka Ummat akhir zaman!  Iaitu makanan yang haram menjadikan hati menjadi lesu, kelam dan akhirnya mati!  Hati yang mati tidak dapat melihat kebaikan dan kebenaran!  Hati yang telah gelap tiada cahaya untuk melihat keindahan dan kebaikan agama!  Sebaliknya ianya akan cenderung untuk melakukan kefasikan dan kemungkaran!    Samada mereka orang awam. rakyat jelata, orang alim atau pemimpin dan pemerintah!

Kegelapan hati akan sentiasa cenderung kepada keengkaran dan kekufuran!  Semoga Allah jauhkan kita semua dari malapetaka akhir zaman!


BERITA PPIM-PPIM GESA PENGGUNA HATI-HATI PRODUK YANG DIGANTUNG SIJIL HALAL
pcqbb.jpg
Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Berhubung
Penarikan Sijil Halal QBB Pure Ghee Keluaran QBI Packaging Sdn Bhd





Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar orang ramai terutama pengguna Islam supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee keluaran syarikat QBI Packaging Sdn Bhd.
Ini adalah ekoran daripada penarikan balik  status halal minyak sapi tersebut oleh JAKIM berkuatkuasa pada 19hb Ogos yang lalu. Menurut JAKIM, minyak sapi berkenaan mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.
Sempena musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna diminta berhati-hati dalam membeli kuihraya, membuat kuihraya, dan memakan kuih raya termasuk, nasi-nasi yang berasaskan minyak sapi dengan jenama QBB Pure Ghee.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula semua produk tersebut yang mempunyai label halal JAKIM yang berada di pasaran dengan serta merta. Tindakan serta penarikan balik produk ini yang mempunyai logo halal JAKIM serta-merta dari pasaran dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mengingatkan pihak syarikat agar mengambil tindakan serius serta prihatin dengan masalah sensitivity umat Islam berkaitan dengan produk serta sijil halal yang diguna pakai. Justeru itu pemantauan rapi dari JAKIM serta kerjasama syarikat terbabit amatlah dialu-alukan.

---------------------------------
KUALA LUMPUR: The Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) had revoked the halal certification of the iconic QBB Pure Ghee.


Malaysian Islamic Consumers Association executive officer Mohd Mustaffa Hamzah said Muslims should not use the ghee as it contained "suspicious elements that could not be consumed by Muslims".

"We hope that Muslims will stop using this product until further notice.

"We are not trying to sabotage or boycott the company producing the ghee but we have a responsibility to protect the sanctity of halal goods," he said, calling on shop owners to remove the product from their shelves.
Mustaffa said the product was still being sold with the Jakim halal logo attached although certification was revoked on Aug 19.

Earlier, in a statement on Aug 25, Q.B.B Pte Ltd director Lim Peck Bin denied that the product contained non-permitted substances.

He said there was no evidence of traces of lard or substances of porcine origin in the product in tests carried out after the company received a letter from the department which required a thorough analysis of the product.

In a statement from Singapore where the company was located, he said the revocation of halal status would not affect the sale of the product in Malaysia.

"The revocation of the halal status only requires us to temporarily remove the halal logo, pending further analysis by Jakim", he said.

Lim said QBB will work closely with Jakim to ensure that the matter was resolved as soon as possible to avoid confusion among Muslim consumers.

He added that Jakim officials would visit Australia to inspect the ghee production facility and conduct further tests.

"In the light of this, we will continue to take all reasonable steps to ensure that our products are suitable for all Muslim consumers and meet the halal certification by Jakim."

sumber:

1 comment:

  1. Apa yang menyebabkan kelulusan jakin di tarik balik?

    Quote
    "Menurut JAKIM, minyak sapi berkenaan mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam."

    Apakah elemen tersebut?

    Kenapa tidak di terangkan dengan jelas?

    ReplyDelete

Allah Allah