Thursday, September 9, 2010

ERTI SEBUAH KEMENANGAN DAN KESUCIAN......IDUL FITR





Bismillahir-Rahmanir-Raheem
   

Beberapa jam lagi Ummat Islam seluruh dunia akan menyambut Idul Fitr, yang selalu disebut sebagai hari kemenangan dan Hari Kesucian!  Masing2 sedang bersiap-siap dengan berbagai  persedian ; dari kuih raya, pakaian baru dan sehinggalah menyiapkan rumah dengan berbagai perhiasan bagi menyambut hari penuh barakah itu!


Alhamdulillah banyaknya Ni’mat dan Rahmat Allah keatas kita…tak dapat disyukuri!   Sedangkan setengah saudara kita, di sebahagian negeri sedang bertarung untuk mencari secebis makanan bagi menyambung hidup, kita di sini sedang di beri Allah berbagai kemewahan dan kesenangan!   Segala puji hanya bagi Allah!

Sebagai Mu’min jangan kita lupa untuk doakan mereka2 itu dan jika ada kelebihan harta hulurkanlah untuk meringankan beban mereka.  Samada mereka itu ahli keluarga terdekat atau jiran, sahabat semuanya mempunyai hak atas kita!   

Sabda Rasulullah   صلى الله عليه وسلم
:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

“Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sehingga kasih kepada saudaranya seperti mana kasih kepada dirinya.” ( Bukhari dan Muslim.)

Erti sebuah kemenangan dan kesucian!

Bagi kebanyakan kita ‘kemenangan’ adalah kejayaan berpuasa 30 hari puasa Ramadhan, dapat berbuka dan menyambut Syawal sebagai hadiah berpuasa!  Pandangan orang2 yang Arif di sisi Allah adalah jauh berbeza.

Berkata  Ghawthul A’zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه,

“Puasa menurut Syari’at tertakluk kepada masa dan waktu, tetapi puasa rohaniyyah waktunya dalah sentiasa dan terus menerus sepanjang hayat di dunia hingga akhirat. Inilah puasa yang hakiki seperti yang dikenal oleh orang2 yang bersih hati dan jiwanya.  Puasa itu adalah pembersihan atas pembersihan! 

Orang berpuasa mendapat 2 keseronokan.! 

Orang awam berkata bahawa keseronokan pertama ialah dapat makan dan minum.  Maksud keseronokan ‘tatkala melihat’ adalah tatkala melihat anak bulan Syawal untuk berhari raya. 

Bagi orang yang Arif dengan maksud yang batin dari puasa itu berkata, bahawa keseronokan berbuka puasa ialah tatkala si Mu’min memasuki syurga dan menikmati segala yang ada didalamnya.  Adapun maksud ‘tatkala melihat’ itu pula ialah ; apabila mereka melihat Allah dengan mata hati yang batin!" 

Syurga bagi Mu’min adalah syurga dapat melihat wajah Allah didalam Ma’rifatnya ketika di dunia ini lagi.  Firman Allah :

Bagi mereka dua syurga yang dijanjikan oleh Allah Ta'ala, sebagaimana KalamNya yang Tinggi:

"Dan orang yang takut akan Maqam Tuhannya, disediakan baginya dua syurga,( Ar-Rahman 55:46)"


Para Arifin Billah mentafsirkan yang dikehendaki dengan "dua syurga" ialah : 

1. Syurga yang disegerakan di dunia bagi mu'min - Ma'rifat Ilahiyyah, iaitu Allah Ta’ala membukakan mata hatinya kepada melihat segala Rahsia kewujudan Alam Maya ini sehingga dia dapat berenang didalam lautan Ahadiyyah (keesaaan) Allah!  Segala perasaannya, setiap denyutan nadinya, setiap gerak hatinya menzikirkan Allah.   Pada saat ini segala Ibadahnya menjadi manis.  Hati dan Ruhnya telah terbang ke Hadratul Quddus, Hadrat Ilahi Yang Maha Suci!  

2. Syurga di akhirat -dapat melihat wajah Allah Ta'ala dengan sempurna.


Syurga yang disegerakan didunia ini (syurga ma'rifat) di bahagi pula kepada 3 bahagian sebagaimana yang disebut oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh :

"Tiga matlamat tersebut sebenarnya adalah tiga jenis syurga. Yang pertama dinamakan Ma’wa – syurga tempat kediaman yang aman. Ia adalah syurga duniawi. Kedua, Na’im – taman keredaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya. Ia adalah syurga di dalam alam malaikat. Ketiga dinamakan Firdaus – syurga alam tinggi. Ia adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab, rumah kediaman bagi roh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat."

Semoga Allah memasukkan kita kedalam golongan yang mendapat kesucian dan kemenangan hakiki !

No comments:

Post a Comment

Allah Allah